Monday, 6 October 2014

SAHAJA AKU JATUH CINTA.

Oktober

Bila ku buka kelopak mata ku,
Hatiku melabuh sepi,
Melihat disisi diri....

Pada insan yang melahirkan,
Pada insan  yang membesarkan,
Pada insan yang mendidik ku,
Mengenal siapa pencipta ku.

Kau jadikan aku gadis mulia,
Kau jadikan aku wanita sejati,
Kau teguhkan hati dan jiwa ku,
Menerima cabaran kedewasaan ini.

Kesyukuran mengiringi nafas,
Lelah tidak terasa,
Di usia sebegini jauh,
Diri mu hadir disampingku,
Mewarnai pelangi ,
Mendongak bintang di kala kegelapan,
Memberi teduh merangkul erat,
Menjadikan aku begitu selamat,
Mengiringi jalan iman pencipta alam.

Sayangku,
Kau hadiahkan zamrud mutiara,
Menjadikan aku wanita mulia,
Menyanjungi ku sepenuh hati,
Mencintai ku yang tiada bertepi,
Redha mu memayungi ku,
Kemaafan mu membuat aku terkedu,

Biarpun lelah ku berpaut jua,
Biarpun resah aku dikuatkan oleh Nya
Kerana keyakinan ku terpasak,
Aku menyintai mu kerana Nya.

Ku sujud kesyukuran,
Hati malu kerdil nya diri,
Mencintai dikasehi keredhaan ketulusan
Ya...Allah ampunilah segala kesilapan mereka-mereka yang mengasehi ku,
Ya ...Allah  lindungilah mereka-mereka yang menyayangi ku,
Ya  Allah limpahilah rahmat Mu  pada semua mereka agàr mengasehi Mu Rasul Mu,
agar  kami semua  bersama  mendapat Husnul Khatimah.





[bersempena hari kelahiran  11/10/2014.....umur 51 thn]
garapan 1 dlm blog.

No comments:

Post a Comment