Saturday, 5 September 2015

BENGKEL PENULISAN SKRIP ZABIDI MOHAMED

SIRI 3
5 SEP 2015







Bengkel ini adalah usaha sama antara Zabidi Mohamed dengan Grup Buku Karangkraf. Peserta bengkel kali ini sejumlah 114 orang yang terdiri dari penulis-penulis buku karangkraf, peserta umum dan pelajar-pelajar daripada Fakulti Theatre Filem & Animasi, UiTM ~ Puncak Perdana. 











Semasa post-mortem skrip yang di siri 1 dan siri 2, peserta diberi pendedahan mengenai garapan skrip membina dialog-dialog sekitar 'act 1' dan 'act 2' sahaja. Bengkel skrip siri ke 3 ini pula, peserta mendapat pendedahan kaedah 'Save The Cat'.

Menurut Zabidi Mohamed, penulisan gaya profesional dalam skrip drama tv dan filem terbahagi kepada 3 gaya penulisan iaitu:

1} Three Act Structure.
2} Save The Cat.
3} The Heroes Journey.









Kali ini Pn Maizurah Mohd Ederis dijemput membicarakan tentang 'save the cat' dalam penulisan skrip drama tv. Skrip yang menjadi rujukkan adalah 'Mr Istiharah' yang ditulis oleh Eenaz Mokhtar yang telah disiarkan di tv3.






Menurut Maizura Mohd Ederis, penulis yang mahu menguasai gaya 'save the cat' seharusnya terlebih dahulu mahir menggunakan kaedah 'three act structure'. 




Bengkel diakhiri dengan sesi dialog bersama antara Maizura dan Eenaz Mokhtar bagi memberi peluang peserta bertanyakan soalan.


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR  BENGKEL :
















































s






































Thursday, 3 September 2015

SIRATULRAHIM KELUARGA.







'Sayangilah diri dan keluarga'

Kaseh sayang bermula apabila membina hubungan kekeluargaan. Keluarga adalah jalinan yang memhubungkan tali persaudaraan dan keturunan dengan kita. Mereka itulah yang ada pertalian darah dengan kita. Mengikut tuntutan keluarga adalah ayah dan ibu, datuk dan nenek iaitu ibubapa kedua-dua ayah ibu. Mereka yang punyai pertalian darah keturunan seperti adik-beradik, anak-anak buah, saudara-mara yang jauh dan yang dekat. Mereka inilah dinamakan keluarga dalam syariat.

Mungkin terlalu naif bila terlalu banyak yang kita tidak tahu dan pasti. Namun perhubungan kekeluargaan telah Allah swt satukan dalam ikatan 'siratulrahim'. 

Pertamanya: Pertalian Rahim atas nama Allah swt.
Diriwayatkan Abu Daud dan Al-Tarmizi daripada Abdul Rahman Ibnu Auf ra bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 

"Akulah Allah, Akulah Al Rahman, Aku jadikan siratul Rahim dan aku gunakan baginya salah satu nama Ku, maka sesiapa yang menghubungkannya sesungguhnya Aku menghubungkan mereka dan sesiapa yang memutuskannya sesungguhnya Aku putuskan mereka".

Jelasnya keluarga dalam syariat adalah meminta insan membina kaseh sayang, bertimbang rasa dan belas kasehan terhadap sesiapa yang mempunyai tali kekeluargan dan keturunan.

Keduanya: Ikatan kekeluargaan yang diajarkan oleh  Nabi Muhammad saw.

Dari Jubair bin Mut'im ra sabda Rasulullah saw:

وَعَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَا يَدْخُلُ اَلْجَنَّةَ قَاطِعٌ يَعْنِي: قَاطِعَ رَحِمٍ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

 "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan siratirahim [mutafaq 'alaihi].

Selalunya berbuat baik itu mudah kepada mereka yang disukai diminati disayangi dan disanjungi. Namun ada ketika berbuat baik bertolak ansur akan menjadi susah dan terpaksa berfikir banyak kali untuk mereka yang tidak disukai ataupun kepada keluarga sendiri. Anak-anak yang menghormati keluarga sendiri akan melahirkan nilai santun yang akan menghormati orang lain seterusnya masyarakat.

Sebagai ibu saya pernah lontarkan kata-kata pada anak-anak saya. 


Umi : Mengapa bila dengan kawan kita mudah beri pinjam barang             dan bertolak-ansur tetapi dengan adik-beradik sendiri kita                  kedekut, asyek marah-marah merungut.

Anak: Kawan pinjam bagi balik [pulangkan semula] dan tak                        rosakkan barang.
Umi:   Selama ini adik-adik rosakkan setiap kali guna ke?
Anak: Tak lah macam tu. {sambil tunduk kepala}
Umi:   Umi nak anak-anak umi berlaku adil pada adik-beradik dan             kawan. Berilah pinjam apa pun iaitu buat baiklah pada kawan           tetapi kena juga buat baik pada keluarga sendiri. 
                                  &
         Kehidupan kita sekiranya tiada kerjasama adik-beradik kita               akan menjadi orang yang miskin kaseh-sayang.
         {Tidak ramai orang yang sayang dengan kita}

Mengajar anak-anak mengutamakan keluarga sendiri adalah suatu akhlak mulia yang mengikat kaseh-sayang kekeluargaan. Keluarga adalah tunggak kehidupan yang harmoni untuk bahagia dunia dan akhirat. Apabila menceritakan mencaci keluarga sendiri sebenarnya kita mencaci diri sendiri.

Daripada At Tahrim, Allah swt telah berfirman dengan maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri-diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka".

{At Taahrim: 66;


Diriwayatkan daripada Ibnu Majah, Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya:
"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik kepada ahli keluarganya dan aku adalah orang yang terbaik pada ahli keluarga ku".

Rasulullah saw telah bersabda daripada Al Bukhari dan Muslim yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman pada Allah swt dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Sesiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menyambung ikatan siratulrahim. Sesiapa yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat maka hendaklah dia mengucapkan sesuatu yang baik ataupun berdiam diri".

Siratul-rahim adalah jambatan kepada keimanan ketaqwaan. Namun bersiratulrahim akan mendidik diri melakukan kebaikkan sesama insan. Buat baiklah pada keluarga terlebih dahulu sebelum kita berbuat baik pada orang lain. Siratulrahim yang dibina menjalin perhubungan kekeluargaan yang menjadikan bangsa agama dan negara kukuh serta kuat. 

Para ilmuan memberitahu bahawa Allah swt menguatkan hambanya dengan siratulrahim yang akan:

1] Menambah umur dan rezeki:

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas ra bahawa rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 

"Sesiapa yang mahukan rezekinya bertambah dan dipanjangkan umurnya maka jalinkanlah hubungan siratulrahim".

2] Menghindarkan kematian yang dahsyat:

Abu Ya'la meriwayatkan daripada anas ra daripada Rasulullah saw yang bersabda dengan maksudnya: 

"Sesungguhnya dengan bersedekah dan menghubungkan siratulrahim akan Allah tambahkan umur dan jauhkan daripada mati yang dahsyat serta dihindarkan daripada sesuatu yang tidak disukai".

3] Kemakmuran dalam negara dan menambahkan harta.

Negara yang menaungi rakyat yang bersiraturahim sesama keluaga dan manusia akan aman damai. Rezeki yang sentiasa bertambah dan mencukupi.

Al Tabarani dan Al Hakim meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra, berkata Rasulullah saw yang maksudnya:

"Sesungguhnya Allah akan memakmurkan suatu kaum dalam negara mereka dan menambahkan harta benda mereka dan Allah tidak akan marah kepada mereka", Lalu Rasulullah saw ditanya : "Wahai Rasullulah, bagaimanakah pekara ini boleh berlaku" Sabda baginda: "Kerana mereka menghubungan tali siratul-rahim".

4] Diampunkan dosa

5] Menyenangkan hisab masuk ke syurga.

6] Mengangkat darjat yang tinggi di akhirat.


Kupasan mengenai hadith hisab dan pengampunan juga dengan mengangkat darjat di syurga banyak dihuraikan dalam buku-buku ilmiah. Membaca dan menambahkan ilmu dan amal ibadah menjadikan diri hamba Allah yang mencintai ilmu.



rujukan ; [Mendidik Anak-anak Menurut Islam JAKIM]




MENDIDIK UNTUK TERUS SAYANG.




        Air Terjun Sungai Gabai : ogos 2015

    'Melakukan pekara yang disukai lazimnya 
tidak akan terasa penatnya'.


Pagi-pagi lagi saya telah bangun membuat sedikit bekalan untuk anak pulang ke kolej kediaman. Masak makanan kegemaran dan menyediakan juadah untuk bekalan mereka, mengembirakan. Saya akan hantar anak yang belajar bersama anak-anak lain. Borak-borak dengan mereka itulah rutin setiap kali berada dalam kereta.

"Umi", kata anak saya. "Peliknya, ada kawan hari tu telephon dengan mak dia". Saya berkata, "Apa pula peliknya pulak, anak telephon mak kan pekara biasa". Kata anak saya, "Macam mana lah dia kat rumah sebab masa kawan tu cakap dengan mak dia, dahlah marah-marah, pas..tu nak minta suruh ambil pulak kat matrik". "Dah lah suruh ambil nak balik, tapi marah-marah pulak... kesian mak dia". Saya tergamam seketika.

Pendidikan anak-anak adalah bermula dirumah, Namun anak-anak ada banyak ruang dan peluang untuk belajar dipersekitaran mereka. Adakah kita mahu salahkan siapa, bila didikan yang kita harapankan sebagai ibu bapa tidak sepertimana yang kita mahukan.


Al Harith Al- Tayalisi dan Baihaqi telah meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 

"Ajarkanlah kamu semua dan janganlah kamu berkasar kerana sesungguhnya seorang pengajar adalah lebih baik dari seorang yang berkasar".

Ibnu Khaldun memberi penjelasan mengenai kesan buruk yang lahir dari kekasaran keganasan akan meninggalkan kesan yang mengerikan dalam pendidikan anak-anak. Katanya:
"Sesiapa yang diperlakukan dengan kekerasan maka ia akan menjadi beban pada yang lain. Ia menjadi lemah untuk pertahankan kehormatannya dan keluarganya kerana kekosongan semangat dan dorongan yang ada padanya disamping ia akan malas untuk berusaha mencari ketinggian dan keindahan akhlak. Jiwa akan terpesong dari tujuannya dan akan terhumban jauh dari jangkauan kemanusiaan."

Tokoh-tokoh Salaf ~ mendidik anak-anak dengan penuh hikmah , penuh kemesraan dan kelembutan. Mereka tidak menggunakan siksaan yang keras melainkan mereka mendidik dengan cara-cara yang lembut dan memberi kata-kata nasehat. Kekerasan keatas anak-anak dibuat seandainya usaha berlembut dan nasehat tidak lagi boleh diharapkan.

Pendidikan dalam islam hendaklah menerusi Al Quran dan Sunnah.
Pendidikan yang dianjurkan dalam islam:
1] Memperbetulkan kesalahan dengan bimbingan.
2] Memperbetulkan kesalahan dengan berlemah lembut.
3] Memperbetulkan kesalahan dengan memberi isyarat.
4] Memperbetulkan kesalahan dengan memberi teguran.
5] Memperbetulkan kesalahan dengan cara mengasingkan diri.
6] Memperbetulkan kesalahan dengan merotan.
7] Memperbetulkan kesalahan dengan menggunakan denda.

Perlu ibu bapa sedar mengenai anak-anak adalah bayangan diri kita. Berakhlak baik maupun sebaliknya menjadi tanggung jawab ibu bapa. Sebagai manusia yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan, anak-anak boleh menjadi panduan untuk kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah swt.

Firman Allah swt:

ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (١٤) إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ (١٥) فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لأنْفُسِكُمْ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٦) إِنْ تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ (١٧) عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri mu dan anak-anak mu ada yang menjadi musuh bagi mu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni {mereka} maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya harta mu dan anak-anak mu hanyalah cobaan {bagi mu} dan disisi Allahlah pahala yang besar. Maka bertaqwalah kamu pada Allah menurut kesanggupan mu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk diri mu dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka orang-orang yang beruntung. Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah melipat-gandakan balasan Nya kepada mu dan mengampuni kamu dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun. Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, yang Maha Pekasa Lagi Maha Bijaksana."


{QS: At Tagha'abun : 14-18}

Dengan bahasa mudahnya mendenda anak yang melakukan kesalahan haruslah dilakukan dengan seadil-adilnya bimbang kita tersilap membuat keputusan. Memaafkan lebih utama kerana Allah swt bersifat pengampun dan penyayang. Jangan terlalu mudah mengenakan denda lebih-lebih lagi merotan. Saya mencatit tentang syarat merotan agar kita memilih mendidik dengan kaedah yang tepat bukan semberono yang hanya mahu menjalankan hukuman sahaja.

Syarat-syarat merotan:
1] Pendidikan pengajaran pencegahan telah dilakukan dengan sebaiknya.
2]  Jangan memukul ketika sedang marah dan terlalu marah. Bimbang memudaratkan.
3] Hendaklah memukul ditempat yang tidak mencederakan seperti di kepala  muka dada dan perut. 
4] Pukulan tidak terlalu keras dan tidak memedihkan. Jika anak yang belum baligh pukulan sekali atau tiga kali sahaja. Jika telah baligh jangan melebihi sepuluh pukulan. [melebihi hudud pula]
5] Jangan pukul anak yang berusia belum mencapai sepuluh tahun.
6] Memberi peringatan untuk tidak mengulangi kesalahan dengan memaafkan lebih utama dari memukulnya.
7] Memukul haruslah dilakukan oleh pendidik bukan orang lain.
8] Bagi anak yang telah baligh dan boleh berfikir, hendaklah ditambah bilangan sepuluh pukulan dan dikuatkan untuk tujuan mendidik dan kembali kelandasan petunjuk dan jalan yang lurus.

Walau bagaimana anak-anak adalah amanah, menyayangi mereka adalah tanggungjawab ibu bapa. Memaafkan setiap kesilapan, menyayangi anak-anak lebih utama daripada merotan mereka. 

PILIHAN TERBAIK ADALAH MENYAYANGI ANAK-ANAK.