Thursday, 13 November 2014

senyuman menawan


Senyuman  mu sungguh menawan
Hadiah secebis hati yang redup
Aku jadi tertawan
Pada rekahan bibir kaseh mu

Indahnya senyuman,  mesranya  usikkan
ketawa rindu sungguh selesa
Sungguh membahagiakan
Dirimu anugerah kesempurnaan
Indahnya akhlak mu
Mesranya keikhlasan  mu
Terserlah kurniaan Nya
Sebuah iman menjanjikan bahagia

Ini semua bukan lakunan
Aku merasakan suatu keajaiban
KurniaanNya rezeki cinta
Sesungguhnya jodoh pertemuan
Ajal maut semuanya bukan kebetulan
Diri mu anugerah.

Dia utuskan sabar dalam ujian
Dia utuskan redha dalam kesulitan
Dia utuskan tawakal sebagai bekal
Dia utuskan rindu untuk kesyukuran

Rezeki seluas alam
Dia yang memegang jiwa raga ku
Untuk limpahi rasa kesyukuran
Pada rezeki mutiara zamrud milik ku
Pada rezeki iman yang kukuh
Pada rezeki taqwa yang mendalam
Kerana alam ini milik Mu

Seandainya ada rezeki bukan milik ku
Lapangkanlah hati ku
Murnikanlah keikhlasan ku
Agar bisa ku pupuk rasa cinta ku
Pada Zat yang Maha Agung


Coretan rasa masa lalu  jun2014



                                sungguh mempersonakan.

Wednesday, 12 November 2014

AKU MENGASEHI DIRI KU SENDIRI

Berani dan yakkin
Memberi inspirasi bahagia

Pastinya aku meyakini
Berani membuat keputusan

Keyakinan aku tidak sendirian
Kuatkah  aku  menggapai cinta Mu

Aku membina kekuatan
Meneroka kekurangan diri
Menyelami rasa kekecewaan
Mencari seadanya kekuatan
Untuk ku bawa menemui Mu

Apabila rindu bertandang
Aku sujud mensyukuri
Nikmat dikasehi disayangi
Insan yang ku lahirkan

Betapa keberanian tiada kekuatan
Adakah keyakinan itu kebanggaan

Aku memilih sepi
Ku kumpul tongkat tabah
Aku meyakini
Aku di kasehi dengan rahmat MU
Aku di cintai  dengan perlindungan NYA

Aku Mengasehi Diri Ku .

BENGKEL SKRIP SIRI 2 ZABIDI MOHAMED

BENGKEL SKRIP  SIRI 2  ZABIDI MOHAMED

PADA  2   NOVEMBER   2014

DI KARANGKRAF, SHAH ALAM.


Peserta Bengkel Skrip 2 : Aku Bukan Haji @ 2 nov 2014

Bengkel ini mengajak para penulis skrip menulis skrip gaya profesional. Umumnya, apa yang dinamakan skrip dan bagaimana ia dihasilkan memerlukan penguasaan dalam  memahami apa iu filem strukture. Menghasilkan skrip bermakna penulis menghasikan satu cerita yang di sebut filem atau drama. Drama yang baik adalah hasil dari skrip yang baik. Skrip yang baik adalah bila penulis dapat memindahkan rasa pada penonton.

             SKRIP ADALAH BILA KITA
             BERKATA-KATA DENGAN GAMBAR
             BERCERITA DENGAN RASA.

Menghasilkan skrip yang menerapkan  elemen patuh syariah yang diniatkan kerana Allah swt akan menjadikan pahala di akhirat.

Kandungan buku skrip tersebut:

1] Graf


Graf dibentuk berasaskan konflik.
Protagonis dan antagonis diperkenalkan  dalam Act 1

2] Sinopsis




3] Skrip



Panduan bagaimana untuk menggarap sebuah cerita yang berasaskan filem strukture: Act 1, Act 2 dan Act 3 .
Carta atau graf yang di bina berdasarkan konflik sebuah drama.

Skrip Aku Bukan Haji untuk dijadikan panduan dalam bengkel penulisan skrip 2.

Aku bukan haji adalah drama berbentuk keagamaan yang di angkat ceritanya berasaskan surah Ali Imran ayat 134 dan ayat 135 dan dikuatkan dengan surah Al Maiddah ayat 39 .Jalan ceritanya tidak sedikit pun disebut tentang huraian ayat-ayat Al Quran itu namun di vesualkan melalui cerita dan rasa.

Kisah seorang pemuda miskin Muas yang menjaga ayahnya yang telah tua dan mengidap penyakit diabetis kronik.
  
Act 1 :

* Pengenalan watak protaganist : Muas miskin dan disenangai orang-orang sekelilingnya. Mempunyai perhubungan baik dengan Mastura dan makcik Kalsum [ibu Mastura].
            
* Pengenalan watak antoganist : Tajul dan Syuib yang selalu tidak setuju dengan Muas dun selalu menimbulkan perbalahan dengan Muas juga bersaing dengan Muas untuk mendapatkan Mastura.

* Mastura adalah gandingan pada watak protaganis bagi memeriahkan cerita.

* Makcik Kalsum yang memegang watak ibu Mastura menjadi ikon yang mempunyai nilai tauhid yang tinggi dan meredakan suasana.

* Hj Zahari yang menjadi sumber pendidikan menyampaikan tarbiah secara langsung dan tidak langsung.

* Mangkuk tingkat: elimen yang membantu mencantikkan cerita dan kretiviti bila  mangkuk tingkat akan menjadi penyebab terbongkarnya rahsia Muas.


Konflik bermula apabila Muas  berubah bila dia terdesak  dan mencuri duit keluarga Mastura untuk menunaikan haji. 

Konflik Act 1 berakhir bila Muas menetapkan matlamat memulangkan duit yang di curi disebabkan ayahnya meninggal dunia dan pada ketika yang sama ayah Mastura turut meninggal dunia.


Siri Bengkel & Post-mortem Skrip 3:
Membina Konflik dalam Act 2 akan di buat untuk Siri Bengkel 3 iaitu post-mortem skrip bagi mengenal pasti bagaimana Act 2 akan menghurai jalan cerita nya.



Seni persembahan skrip:

1]     Mangkuk tingkat sebagai bekas makanan yang menjadi  penghubung cerita keluarga dan cinta.           Juga mangkuk tingkat membawa terbongkarnya rahsia Muas.

2]    Watak pelakun di pilih berdasarkan ia akan mengangkat cerita - di sini watak ayah Muas sebagai         orang tua yang uzur.

3]   Watak penghubung atau sandaran untuk menguatkan watak untuk berubah seperti Hj Azahari              yang mempunyai watak orang tua berilmu memberi harapan dan tempat rujuk.

4]   Watak Makcik Kalsum yang mempunyai nilai moral dan tauhid yang tinggi di mana ia mengambil  langkah memaafkan kesalahan Muas dan menikahkannya dengan Mastura bagi menunjukkan kemaafannya. [ mujahadah dan rasa hampanya ditunjukkan dengan membaca Quran].


AKU BUKAN HAJI:

Aku Bukan Haji adalah drama yang cukup baik mengisahkan manusia baik menjadi lebih baik.
Nilai murni mengisahkan  kemaafan yang mempunyai tauhid tinggi.
Syariat dibina dengan dialog yang simple  dan  baik.
Saya memberikan  9 bintang [ 10 bintang]
Tahniah Tuan Zabidi Mohamed.






Peserta bengkel skrip 2

Monday, 10 November 2014

UKM

TEAM PENGKAJI MODUL BENGKEL SKRIP PATUH SYARIAH


                                        

                              Zabidi Mohamed, Asmah, Dr Salasiah dan Dr Rosmawati.


Isnin 10 nov , untuk kesekian kalinya menemankan  suami Zabidi Mohamed ke UKM bagi menghadiri mesyuarat Team Pengkaji Modul Bengkel Skrip Patuh Syariah di Jabatan Dakwah Fakulti Pengajian Islam UKM. Mesyuarat ini adalah untuk mengkaji dan menetapkan sejauh mana bengkel sebelum ini berjaya. Dalam mesyuarat ini telah dibentangkan penambah baikkan untuk dilaksanakan pada benkel akan datang.

Untuk modul baru ini pada awal 2015 sekumpulan pelajar UKM akan dipilih bagi menyertai bengkel skrip patuh syariah selama 5 hari. Diharapkan dengan  modul baru ini para peserta akan mampu menulis "Act 1" dari keseluruhan "film structure" yang kompleks  itu.

Oleh kerana saya sekadar mendengarnya saya cuma menjadi pemerhati setia. Saya kagum dengan kegigihan Jabatan Dakwah UKM  terutama Dr Rosmawati Mohamad Rasit dalam usaha mereka ini. 

Apabila bersandarkan ilmu dan pengalaman, maka minda yang tersusun menjadikan seseorang profesional dalam kerjanya. Meniti atas dirinya sebagai agamawan saya melihat usaha yang di ketengahkan oleh team pengkaji  modul bengkel skrip patuh syariah yang diketuai oleh Dr Rosmawati ini wajar di sokong . Menurut Dr Rosmawati kajian ini akan dibukukan oleh UKM. 

Tahniah pada para pengkaji Team Pengkaji Modul Bengkel Skrip Patuh Syariah UKM. dari Jabatan Dakwah Fakulti Pengajian Islam UKM. dan Tuan Zabidi Mohamed.

              SKRIP YANG BAIK ADALAH DAKWAH YANG BAIK

Belajar itu kehidupan


Belajar itu kehidupan
Kuncinya adalah berusaha
Perjalanannya mengirim resah
Perjuangannya tiada nokta.

Bukalah ia dengan kunci tabah
Jangan di lupa kunci sabar
Berusaha juga dengan kunci doa
Dengan bekalan yakin tersangat hebat

Jalan sukar diiringi  dengan tabah
Jalan mudah dengan iringi syukur
Tawakal haruslah  selalu di pupuk
Doa itu hendaklah  selalu disuburkan

Perjuangan  menjadi  takdir kehidupan
Sukar sabar jadikanlah hiburan
Jika takdir mengubah harapan
Kekecewaan  hendaknya diceritakan  pada Nya

Ingatlah suatu realiti
Sabar memerlukan mujahadah berterusan
Redha jadikan kekuatan
Doa harus tiada penghujungnya

Hakikatnya,
    Kita maseh belajar
    Kita maseh memerlukan  NYA.



27 oktober 2014