Wednesday, 27 May 2015

Baju kena dilipat. pesan emak.


[Buku umi]


Suatu petang saya tersedar dari lena, bayangkan seluruh ruang makan berselerak dengan susu tepung dua kilo. Anak saya menjadikan ianya mainan mereka hari itu. 

Adakah perlu saya mengamuk? Tapi kesilapannya adalah kerana saya cuai meletakkan susu itu di ruang bawah kabinet yang senang dicapai oleh anak saya berumur tiga tahun dan setahun lebih.


Apabika anak semakin ramai saya menggunakan perkhidmatan warga Indonesia yang saya minta dia datang mengemas seminggu tiga kali. Ketika ini saya menetap di Kuala Lumpur.

"Ibu yang ini mau di buang?" Pembersih warga Indonesia bertanya semasa mengemas barangan untuk di buang dan di kitar semula.

"Ni Mies, awak masukkan dalam plastik baju yang berlonggok tu" Sambil menunjukkan plastik hitam untuk di buang. 

"Sayak mau mop ya ibu". Katanya bila telah selesai mengemas rumah. Saya pun mengiyakan sahaja, "Haa".

Selesai membersihkan rumah oleh warga Indonesia tadi suami saya pun pulang kerumah. Dengan tidak di sangka suami saya kata, "Bersihnya rumah hari ini, barulah selesa sikit".

Berderau darah saya. Rupanya selama ini saya telah abaikan kebersihan rumah. Mengemas mengemop adalah tugas yang sungguh berat kerana apabila ada anak kecil untuk di uruskan segala aktiviti menjadi lambat dan malah tidak sempat dibuat selalu. 

Pekara utama yang diutamakan adalah dapat menguruskan anak, memasak dan mencuci pakaian. Anak-anak yang akan pulang dari sekolah pasti lapar.


Emak saya pernah bertanya, "Baju kat rumah kau lipat ke?" Saya hanya memandang emak. Belum lagi saya bercerita, emak menyambung lagi. Kata emak dia singgah rumah saudara saya, katanya baju-baju tidak dilipat malah dimasukkan semua dalam almari dan laci baju tanpa dilipat.

Seorang kawan saya bercerita yang dia tidak sempat melipat baju tiap-tiap hari. Oleh itu dia menyediakan setiap  empat anaknya sebuah bakul dan meletakkannya baju anak-anak dibakul berasingan setiap anaknya. Senang katanya tadak perlu dilipat.


Pesan emak saya, kata emak "Baju anak-anak jangan selalu di biar tak berlipat...". Oleh itu seboleh mungkin saya cuba melipat pakaian anak-anak namun saya juga selalu kalah dengan situasi yang berdepan dengan baju yang banyak setiap hari. 

Hujung minggu kadang-kalanya kami bergotong-royong mengemas rumah tapi kalah juga sebab ramainya bilangan kepala akan menambahkan kuantiti barangan seperti pakaian, buku, alat tulis, mainan dan semuanya menjadi gandaan mengikut kepala yang ada dalam keluarga.

Jika diikutkan hati memang malu bila saudara mara, adik-adik sendiri, juga emak abah yang akan datang kerumah. Kami akan kelang-kabut bergotong royong membersihkan rumah dan bilik air. Oleh itu saya jarang menjemput tetamu ataupun mempelawa jiran untuk berkunjung kerumah.

Saya juga tidak membawa anak-anak kerumah kawan-kawan kecuali rumah saudara mara. Kenduri atau majlis jemputan kami pergi berdua sahaja. 

Tetapi kenduri kendara dan jamuan hari raya saudara-mara sahaja kami akan bawa anak-anak supaya anak-anak mengenali sepupu juga keluarga lainnya. 

Apabila ramai anak, semua kerja kena di buat dengan kadar berganda-ganda. Urusan pakaian - membasuh menyidai dan melipat, memasak serta pinggan mangkuk yang hendak dicuci selepas makan juga beberapa urusan keluarga segalanya diuruskan dengan kuantiti yang banyak.

Ada juga emak saudara kami berkata, "Asmah mesti masak banyak dan seronok makan ramai-ramai. Bila masak mesti habis, taklah membazir". 

Benar, memasak menjadi suatu aktiviti yang seronok kerana dapat makan bersama-sama. Meriah.

-----
#Saya dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai 4 adik-beradik. Ketika bersama keluarga saya yang sederhana itu banyak mengajar saya erti kesabaran dan membina kekuatan. Saya menjadi anak yatim ketika berumur 11 tahun.]

#Budaya masyarakat Melaka suka membersihkan ruang halaman dan sesawang dengan kerap. Malah bantal hendaklah dijemur setiap hari dan cadar kena ditukar dengan kerap. Bagi keluarga yang besar ini semuanya menjadi sukar pada saya. Oleh itu saya mengambil sikap buat apa yang termampu.

Ada ketika saya mendapat sakit kepala yang kuat kerana pening dengan pengurusan anak-anak yang ramai. Bila difikirkan bagaimanalah saya dapat melaluinya. Alhamdulillah.

#Saya pernah berbual dengan jiran saya: Sebagai isteri kita kena selalu nampak kemas dan cantik di mata suami dan anak-anak. Kerana itu adalah seni dalam rumahtangga dan maruah diri.


SENI KEHIDUPAN KEKELUARGAAN ADALAH SELALU KELIHATAN KEMAS, BERSIH DAN CANTIK DI MATA SUAMI DAN ANAK-ANAK. IANYA BUKAN SAHAJA SENI DALAM RUMAH-TANGGA MALAH JUGA MARUAH DIRI.


#Menjaga makan minum suami dan anak-anak adalah tanda kaseh kita pada mereka. Oleh itu seandainya kita menyayangi suami dan anak-anak gembirakan hati mereka dengan air tangan kita.



------
Menguruskan keperluan keluarga memerlukan kesabaran juga ada ketikanya sedikit pengorbanan untuk keselesaan. InsyaAllah itulah ganjaran yang akan Allah berikan pada kita suatu hari nanti.


Apalah yang dapat dikatakan :Pejamkah mata pekakkan telinga kuatkan semangat kerana menguruskan keluarga adalah tugas dan tanggung jawab.


Tuesday, 19 May 2015

NILAI MURNI dalam drama/filem.[bengkel zabidi mohamed]



Memiliki kretiviti dalam berkarya anugerah bakat oleh Allah taala. Adalah lebih murni seandainya memiliki kelebihan dalam berfikir secara bijak dan terpuji. 

Melahirkan minda positif yang diniatkan untuk memberi input positif agar masyarakat matang dan bijaksana membuat pilihan hidup yang berlandaskan syariat islamik dan universal.

Menjadi penulis yang bertanggung jawab dan berinovatif akan menjadi kita antara insan yang akan menjana kemanusiaan sejagat. 

Tegasnya kita kena bertanggungjawab dalam peradapan kemasyarakatan. 



Maka dengan ertikata lain kita;

1: Penggiat drama dan filem adalah pemangkin masyarakat yang berilmu dan berpendidikan melalui skrip dan drama.

2: Penulis skrip adalah pendidik bangsa melalui drama.

3: Pengarah mencetus penonton berminda baik dan membantu membuat aktiviti berfaedah serta bijak.



Hiburan adalah makanan minda. 
Hiburan adalah terapi stress, buntu dan pasif.
Hiburan mewarnai kegembiraan dan kebahagiaan.
Hiburan menjana pendapatan kemanusiaan.
Hiburan juga sunnah kerana Rasulullah saw juga berhibur.
Hiburan juga boleh mengeratkan pehubungan penghambaan mahluk kepada penciptanya Allah swt.



BERKARYALAH DENGAN :

1:   CERDIK
2:   NILAI POSITIF
3:   TIADA UNSUR TAHYUL ATAU KHURAFAT
4:   JAGALAN SENSITIVITI AGAMA.
5:   BERINTERGRITI / MENJAGA MARUAH.
6:   BUDAYA POSITIF.
7:   ELAKKAN KELUCAHAN
8:   JANGAN ADA UNSUR ISRAILIAT / JELMAAN
9:   BERSIFAT UNIVESAL / DI TERIMA SEJAGAT.
10: JANGAN ADA PLAGIARISM
11: PATUH SYARIAH
12: WATAK PELAKUN TIDAK MELANGGAR AQIDAH.



NILAI MURNI YANG DITERIMA OLEH ISLAM:
[Nota bengkel K-Feqh; Dalam membina watak skrip patuh syariah islamiah].


1]  Mengangkat jiwa tauhid.


2]  Mempromosi jiwa tauhid.



3]  Mempromosi budaya positif.



4]  Mengangkat intergriti iaitu maruah diri.



5]  Patuh pada syariat islam.



6]  Tiada unsur-unsur lucah/sex.



7]  Palagiat filem iaitu tidak mengambil drama orang lain.



8]  Drama Universal - masejnya diterima oleh semua agama bangsa.



9]  Tiada unsur israeliat iaitu cerita bertukar menjadi beruk          dll.



10]  Tidak menghina agama lain.



11] Tiada khurafat.



12] Watak/Pelakon yg membawa carekter.





Hiburan dalam islam seharusnya membawa image;

- Tidak melalaikan daripada Allah swt.
- Mencintai Rasullullah saw.
- Bermanafaat pada sejagat.
Tidak menghina pihak tertentu.


[Nota kuliah bengkel skrip zabidi mohamed.]

Monday, 11 May 2015

Rasa yang menyelubungi diri.


"Kak As saya yakin benar dengan Rahmat Allah".

Bagaimana ingin saya katakan hati ini benar-benar tersentuh dengan kata-kata mu.
Kisah 32 tahun yang lalu perit seorang siswi mengharungi zaman remajanya yang sukar dan mengharapkan sokongan mereka-mereka di sekelilingnya..

Apalah sangat melalui kehidupan yang sukar sedangkan ada insan lain yang tonggang-langgang rentak kehidupannya. Kini tentunya ada yang rasa  terlalu cemburuinya bila melihat dia yang berat ujian hidupnya kini sungguh tenang kehidupannya. Bangga  dan bersyukur mendapat berita kejayaan anak-anaknya.

Syukur anak-anaknya kini 3 orang berjaya menjadi dokter yang selalu di impikan ramai ibubapa. Manakala yang maseh bersekolah mengimpikan menjadi dokter seperti abang dan kakak mereka. Alhamdulillah.

Tahniah sahabat.
Sahabat yang 'innosent'.
Sahabat UM. 




Ibu maafkan saya.

Maafkan saya ibu.
cerita 5

Pagi itu sungguh nyaman, saya menghadiri seminar selama dua hari yang diadakan di Flamingo Hotel. Ketika untuk menikmati kopi minum petang itu saya disapa oleh seorang wanita, "Puan. Boleh saya duduk dengan puan?"  Saya menoleh dan membalas senyuman manisnya berkata, "Boleh, boleh, panggil saja saya kak As, rasa lebih selesa". Wanita itu memberikan senyum manisnya dan dari wajah polosnya menganggarkan umur dia sekitar 30an.

"Peserta seminar ya" saya memulakan sapaan. 
"Ya" jawabnya sambil menghadiahkan senyuman pada saya.
Perbualan rancak bermula mengenai seminar yang kami hadiri di sebuah hotel di Kuala Lumpur. "Bagusnya dapat hadir seminar ini dapat menambahkan ilmu dan kenalan." kata Julia, wanita yang duduk disisi saya ini. Julia terkejut bila saya beritahu saya mempunyai 11 orang anak.

"Wahh, murahnya rezeki Kak As, ramai anak", Julia melahirkan rasa hatinya. Saya cuma tersenyum. Julia seorang pensyarah sebuah universiti swasta tempatan. 

"Semasa saya datang tadi saya sememangnya serba salah untuk menghadirkan diri". kata Julia. "Rupanya Allah mahu pertemukan saya dengan Kak As". "Saya tadi dihantar oleh suami saya dan anak-anak untuk datang ke sini." kata Julia yang murah dengan senyuman. Saya hanya diam sambil mengunyah karipap pusing yang disediakan oleh pihak hotel untuk jamuan petang dengan dua keping roti jala. 

"Akak pun gembira dapat hadir seminar ini, lebih-lebih lagi dapat berkenalan dengan ramai peserta", kata saya setelah menghirup kopi yang masih panas itu.

"Kak, saya tidak mudah untuk menghadirkan diri di mana-mana seminar tapi pagi tadi suami saya memberi izin untuk kesini dan sanggup menjaga anak-anak". Julia bersuara dengan nada perlahan.

Julia bersuara tapi seperti memaksa diri berkata-kata, dengan helaan nafas yang jelas Julia berkata, "Semasa dalam kereta tadi saya marah-marah kerana stress sangat dengan anak-anak saya."  Kata Julia lagi, "Entahlah Kak As tak tahu mengapa saya boleh hamburkan kata-kata tadi pada anak saya yang masih kecil tu, mereka cuma diam saja bila saya marah dan anak sulung saya tiba-tiba bersuara.."

"Mama, Kak Long minta maaf jika Kak Long silap dan buat mama marah". Saya lihat di kelopak mata Julia bergenangan, berkaca. Julia bersuara menahan sebak, "Saya terpaku dan terkejut kak As...anak sulung saya berkata begitu". Menurut Julia anak sulungnya berumur tujuh tahun.

"Kak. Pernahkah akak marah sangat kat anak-anak. Saya lihat kak As bukan jenis yang marahkan anak-anak". 

Bagimanalah harus saya boleh menceritakan kepadanya tentang keluarga besar saya yang cabarannya tidaklah mudah juga bukan sedikit. Saya hanya mampu katakan "Sukar untuk menceritakannya Ju, tapi percayalah apa yang berlaku adalah cabaran kita menjadi seorang ibu, Allah tidak akan sia-siakan pengorbanan seorang ibu"

"Ju, kehidupan kita akan rumit jika kita merasakan ianya rumit." saya bersuara.

"Mana ada seorang ibu tidak pernah marah, mengamuk, memukul dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya seorang ibu ucapkan kepada anak-anaknya". Saya diam seketika. 

"Mana ada seorang ibu tidak pernah melepaskan geram dan stressnya pada anak-anak"... "Mungkin ada tapi akak tidak pernah jumpa lagi". Helaan nafas saya cukup sesak. 

Tanpa saya sedari berbagai pengalaman pahit mula menerjah dalam ingatan saya. Terlalu banyak pekara yang berlaku yang menjadi panduan pengalaman semasa menmbesarkan dan mendidik anak-anak. Saya juga pernah kalah dalam menahan kesabaran.

"Ju..." saya menggengam tangan dan terasa seolah-olah saya memegang tangan Julia dan berkata, "Seandainya kita telah terlepas cakap. memarahi memaki mengamuk malah memukul anak kita, maka berpatah baliklah..." 

"Jangan kita malu meminta maaf pada anak dan memohon pengampunan dari Allah. Banyakkanlah doa bermunajat pada Allah minta Allah ampunkan dosa-dosa kita, mohon Allah bantu kita untuk mendidik anak kita". 

"Kita adalah ibu mereka" kata saya.

"Ya Ju kita semua tahu anak itu adalah amanah  Allah. Anak adalah tanggungjawab bukan beban kerana mereka lah yang menentukan akhirat kita nanti" saya menarik nafas lagi. 

"Bagi akak baik dan buruk anak akan menjadi ukuran kita disisi Allah nanti"

"Kak As saya bersyukur sangat pertemuan ini".

"Benar Ju, seandainya Allah mahu kita memperbaiki kehidupan kita yang telah pincang Allah akan datangkan kesedaran itu pada kita melalui hambaNya yang lain untuk kita mengenali siapa kita disisi Allah taala".

Saya terasa satu tarbiah untuk saya muhasabah diri saya sendiri ketika itu. 

"Ju, anak-anak cuma ada kita untuk membantu mereka menyerlahkan potensi mereka. Kitalah yang kena bantu mereka kerana kita adalah ibu mereka" "Tiada  orang lain lebih menyayangi anak-anak, kita sahaja harapan untuk sayang dan bantu mereka." Dengan perasaan sebak dan menyedari saya juga terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu di halusi.

"Anak kita hanya ada kita".

"Kak As sebenarnya anak saya yang sulung itu ada masalah pembelajaran di sekolah, saya sedang membuat keputusan untuk berhenti atau meneruskan kerjaya saya sebagai pensyarah". Bertepatan kata-kata saya rupanya situasi Julia 'sebegitu rupa'.

Keluarganya mempunyai masalah peribadi yang tersendiri dan dia sekeluarga kerap berulang untuk balik menziarahi keluarganya untuk menyelesaikan beberapa masalah. Keputusan untuk berhenti juga harus dirujuk agar tidak membelakangkan ibubapanya.

"Emak saya tidak faham situasi kami, suami saya nampak serba salah bila berdepan dengan keluarga kami yang menentang saya berhenti." "Dekan menasihatkan saya ambil cuti tanpa gaji jangan berhenti terus dan juga cadangkan saya buat part-time saja".

"Saya mahu jadi ibu terbaik anak-anak" katanya. Julia menceritakan panjang lebar situasi keluarganya,  keluarga mertuanya dan dirinya yang tersepit dalam delima menjadi ibu mithali. Saya bangga mengenali wanita ini.

Sejujurnya saya kagum dengan wanita ini yang punya semangat begitu tinggi. Cabaran yang dilaluinya untuk mempertahankan cita-citanya untuk membina  kehidupan sempurna kepada suami dan anak-anaknya. Target juga berusaha menjadi ibu terbaik pada anak-anak amat saya sukai. Suaminya beruntung memililki isteri begini dan muga memberi sokongan sepenuhnya pada isterinya. Wanita Ibu Mithali.

Saya bangga bila mendengar Julia berkata tujuan dia berhenti kerja untuk membantu anaknya yang ada masaah pembelajaran dan komunikasi. Kata Julia lagi dia mahu anaknya dapat membina kerjaya sendiri tanpa bergantung pada kasehan orang sahaja. 

Lebih mengkagumkan saya adalah bila ia mengatakan dia mahu menjadi ibu yang dapat menanamkan tauhid yang tinggi pada anak-anaknya kerana seandainya anaknya terpaksa pilih antara mengesakan Allah dan kekufuran seperti dipaksa menganut fahaman lain, dia mahu anaknya memilih Allah taala.


Saya mengatakan pada Julia, "Pilihlah keputusan terbaik untuk dirinya, suaminya anak-anaknya juga agamanya". Kata saya lagi, "Mohonlah pada Allah, bergantung haraplah padaNya" "Akak doakan Ju dapat membuat keputusan yang di redhai Allah "

Di akhir bicara, apa yang saya ingat katakan:
* Jangan kita menyesali  takdir kita.
* Buatlah keputusan dengan bermunajat pada Allah, agar kita tidak    menyesal.
*Anak-anak hanya ada kita untuk mencorakkan kehidupannya yang    akan datang. 
*Hanya ibu bapa yang akan membantu memberi dan menyayangi      anak-anak yang menjadi amanah padanya. 

'ANAK-ANAK HANYA ADA KITA'
Hakikatnya Allah menyediakan pahala untuk kita melalui mereka




Thursday, 7 May 2015

SETELAH AMMAR TINGGALKAN KITA



SETELAH AMMAR TINGGALKAN KITA



Betapa indahnya alam jika bertaburan kemuliaan keberadaban dan akhlak yang agung pada pencipta.

Walaupun ramai mengatakan cerita Ammar satu fenomena. Malah seandainya Ammar maseh ada, dialah ikon remaja ummatik yang tiada tolok bandingnya. Subahanallah, 

Ammar insan terpilih.

Puan Nur Azlina  bonda Ammar begitu juga Hj Azam abah Ammar menjadi tumpuan. Kerinduan keredhaan dan tabahnya emak Ammar dan abah Ammar telah di minta untuk dirakamkan dalam tulisan. Kerinduan seorang ibu jelas terlihat meredhai ketentuan Illahi. Keyakinan seorang abah teguh dengan cinta seorang lelaki sebagai ayah berwawasan ummatik. Teguh dan Kukuh mereka menerima takdir Illahi yang Maha kuasa. 

Hj Ahmad Azam dan Pn Nur Azlina, lambang cinta insan kerana ALLLAH taala. [muga Allah tautkan rindu cinta pada Allah dan Rasulullah saw]


Rindu cinta syukur telah diterbitkan pada 'Warkah 2 Anakanda Ammar' dalam buku ke 2 ini iaitu rintitan dari buku 1: "Cerita Cinta Ahmad Ammar'.


Warkah Pn Nur Azlin saya petik di sini;

Salam sayang buat anakanda Ammar yang dirindui:
"InsyakAllah...sebanyak mana pun air mata yang berguguran tidak akan mengembalikan jasad Ammar kepada emak. Namun emak yakin Ammar sentiasa hadir  dalam jiwa dan kehidupan emak".
[petikaan m/s 2].

"Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat. Tidak mampu kita membuang masa melayani hati yang terluka dek tindak tanduk mereka di sekeliling yang gagal memenuhi hasrat kita.Tidak mampu berehat lama bersantai-santai. Emak juga tidak punyai banyak masa untuk terus bersedih meratapi pemergian Ammar kerana begitu banyak urusan dan amanah yang perlu ditunaikan"
[petikkan m/s 48].

Sungguh runtun jiwa saya membaca bait-bait nukilan Pn Nur Azlina. Buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar' yang diterbitkan pada tahun 2014 benar-benar menyentuh naluri keibuan saya. Kerinduan seorang ibu, kaseh sayang yang dizahirkan semenjak Ammar dilahirkan sungguh murni. Saya juga dapat rasakan  Pn Nur Azlina sebagai isteri yang sering berkorban dan redhai ketentuan Allah. Subahannallah. 

[Engkau Ya Allah memiliki alam semeste ini mempertautkan rasa cinta dan rindu kepada insan yang mempertaruhkan kehidupan mereka kepada Mu].




Gembiranya saya malah keterujaan mendekatinya, kak Ina. Saya memanjatkan rasa syukur juga teramat bangga tidak terhingga mengenali bersiratulrahim dengan insan ini. Saya berkongsi bahagia kesyukuran juga mendoakan kepada Pn Nur Azlina :

MUGA  KAK INA  DAN HJ. AZAM SEKELUARGA DI KASEHI ALLAH  MERINDUI  RASULLULLAH  SAW.

Ya, saya ingin berkongsi apa yang dapat di petik sedikit dari paparan bacaan dalam naskah buku 'Setelah Ammar Tinggalkan Kita".

Menurut Hj Azam abah Ammar:
Apa yang aku lakukan terhadap Ammar hanyalah sekadar mendidiknya untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dengan kareir yang baik, berwawasan ummatik dan hidup berpaksikan akhirat.
[petikkan m/s 60]

Antara mereka yang hampir dengan Ammar adalah Suhail abang ipar sulungnya. menurut Suhail, 
"Ammar menjadi sehebat yang kita ketahui disebabkan dirinya sendiri. Apabila dia kenal dirinya, maka dia kenal Allah swt. Apabila dia sendiri ingin berubah, maka berubahlah dia. Apa sahaja kisah kebaikkan yang kita dengar mengenainya, semua itu adalah saranan Rasulullah saw."
[petikkan m/s 78 & 79].

Melihat kisah peribadi Ammar ini bagai satu fenomena yang panjang dan berterusan, adalah satu momentum yang luar biasa. Dengan ini wajar Ammar menjadi idola pada remaja kearah yang berwawasan ummatik. 




Ajaibnya kisah Ammar.



Apa yang bermain di minda saya adalah:

Ammar memberi tabah dan yakin:

1- Ammar anugerah terindah mendambarkan keluarga sakinah mendapatkan anak yang soleh menjadi bekalan di akhirat.
2- Rasa cinta dan kaseh yang bertaut antara insan-insan yang di kasehi Allah taaala, cinta ibubapa serta adik-beradik yang indah.




3  Keikhlasan dalam menerima segala bentuk ujian dan cabaran dalam melayari kehidupan rumahtangga.
-Ikhlas dengan suami
-Ikhlas dengan isteri 
[Kehidupan saling menyayangi mencintai dan menerima seadanya suami dan isteri]
-Taat pada ibubapa dan memuliakannya.
-Taat pada mertua dan memuliakannya.
[Bersyukur dan menerima seadanya memparbaiki hati dan diri untuk membina rumahtangga harmoni/sakinah]
-Ikhlas menyayangi anak-anak untuk memberi mereka yang terbaik
[Kesemua ini adalah saranan Rasulullah saw yang memjadi teras kehidupan serta menjadikan akhirat sebagai landasan].





4  Keyakinnan kekuatan kesabaran menyusuli setiap ujian datang dari Allah di hadapi dengan hati yang redha dan tawakkal.

5  Mengasehi sesama insan di realisasikan dalam setiap tindak tanduk dan perlakuan perbuatan.




6  Niat yang benar selalu di tekankan malah menjadi matlamat perjuangan. 

7   Menjadikan mencari ilmu beramal dan membantu insan lain berfikir secara positif yang di redhai Allah.

8  Allah mengangkat memuliakan mereka-mereka yang di sekeliling Ammar.




9  Allah menyinarkan cahaya Iman dan Taqwa yang perlu di cari dan di gilap oleh semua insan melalui Ammar.

10 Ammar pencetus Peradapan Akhlak Rasulullah saw yang Mulia itu untuk di gali lagi dan diamalkan.

11 Ketabahan Kekuatan Keyakinan Ibu bapa Ammar Pn Nur Azlina dan Hj Azam bagai satu ispirasi untuk membentuk keluarga sakinah.

11 Kaseh sayang kemesraan keintiman kekeluargaan menjadi wardah  membentuk sebuah masyarakat islam.




Ammar di sebut Pemuda Hijrah: 

12  Ammar mencetuskan insan-insan lebih tepat remaja-remaja menjejak mahu memahami: Ketamadunan islam yang diterokai para sahabat Rasulullah saw iaitu tentera pimpinan Abu Eyyub Al Ansari dan  Salahudin Al Ayubi juga kegemilangan Islam dizaman Sultan Al Fateh. Malah cetusan ini membawa kepada menetahui hadith-hadith dari para sahabat yang sanadnya bersambung kepada Nabi Muhammad saw menjadi isian minda para remaja yang mengikuti kisah Ammar. Subahanallah.

Ajaibnya Ammar.


13  Ammar insan yang di pilih Allah di pelihara Allah untuk ditontonkan wajahnya yang sungguh menawan tampan, juga budi perkertinya iaitu Akhlak yang umpama Rasulullah saw.

14   Ammar insan yang Allah beri kecerdikan kepandaian, berwibawa keunggulan IQ yang genius, mempunyai jati diri yang mantap. Pejuang Ammar menimba ilmu ikhlas kerana Allah taala menepati menjadi pemuda Islam.

15  Ammar adalah insan yang Allah pilih untuk di lahirkan oleh wanita yang punya akhlak yang luhur dan di kukuhkan dengan abah yang punya wawasan ummatik.

Ammar pemangkin remaja memperbaiki akhlak.


                              AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM


                                            MOHAMMAD UBADAH BIN ZABIDI
                                                                                                          

Saya pernah melihat dan bertanyakan tentang Ammar melalui anak saya Mohammad Ubadah iaitu rakan satu 'bacth' di RMC. 
Abah Ammar Hj. Ahmad Azam juga pastinya semua kenali pemimpin NGO, yang dikenali.
Walaupun ralat tidak bertemu Pn Nur Azlina ketika itu, saya bersyukur dapat juga mengenali beliau walaupun setelah ketiadaan Ammar.



 Ammar bersama Pn Nur Azlina Hj Azam dan nendanya 
POP : 2010 di MTD 

Mohammad Ubadah bersama saya Asmah dan ayahnya Zabidi
POP 2010


Ketika Ubadah di minta menyumbang artikel oleh Saadiah Mohamad selaku Pengurus Penerbitan Karya Bestari, kami merasa bersyukur. Ubadah juga bersyukur dapat mengenali Ammar walaupun seketika dan lebih bersyukur menerima pendidikan bersama Ammar ketika di MTD.

Ammar adalah satu keajaiban yang memercikkan sinar Syurga Allah taala untuk Islam. Al fatihah.