Monday, 24 August 2015

SUNGAI LUI ; AIR TERJUN SUNGAI GABAI

MEMORI  SUNGAI GABAI
23 OGOS 2015
ZABIDI FAMILY





Trip percutian yang menggamit memori bersama anak-anak. 'Moment' yang indah menjadi rasa syukur dan indah kepada kami sekeluarga. Bagai mengimbau zaman percintaan remaja tetapi inilah 'moment' kenangaan manis anak-anak kami yang cuba kami bersama tanamkan agar mereka akan menjadikannya suatu 'cinta dan rindu' untuk mereka renungkan.




Semasa anak-anak kecil saya menyediakan segala keperluan. Tapi kini semuanya menjadi mudah kerana ereka bergotong royong menguruskan perkelahan, Alhamdulillah.











Bestnya  bersama dapat memanggang ayam BBQ untuk hidangan.


































 PERCUTIAN MEMBERI 'MOMENT' KEHIDUPAN YANG MENGHIDUPKAN.
ALHAMDULILLAH.

Monday, 10 August 2015

GEMBIRA ada PADA DIRI SENDIRI



                         Percaya atau tidak ramai mengatakan kebahagiaan itu bermula dari rumah. Kebahagian itu katanya bermula dari keluarga yang gembira. Tetapi sebenarnya kebahagiaan itu: ADA PADA DIRI SENDIRI.
Dari Al Quran ; surah Al Furqaan ayat 25:






                     Keluaga sakinah juga rahmah jika perolehi isteri yang menyenangkan hati dan mendapat zuriat yang bertaqwa. Dari surah Luqman, memberitahu orang yang beriman itu adalah mereka yang mengerjakan amalan-amalan soleh. Apakah yang dikatakan amalan orang-orang yang soleh?


Surah Lukman 8-9;
نَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمۡ جَنَّـٰتُ ٱلنَّعِيمِ (٨) خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۖ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقًّ۬ا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ 
Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang pernah kenikmatan, [8]  Kekal mereka didalamnya sebagai janji Allah yang benar. Dan Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana. [9]


As Sajadah 15- 17:
إِنَّمَا يُؤۡمِنُ بِـَٔايَـٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُڪِّرُواْ بِہَا خَرُّواْ سُجَّدً۬ا وَسَبَّحُواْ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ۩ (١٥) تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمۡ عَنِ ٱلۡمَضَاجِعِ يَدۡعُونَ رَبَّہُمۡ خَوۡفً۬ا وَطَمَعً۬ا وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (١٦) فَلَا تَعۡلَمُ نَفۡسٌ۬ مَّآ أُخۡفِىَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعۡيُنٍ۬ جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami adalah orang-orang yang apabila diperlihatkan dengan ayat-ayat [Kami], mereka menyungkur sujud [1] dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombong diri.[15] Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya [2], sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.[16] Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu [bermacm-macam nikmat] yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan, [17]"


               Tafsiran mudah ini menjadi panduan hidup kita, dari surah As Sajadah diatas: iaitu orang soleh itu:
-apabila diperlihatkan ayat-ayat Al Quran mereka menyungkur SUJUD iaitu patuh.
-bertasbih memuji Tuhannya.
-tidak menyombong diri.
-sentiasa bersohlat siang malam [jauhi tempat tidur] serta berdoa mengharap kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap.
-menafkah/memberikan rezeki  yang Allah beri kepada mereka.
-Allah taala memberi rezeki/nikmat tersembunyi sebagai balasan kepada mereka.

Maka bersyukur dan redha dengan kurniaan Allah taala adalah sifat mereka yang beriman.


              Kegembiraan menjadikan kita rasa mahu hidup selamanya. Dan kesedihan akan membuatkan kita rasa mahu lari meninggalkan semuanya untuk bersendirian. Tetapi kekecewaan akan membawa rasa mati itu terlebih baik buat kita.

Sifat kita sebenarnya yang kurang yakin dan percaya bahawa setiap hamba Allah itu istimewa. Oleh itu kita selalu alfa dan lalai untuk menyerlahkan kehidupan yang sentiasa tenang dengan ketentuan Illahi.

Surah Al Ma'aarij: 19-23
إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا
إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا
وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا
إِلَّا الْمُصَلِّينَ
الَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ

Maksudnya:

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat

keluh-kesah lagi kikir.

Apabila ia ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah,

dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir,

kecuali orang-orang yang mengerjakan solat,

yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya,"

Al Ma'arij : 19 -23

   

                      Gembira, bahagia, tenang malah sedih kecewa dan hampa seharusnya ditangani dengan sebaiknya agar kita matang mengurus kehidupan. Tidak mudah untuk menyebut sabarlah umpama memberitahu gembiralah. Tidak mudah berkata 'redhalah dan Allah menyayangi kamu' tetapi redha itu ada jika kita tahu apa yang dinamakan redha dan sabar menerima dugaan. Segalanya menjadi mudah seandainya diri kita selama ini banyak bergantung dengan berdoa kepada Allah swt.


Allah Ta'ala juga berfirman:

قال الله تعالى: {وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ نَسُواْ ٱللَّهَ فَأَنسَىٰهُمۡ أَنفُسَهُمۡۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ١٩} [الحشر: 19]

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. mereka Itulah orang-orang yang fasik". 

QS al-Hasyr: 19.

                            Perasaan adalah naluri. Seperti perasaan sayang, suka, mencintai, mengasehi juga perasaan benci cemburu dengki dan sakit hati semuanya kenalah bijak ditangani agar kita tergulung dalam manusia yang matang berfikir dan bertindak. 

                         Mengapa harus kita menyalahkan keadaan ataupun orang lain dalam segala masalah yang kita hadapi. Sebaliknya cuba toleh seketika melihat pekara itu, Apakah ianya berlaku disebabkan apa yang telah kita lakukan sebelum ini.

                       Berkata-katalah dengan rasa gembira dan kesedihan melalui sajak, madah, rasa-hati, pujuk-hati mencurahkan perasaan bermunajat berbagai gaya seperti memberitahu 'mereka kuat'. Hakikatnya mereka mahu 'lari dari realiti' umpama sukar menerima ketentuan Allah swt. 

                   Adakah tidak terasa malu apabila menyebut nama Allah swt dan mewar-warkan salawat pada Rasulullah saw, sedang juga tergulung dalam gulungan 'ghafilun' iaitu lalai dan lupa.? 

                 Seandainya maseh hanya meluahkan rasa gundah gulana tanpa mahu memperbaiki kesilapan, maka kita maseh lagi 'ghafilun' iaitu lalai dan lupa. Suka dan seronok sahaja.

                   Adakah kita mahu jadilah diri kita seperti gulungan 'jahilun' iaitu tidak tahu dan tidak belajar untuk tahu tentang hukum Allah taala. Iaitu gulungan yang lebih menakutkan bila ada pada diri sendiri iaitu kita belajar dan tahu ilmunya tetapi tidak mahu ambil peduli mematuhi perintah Allah yang jelas kebenaran syariat. Naiyazubillah... muga Allah menjauhi...

             Kebahagiaan itu ada pada kita: samada mahu mengamalkan  ilmu syariat atau kita mahu berseronok  bergembira dengan bersandarkan nafsu yang melalaikan kita dariAllah taala. Waulah u'allam.




                     Bermunajatlah pada Allah swt melahirkan rasa syukur dan redha kita pada Nya kerana disitulah RahmatNya. Mengadulah merayu merintih pada Nya kerana hanya Dia Maha Mendengar dan Mengetahui..

*Perlindungan sebaik-baik adalah kepada Nya.
*Meminta sepatutnya layak kepada Nya.
*Berterimakaseh pada Nya menjadikan kita hambaNya yang redha dan bersyukur.

BERSAMALAH MEMENAFAATKAN ILMU KERANA ALLAH TAALA.