Thursday, 15 September 2022

sudah ku tahu

AKU MENGERTI GAYA 



Ketika suami mengadakan bengkel penulisan di karangkraf. Ramai daftar ikut bengkel penulisan itu dan kata suami, dia minta beberapa orang kawan tolong. Saya kenal beberap orang yang suami subutkan namanya. Namun nama adik angkat tidak disebut. Saya memang tiadak ambil kisah soal aktiviti suami. Pagi sebelum keluar untuk bengkel penulisan skrip, saya buat karipap seperti yang suami minta. 

Pada jam 6.30 ptg suami sampai ke rumah dan saya buat kejutan beli bunga mawar merah untuk suami. Suami macam acuh tak acuh dengan bunga hiasan yang saya beli. Wajah suami juga nampak sedikit sayu dan suram sahaja namun saya malas nak melayan perasaan saya.

Sejujurnya saya sedikit mengagak tentang hubungan suami dengan adik angkatnya iaitu semenjak tiga tahun yang lalu. Malam itu seperti menjadi penentu tentang prasangka negatif terhadap mereka berdua. 

Malam itu entah keberapa kali aku melihat abang berwajah sepi sedang di tangannya tidak lepas menatap teleponnya. Sesekali dia alihkan wajahnya sampil jemarinya menaip pada mapbook. Selalunya dia akan membiarkan badannya tersandar kerusi bulat hijau pucuk pisang mengadap televisyen. Tidak dihiraukan pembaca berita yang sedang memaparkan pergolakkan di Palestine yang menjadi mangsa tentera Israel. Israel yang Allah sebut dalam Al Quran tentang bangsa yang tiada  tanah yang termaktub kepada bangsa Yahudi. Bumi Palestine dan Masjidil Aqsa menjadi rebutan dan menjadikan Israel bagai menggila mengatakan mereka berhak. Israel tanpa silu menafikan hak rakyat Palestine. Mangsanya anak-anak Palestine dan juga rakyat jelata di bumi Palestine yang tidak berdosa dipaksa menyerahkan hak-hak mereka. Terpana dengan kekejaman, insafnya diri dengan melihat rakyat Palestin menderita dengan kehidupan masa depan yang sukar.

'Ya yahudi jika kamu rasa  ia hak kamu ambillah, namun Allah terlebih mengetahuinya'

Telefon di tangan ku berbunyi. Ada seseorang dihujung talian. Dia? Terkejut melihat namanya terpampang menunjukkan sedang menunggu aku menekan butang hijau. Aku tidak sempat menekan butang hijau dan telepon berhenti berdering. Aku turuni anak tangga menuju ke hadapan meja besar di ruang makan. 
Suamiku masih depan mapbook seperti tadi. Aku memandang suamiku, tetapi mata dia memandang telepon di tangan. Sisi duduk suamiku juga berubah. Selelunya dia memilih untuk membelakangi laluan dalam rumah. Tetapi kali ini dia memilih kerusi yang tepi jendela yang mengadap dalam rumah.

"Abang tadi, adik abang misscall". 

Abang diam sahaja bila aku beritahu panggilan yang baru aku terima.

"Abang ada masalah apa dengan dia?" 

Melihat wajah abang selamba aku duduk berdepan dengan suami ku. Abang tidak tunjukkan apa-apa reaksi. Abang kelihatan kusyuk melayari laptopnya. Aku memang menduga sesuatu berlaku antara suami aku dengan adik angkatnya itu. Aku tahu suami ku pura-pura tidak dengar panggilanku. Aku dapat meneka, dalam soal adik angkatnya itu, pasti suamiku dalam situasi serba salah ataupun sedang bermasalah.

Selalunya aku malas nak serabutkan fikiran aku, namun sekuat mana aku cuba tidak mahu ambil tahu, semakin teruja aku melayani fikiran negatifku. Sesekali bermain-main juga dalam otak dan makin di fikir makin serabut. 

Setiap kali adik angkat datang ke KL ada saja yang menjadi tandatanya dalam benakku soal adik angkat dia dengan suamiku. Maksud kerap tu, kadang-kadang sebulan  dua tiga kali dan hampir setiap bulan.

Seperti selalu suami akan bawa balik oleh-oleh dari Terengganu sudah menjadi pekara biasa. Di fb pernah aku lihat suamiku buat status mengenai "oleh-oleh dari Terengganu lebih best". Ketika itu aku tak ambil peduli secara serious sebab tidak mahu berterusan menaruh sangkaan. Semuanya aku cuba positifkan.

Tiba-tiba, Whatsapp masuk dalam handpon saya... toing. toing toing. Saya pun membaca whatsapp. saya terkejut, terdiam seketika otak saya. Dia salah whatsapp ke? 

'Saya tahu akak cemburukan saya. Saya tidak ada apa-apa
hubungan dengan abang.' Dia memang panggil suami saya abang.

Saya tahu apa yang akak rasakan, saya juga perempuan. 

Akak jangan tipu, saya tahu akak cemburukan saya. 
Akak cemburukan saya kan? Betulkan akak cemburu kan saya.
Jangan tipu, saya tahu akak cemburukan saya?. 
(bertubi-tubi dia berkata) 

Saya dengan abang tidak apa-apa hubungan. 

Kami hanya rakan sekerja dan tidak lebih dari itu. 

Abang saya anggap seperti abang saya sendiri

Saya akan jauhi diri saya dengan abang. '.

Saya terkedu. Fikiran saya berlegar-legar mencari dimanakah bermulanya punca dia begitu bersungguh whatsapp. Sepertinya suami saya sendiri yang memulakan semua ini atau dia menafikan menutup sesuatu.


'Apa maksud akak suruh saya melihat gambar akak dengan abang?'


"Pelik. Kenapa dia ni?" Saya binggung setelah membacanya.
Dan saya ada beberapa kali whatsaap dengannya dan berkongsi gambar saya dengan suami saya sendiri. Bukan suami dia.


Saya mengambil keputusan bertanya kepada suami. Ketika menuruni tangga dari ruang atas ke ruang tamu di bawah kaki saya seperti tidak jejak ke bumi, berbagai perasaan silih berganti dan tidak dinafikan dada saya berombak deras. Badan saya menggeletar menahan sakitnya hati. Bayangan mukanya dan suami silih berganti seperti saya sedang diperkudakan oleh suami.

'Mereka yang ada masalah kenapa libatkan saya!'

Sampai depan meja, suami sedang mengadap laptop. Saya terus tanya kepada suami tentang whatsapp daripada adik angkatnya itu. Suami hanya diam membisu.Rasa sakit dan benci mengkris-hiris hati.


"Saya mahukan kepastian dari abang tentang masej itu,"  kata saya dengan perasaan geram. 

Kata abang dia pun memang pelik sebab dia juga terangkan kepada adik angkatnya, bahawa saya selalu kongsikan gambar-gambar yang sama dalam grup whatsapp anak-anak kami. Saya masih tidak puas hati, saya mahukan kepastian apa maksunya mengirimkan whattsaap itu kepada saya.  

Suami terus menghalang saya, katanya "Jangan telepon dia. Dia sedang menangis ketika ini". 

Tidak dapat saya nak gambarkan perasaan saya bila suami saya mengeluarkan kata-kata itu. Ego saya sebagai isteri tercabar. 

"Apa!! kenapa tak boleh?" saya memuntahkan geram kepada suami.  Suami terus berkata, adiknya dalam kesedihan. 


Umpama batu menghempap kepala saya apabila suami saya memberi alasan begitu. 
'Bagaimana seorang suami sangat bertimbang rasa kepada perempuan lain'. 

Ketika ini tiada setitis pun air mata saya gugur kerana hati saya sedang membakar.Selama ini desas desus tentang hubungan baik suami dengan adik angkatnya saya dapat lihat sendiri.

Semalaman saya tidak boleh tidur. Suami menghampiri, memeluk saya dan berkata "Dia tidak matang. Jangan bebankan lagi masalah dia". "Apa? Jangan bebani dia?" Tidak masuk akal bila suami saya berkata begitu.

Kata-kata itu sangat pelik. Saya seperti tidak percaya, abang akan keluarkan perkataan itu dengan spontan dan seperti tidak peduli apa yang sedang saya rasai sekarang.


Saya ambil keputusan cuba telepon dia untuk kepastian. Saya nak tahu bagaimana dia yang sangat mulia dan dihormati oleh kawan-kawannya malah peminatnya boleh berkata begitu kepada saya. Saya hanya suri rumah yang tidak ada apa-apa pun. Apa yang dia dapat bila di buat begitu pada saya. Bermacam-macam onak datang dalam kepala saya. Saya nak tahu mengapa dia hantar whatsapp begitu pada saya.

Pagi itu dia masih tidak mengangkat teleponnya. Saya ke HUKM kerana menziarahi kawan anak saya. yang mendapat rawatan di sana.  Sepanjang perjalanan balik saya nekad akan telepon dia.

Tiba-tiba handpon saya berbunyi. Dia membuat panggilan, saya mengangkatnya dengan pasti..

"Akak nak tahu, kenapa whatsapp akak begitu, akak tak faham" kata saya kepadanya. 
Secara spontan dia menjawab bertubi-tubi seperti peluru berpandu, saya terkedu.

'Akak dengar sini baik-baik, saya nak bertegas. Saya tiada 

hubungan apa-apa dengan abang. Saya tidak hingin dengan 
suami akak, dah lah suami akak tu tua. Saya ada keluarga 
yang bahagia. Saya ada anak-anak dan kehidupan saya 
sendiri. Rumah saya pun lagi besar dari rumah akak.
 Kereta saya lagi besar dari kereta akak. Suami saya lagi 
hensem dari abang suami akak,  suami saya lebih muda 
berbanding abang dah tua tu. 


Setahun mengenali dia sebagai pelajar skrip tidak pernah terlintas bahawa begini rupanya sikapnya. Pertama kali bertemu dan berkenalan dengannya, saya dapat rasakan dia baik dan berbudi bahasa. Melihat betapa akhlaknya seiring dengan raut wajah dan penampilannya. Wajahnya sederhana sahaja, peramah, lembut. sopan. dan busannanya bertudung labuh sangat polos. Setelah berkenalan saya tidak ada laman sesawang FB, maka sesekali saya membuka internet saya melihat beberapa postingnya yang sangat berinfo, bahasa yang tersusun, santai selalu mengutarakan nasehat dan panduan hidup. Rinkasnya postingnya sangat islamik. Bahkan semua komen adalah memujinya. Tidak hairan seseorang akan kagum dan hebat orangnya. Sehingga kini mungkin jika diceritakan akan terlihat kehebatannya dalam banyak bidang dia ceburi. Mungkin faktor itu membuatkan suami saya sangat suka kepadanya untuk dijadikan adik angkat. 

Alasan suami "Dia orang melaka macam kita. Malah emaknya pun bernama Rohani sama dengan nama emak"

pernah juga  dia beritahu tentang mengapa dia anggap suami saya macam abang sendiri sebab nama emak mertua saya Rohani sama dengan emannya. 

saya nak tanya, syariat bagaimana? Bolehkah seorang abang angkat dan abang angkat mempunyai panggilan mesra 'SAYANG'
whatsapp/email rindu dan kucup bibir juga digalakkan??



mungkin kata-katanya yang menganggap saya seperti kakaknya atau idolanya atau entah apa lagi boleh menghalalkan rayuan kucupan mereka  berdua itu...

Saya tidak diduga kata-kata berbisa terhambur disebalik tudung labuh dan jubah. Ada topeng rahsia yang diajukan kepada saya seorang. Saya tersangat yakin semua orang akan mengatakan saya berkata tidak benar, mungkin akan ada mengatakan saya dengki dan iri-hati. Saya tidak peduli. Biar segala yang terbuku ini saya tulis disini. Tidak perlu nak adili apa yang saya tulis ini. 

Saya mahu berkongsi rasa agar suatu hari nanti tidak ada perempuan dan suami yang sesuka hati memilih keseronokkan hidup tanpa menghiraukan perasaan isteri. 'Saya bukan wanita baik untuk dia" inilah ayat yang saya selalu katakan kepada suami saya.

Hamburan kata-kata tadi membuatkan saya terkedu. Saya tercari-cari apakah dosa saya. Mengapa suami saya sanggup buat begini  pada saya. 

Lamunan saya terjaga apabila tiba-tiba dia menyambung dan bersuara.

saya nak beritahu, saya tidak  tidak ada apa-apa hubungan 
dengan abang. Kami telah tubuhkan satu team yang akan 
memerangi segala drama yang karut marut tu. Akak jangan 
nak jadi penghalang perjuangan suami akak pulak.

Akak jangan jadi penghalang perjuangan suami akak?'


'wanita ini gila ke? mengesel-gesel dekat suami orang kemudian menempelak isteri orang pulak.' getus hati saya yang geram

"Wahh, dia rasa hebat kot!!". detik hati saya. 

Patutlah abang memandang  tinggi dengannya. 

'kau akan tersungkur suatu hari nanti'
'Allah swt itu ADIL'


Tiada apa yang dapat saya mahu katakan. Ukuran diri saya ada pada dirinya yang mungkin suami saya telah berikan kepadanya. Apa yang dapat saya katakan, saya berada di bawah tapak kakinya. tetapi demi  Allah saya akan perjuangkan HAK yang ALLAH amanahkan kepada saya.



Sejurus itu setelah hamburan kata-katanya sedikit reda, saya bersuara.

"Akak nak tanya, sepanjang kamu berhubung dengan
 abang pernahkan akak minta jangan jumpa dan putuskan hubungan 
dengan suami akak?. Dia menjawab tidak pernah. Nada suaranya sangat lemah.

"Sepanjang kamu berhubung dengan suami akak, 
pernahkah akak katakan, kamu nakkan datau bercinta dengan suami akak."

"Tak pernah" katanya dengan suara yang perlahan.

"Pernahkah akak katakan kepada kamu akak nak kamu jauhi 

diri dari mendekati suami akak?" kata saya  dan dia menjawab

"Tidak pernah" dengan suara yang perlahan.


Saya bertanyakan soalan itu dengan tanpa sedikit pun sangsi bahawa saya tidak pernah buat apa-apa iaitu menghalang juga memfitnah malah sedikit pun tiada rasa benci, sepanjang mereka menjalinkan hubungan. 

Cuma saya pernah kata kepada suami: "saya lihat abang dan dia seperti orang yang sedang bercinta". Ketika itu suami saya bermati-matian mencantas kata-kata saya,

Suami mengatakan; "Abang tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Dia cuma abang anggap seperti adik sendiri". Saya hilang kata-kata bila suami menegaskan lagi "Abang sayangkan isteri abang. Tidak mungkin abang nak bercinta dengan dia" "Kita kan dah ada cucu yang  comel" kata suami saya lagi.


END


Diam itu lebih baik.
Cemburukah saya?

#meluatdenganpompantudunglabuh

Bagaimana boleh timbul perasan cemburu dihati saya? Saya pun pelik. Fitrah seorang isteri,

Pernahkah saya serang dia?
Taj Pernah.

Saya pernah marah atau beri penampar kat dia ke?
Saya tanya dia?
#inikebenaran.

1. Pernahkah akak kata JANGAN JUMPA SUAMI SAYA.
Dia jawab "tidak pernah".
2. Pernahkah akak kata KAMU ADA HUBUNGAN DENGAN SUAMI AKAK?
Dia jawab "tidak pernah".
3. Adakah selama ini akak kata DIA BERCINTA DENGAN SUAMI SAYA.
Dia jawab "tidak pernah".

Banyak pekara yang bermain difikiran tetapi kata hukamah:
'jika difikir yang buruk maka buruklah jadinya'
#positifkanfikiran.

Namun kenyataan tidak dapat menidakkan hakikat hubungan mereka. Saya terkesima. Perpaku.

Rasa diperbodohkan
Rasa dihina
Rasa dipermainkan
Rasa  maruah diinjak-injak.
Rasa dibenci
Rasa tidak berguna
Rasa tidak diperlukan
Rasa diri tidak punya apa-apa

SAYA TIDAK AKAN NAMPAK BODOH PADANYA.

Bersabarlah. Sabar itu adalah sifat orang beriman.
Apa ada dengan maruah itu sedang Allah Maha megetahui segalanya.


'tidak ada apa-apa hubungan'.
Saya pun memberitahu abang tentang masej itu. Kata abang dia pun memang pelik sebab dia juga terangkan bahawa kamu selalu poskan gambar-gambar yang sama pada anak-anak. Saya pun kata nak telepon dia nak tanya kenapa dia kata begitu.


Suami saya terus menghalang saya, katanya "Jangan telepon dia. Dia sedang menangis ketika ini"

Berdesing telinga saya bila abang menghalang saya dari menalipon dia.

PEKARA PELIK PADA SAYA:
-Bagaimana abang tahu dia sedang menangis sekarang?
-Kenapa libatkan saya jika mereka ada hubungan?
-Pelik. Tidak malu menalipon saya beritahu bertemu suami saya?
-Kenapa.? Saya cemburu sangat pada dia ke? Istimewa sangat ke?
-Siapa yang nak tumpang kasih?.

Ingatlah dunia ini bagai roda.
Jangan sampai kita merangkak menginsot-ngengsot di akhirat kelak mohon simpati.
Kita boleh nafikan apa yang kita lakukan. Namun Dia Mahu Mengetahui.

SUNGGUH HANYA ALLAH SWT SAYA MENYERAH DAN BERHARAP.

20 JULAI 2015 SAYA BACA EMAIL MEREKA YANG SANGAT MEMALUKAN

MUGA ALLAH AMPUNKAN SAYA DAN SUAMI SAYA

DIA DAN SUAMI MENAFIKAN TETAPI ALLAH MEMBUKANYA. JANGAN KATA SAYA PENIPU KAMULAH SI PEMBOHONG ITU.

april 2014

dia fikir dia di atas sekarang. 
lihatlah  percaturan Allah swt nanti
kau akan rasakan gandaannya