TEAM PENGKAJI MODUL BENGKEL SKRIP PATUH SYARIAH
Zabidi Mohamed, Asmah, Dr Salasiah dan Dr Rosmawati.
Isnin 10 nov , untuk kesekian kalinya menemankan suami Zabidi Mohamed ke UKM bagi menghadiri mesyuarat Team Pengkaji Modul Bengkel Skrip Patuh Syariah di Jabatan Dakwah Fakulti Pengajian Islam UKM. Mesyuarat ini adalah untuk mengkaji dan menetapkan sejauh mana bengkel sebelum ini berjaya. Dalam mesyuarat ini telah dibentangkan penambah baikkan untuk dilaksanakan pada benkel akan datang.
Untuk modul baru ini pada awal 2015 sekumpulan pelajar UKM akan dipilih bagi menyertai bengkel skrip patuh syariah selama 5 hari. Diharapkan dengan modul baru ini para peserta akan mampu menulis "Act 1" dari keseluruhan "film structure" yang kompleks itu.
Oleh kerana saya sekadar mendengarnya saya cuma menjadi pemerhati setia. Saya kagum dengan kegigihan Jabatan Dakwah UKM terutama Dr Rosmawati Mohamad Rasit dalam usaha mereka ini.
Apabila bersandarkan ilmu dan pengalaman, maka minda yang tersusun menjadikan seseorang profesional dalam kerjanya. Meniti atas dirinya sebagai agamawan saya melihat usaha yang di ketengahkan oleh team pengkaji modul bengkel skrip patuh syariah yang diketuai oleh Dr Rosmawati ini wajar di sokong . Menurut Dr Rosmawati kajian ini akan dibukukan oleh UKM.
Tahniah pada para pengkaji Team Pengkaji Modul Bengkel Skrip Patuh Syariah UKM. dari Jabatan Dakwah Fakulti Pengajian Islam UKM. dan Tuan Zabidi Mohamed.
SKRIP YANG BAIK ADALAH DAKWAH YANG BAIK
No comments:
Post a Comment