Monday, 11 May 2015

Ibu maafkan saya.

Maafkan saya ibu.
cerita 5

Pagi itu sungguh nyaman, saya menghadiri seminar selama dua hari yang diadakan di Flamingo Hotel. Ketika untuk menikmati kopi minum petang itu saya disapa oleh seorang wanita, "Puan. Boleh saya duduk dengan puan?"  Saya menoleh dan membalas senyuman manisnya berkata, "Boleh, boleh, panggil saja saya kak As, rasa lebih selesa". Wanita itu memberikan senyum manisnya dan dari wajah polosnya menganggarkan umur dia sekitar 30an.

"Peserta seminar ya" saya memulakan sapaan. 
"Ya" jawabnya sambil menghadiahkan senyuman pada saya.
Perbualan rancak bermula mengenai seminar yang kami hadiri di sebuah hotel di Kuala Lumpur. "Bagusnya dapat hadir seminar ini dapat menambahkan ilmu dan kenalan." kata Julia, wanita yang duduk disisi saya ini. Julia terkejut bila saya beritahu saya mempunyai 11 orang anak.

"Wahh, murahnya rezeki Kak As, ramai anak", Julia melahirkan rasa hatinya. Saya cuma tersenyum. Julia seorang pensyarah sebuah universiti swasta tempatan. 

"Semasa saya datang tadi saya sememangnya serba salah untuk menghadirkan diri". kata Julia. "Rupanya Allah mahu pertemukan saya dengan Kak As". "Saya tadi dihantar oleh suami saya dan anak-anak untuk datang ke sini." kata Julia yang murah dengan senyuman. Saya hanya diam sambil mengunyah karipap pusing yang disediakan oleh pihak hotel untuk jamuan petang dengan dua keping roti jala. 

"Akak pun gembira dapat hadir seminar ini, lebih-lebih lagi dapat berkenalan dengan ramai peserta", kata saya setelah menghirup kopi yang masih panas itu.

"Kak, saya tidak mudah untuk menghadirkan diri di mana-mana seminar tapi pagi tadi suami saya memberi izin untuk kesini dan sanggup menjaga anak-anak". Julia bersuara dengan nada perlahan.

Julia bersuara tapi seperti memaksa diri berkata-kata, dengan helaan nafas yang jelas Julia berkata, "Semasa dalam kereta tadi saya marah-marah kerana stress sangat dengan anak-anak saya."  Kata Julia lagi, "Entahlah Kak As tak tahu mengapa saya boleh hamburkan kata-kata tadi pada anak saya yang masih kecil tu, mereka cuma diam saja bila saya marah dan anak sulung saya tiba-tiba bersuara.."

"Mama, Kak Long minta maaf jika Kak Long silap dan buat mama marah". Saya lihat di kelopak mata Julia bergenangan, berkaca. Julia bersuara menahan sebak, "Saya terpaku dan terkejut kak As...anak sulung saya berkata begitu". Menurut Julia anak sulungnya berumur tujuh tahun.

"Kak. Pernahkah akak marah sangat kat anak-anak. Saya lihat kak As bukan jenis yang marahkan anak-anak". 

Bagimanalah harus saya boleh menceritakan kepadanya tentang keluarga besar saya yang cabarannya tidaklah mudah juga bukan sedikit. Saya hanya mampu katakan "Sukar untuk menceritakannya Ju, tapi percayalah apa yang berlaku adalah cabaran kita menjadi seorang ibu, Allah tidak akan sia-siakan pengorbanan seorang ibu"

"Ju, kehidupan kita akan rumit jika kita merasakan ianya rumit." saya bersuara.

"Mana ada seorang ibu tidak pernah marah, mengamuk, memukul dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya seorang ibu ucapkan kepada anak-anaknya". Saya diam seketika. 

"Mana ada seorang ibu tidak pernah melepaskan geram dan stressnya pada anak-anak"... "Mungkin ada tapi akak tidak pernah jumpa lagi". Helaan nafas saya cukup sesak. 

Tanpa saya sedari berbagai pengalaman pahit mula menerjah dalam ingatan saya. Terlalu banyak pekara yang berlaku yang menjadi panduan pengalaman semasa menmbesarkan dan mendidik anak-anak. Saya juga pernah kalah dalam menahan kesabaran.

"Ju..." saya menggengam tangan dan terasa seolah-olah saya memegang tangan Julia dan berkata, "Seandainya kita telah terlepas cakap. memarahi memaki mengamuk malah memukul anak kita, maka berpatah baliklah..." 

"Jangan kita malu meminta maaf pada anak dan memohon pengampunan dari Allah. Banyakkanlah doa bermunajat pada Allah minta Allah ampunkan dosa-dosa kita, mohon Allah bantu kita untuk mendidik anak kita". 

"Kita adalah ibu mereka" kata saya.

"Ya Ju kita semua tahu anak itu adalah amanah  Allah. Anak adalah tanggungjawab bukan beban kerana mereka lah yang menentukan akhirat kita nanti" saya menarik nafas lagi. 

"Bagi akak baik dan buruk anak akan menjadi ukuran kita disisi Allah nanti"

"Kak As saya bersyukur sangat pertemuan ini".

"Benar Ju, seandainya Allah mahu kita memperbaiki kehidupan kita yang telah pincang Allah akan datangkan kesedaran itu pada kita melalui hambaNya yang lain untuk kita mengenali siapa kita disisi Allah taala".

Saya terasa satu tarbiah untuk saya muhasabah diri saya sendiri ketika itu. 

"Ju, anak-anak cuma ada kita untuk membantu mereka menyerlahkan potensi mereka. Kitalah yang kena bantu mereka kerana kita adalah ibu mereka" "Tiada  orang lain lebih menyayangi anak-anak, kita sahaja harapan untuk sayang dan bantu mereka." Dengan perasaan sebak dan menyedari saya juga terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu di halusi.

"Anak kita hanya ada kita".

"Kak As sebenarnya anak saya yang sulung itu ada masalah pembelajaran di sekolah, saya sedang membuat keputusan untuk berhenti atau meneruskan kerjaya saya sebagai pensyarah". Bertepatan kata-kata saya rupanya situasi Julia 'sebegitu rupa'.

Keluarganya mempunyai masalah peribadi yang tersendiri dan dia sekeluarga kerap berulang untuk balik menziarahi keluarganya untuk menyelesaikan beberapa masalah. Keputusan untuk berhenti juga harus dirujuk agar tidak membelakangkan ibubapanya.

"Emak saya tidak faham situasi kami, suami saya nampak serba salah bila berdepan dengan keluarga kami yang menentang saya berhenti." "Dekan menasihatkan saya ambil cuti tanpa gaji jangan berhenti terus dan juga cadangkan saya buat part-time saja".

"Saya mahu jadi ibu terbaik anak-anak" katanya. Julia menceritakan panjang lebar situasi keluarganya,  keluarga mertuanya dan dirinya yang tersepit dalam delima menjadi ibu mithali. Saya bangga mengenali wanita ini.

Sejujurnya saya kagum dengan wanita ini yang punya semangat begitu tinggi. Cabaran yang dilaluinya untuk mempertahankan cita-citanya untuk membina  kehidupan sempurna kepada suami dan anak-anaknya. Target juga berusaha menjadi ibu terbaik pada anak-anak amat saya sukai. Suaminya beruntung memililki isteri begini dan muga memberi sokongan sepenuhnya pada isterinya. Wanita Ibu Mithali.

Saya bangga bila mendengar Julia berkata tujuan dia berhenti kerja untuk membantu anaknya yang ada masaah pembelajaran dan komunikasi. Kata Julia lagi dia mahu anaknya dapat membina kerjaya sendiri tanpa bergantung pada kasehan orang sahaja. 

Lebih mengkagumkan saya adalah bila ia mengatakan dia mahu menjadi ibu yang dapat menanamkan tauhid yang tinggi pada anak-anaknya kerana seandainya anaknya terpaksa pilih antara mengesakan Allah dan kekufuran seperti dipaksa menganut fahaman lain, dia mahu anaknya memilih Allah taala.


Saya mengatakan pada Julia, "Pilihlah keputusan terbaik untuk dirinya, suaminya anak-anaknya juga agamanya". Kata saya lagi, "Mohonlah pada Allah, bergantung haraplah padaNya" "Akak doakan Ju dapat membuat keputusan yang di redhai Allah "

Di akhir bicara, apa yang saya ingat katakan:
* Jangan kita menyesali  takdir kita.
* Buatlah keputusan dengan bermunajat pada Allah, agar kita tidak    menyesal.
*Anak-anak hanya ada kita untuk mencorakkan kehidupannya yang    akan datang. 
*Hanya ibu bapa yang akan membantu memberi dan menyayangi      anak-anak yang menjadi amanah padanya. 

'ANAK-ANAK HANYA ADA KITA'
Hakikatnya Allah menyediakan pahala untuk kita melalui mereka




No comments:

Post a Comment