'Sayangilah diri dan keluarga'
Mungkin terlalu naif bila terlalu banyak yang kita tidak tahu dan pasti. Namun perhubungan kekeluargaan telah Allah swt satukan dalam ikatan 'siratulrahim'.
Pertamanya: Pertalian Rahim atas nama Allah swt.
Diriwayatkan Abu Daud dan Al-Tarmizi daripada Abdul Rahman Ibnu Auf ra bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Akulah Allah, Akulah Al Rahman, Aku jadikan siratul Rahim dan aku gunakan baginya salah satu nama Ku, maka sesiapa yang menghubungkannya sesungguhnya Aku menghubungkan mereka dan sesiapa yang memutuskannya sesungguhnya Aku putuskan mereka".
Jelasnya keluarga dalam syariat adalah meminta insan membina kaseh sayang, bertimbang rasa dan belas kasehan terhadap sesiapa yang mempunyai tali kekeluargan dan keturunan.
Keduanya: Ikatan kekeluargaan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw.
Dari Jubair bin Mut'im ra sabda Rasulullah saw:

وَعَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَا يَدْخُلُ اَلْجَنَّةَ قَاطِعٌ يَعْنِي: قَاطِعَ رَحِمٍ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
"Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan siratirahim [mutafaq 'alaihi].
Selalunya berbuat baik itu mudah kepada mereka yang disukai diminati disayangi dan disanjungi. Namun ada ketika berbuat baik bertolak ansur akan menjadi susah dan terpaksa berfikir banyak kali untuk mereka yang tidak disukai ataupun kepada keluarga sendiri. Anak-anak yang menghormati keluarga sendiri akan melahirkan nilai santun yang akan menghormati orang lain seterusnya masyarakat.
Sebagai ibu saya pernah lontarkan kata-kata pada anak-anak saya.
Anak: Kawan pinjam bagi balik [pulangkan semula] dan tak rosakkan barang.
Umi: Selama ini adik-adik rosakkan setiap kali guna ke?
Anak: Tak lah macam tu. {sambil tunduk kepala}
Umi: Umi nak anak-anak umi berlaku adil pada adik-beradik dan kawan. Berilah pinjam apa pun iaitu buat baiklah pada kawan tetapi kena juga buat baik pada keluarga sendiri.
&
Kehidupan kita sekiranya tiada kerjasama adik-beradik kita akan menjadi orang yang miskin kaseh-sayang.
{Tidak ramai orang yang sayang dengan kita}
Mengajar anak-anak mengutamakan keluarga sendiri adalah suatu akhlak mulia yang mengikat kaseh-sayang kekeluargaan. Keluarga adalah tunggak kehidupan yang harmoni untuk bahagia dunia dan akhirat. Apabila menceritakan mencaci keluarga sendiri sebenarnya kita mencaci diri sendiri.
Daripada At Tahrim, Allah swt telah berfirman dengan maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri-diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka".
Diriwayatkan daripada Ibnu Majah, Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya:
"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik kepada ahli keluarganya dan aku adalah orang yang terbaik pada ahli keluarga ku".
Rasulullah saw telah bersabda daripada Al Bukhari dan Muslim yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman pada Allah swt dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Sesiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menyambung ikatan siratulrahim. Sesiapa yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat maka hendaklah dia mengucapkan sesuatu yang baik ataupun berdiam diri".
Siratul-rahim adalah jambatan kepada keimanan ketaqwaan. Namun bersiratulrahim akan mendidik diri melakukan kebaikkan sesama insan. Buat baiklah pada keluarga terlebih dahulu sebelum kita berbuat baik pada orang lain. Siratulrahim yang dibina menjalin perhubungan kekeluargaan yang menjadikan bangsa agama dan negara kukuh serta kuat.
Para ilmuan memberitahu bahawa Allah swt menguatkan hambanya dengan siratulrahim yang akan:
1] Menambah umur dan rezeki:
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas ra bahawa rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mahukan rezekinya bertambah dan dipanjangkan umurnya maka jalinkanlah hubungan siratulrahim".
2] Menghindarkan kematian yang dahsyat:
Abu Ya'la meriwayatkan daripada anas ra daripada Rasulullah saw yang bersabda dengan maksudnya:
"Sesungguhnya dengan bersedekah dan menghubungkan siratulrahim akan Allah tambahkan umur dan jauhkan daripada mati yang dahsyat serta dihindarkan daripada sesuatu yang tidak disukai".
3] Kemakmuran dalam negara dan menambahkan harta.
Negara yang menaungi rakyat yang bersiraturahim sesama keluaga dan manusia akan aman damai. Rezeki yang sentiasa bertambah dan mencukupi.
Al Tabarani dan Al Hakim meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra, berkata Rasulullah saw yang maksudnya:
"Sesungguhnya Allah akan memakmurkan suatu kaum dalam negara mereka dan menambahkan harta benda mereka dan Allah tidak akan marah kepada mereka", Lalu Rasulullah saw ditanya : "Wahai Rasullulah, bagaimanakah pekara ini boleh berlaku" Sabda baginda: "Kerana mereka menghubungan tali siratul-rahim".
4] Diampunkan dosa
5] Menyenangkan hisab masuk ke syurga.
6] Mengangkat darjat yang tinggi di akhirat.
Kupasan mengenai hadith hisab dan pengampunan juga dengan mengangkat darjat di syurga banyak dihuraikan dalam buku-buku ilmiah. Membaca dan menambahkan ilmu dan amal ibadah menjadikan diri hamba Allah yang mencintai ilmu.

Umi : Mengapa bila dengan kawan kita mudah beri pinjam barang dan bertolak-ansur tetapi dengan adik-beradik sendiri kita kedekut, asyek marah-marah merungut.
Anak: Kawan pinjam bagi balik [pulangkan semula] dan tak rosakkan barang.
Umi: Selama ini adik-adik rosakkan setiap kali guna ke?
Anak: Tak lah macam tu. {sambil tunduk kepala}
Umi: Umi nak anak-anak umi berlaku adil pada adik-beradik dan kawan. Berilah pinjam apa pun iaitu buat baiklah pada kawan tetapi kena juga buat baik pada keluarga sendiri.
&
Kehidupan kita sekiranya tiada kerjasama adik-beradik kita akan menjadi orang yang miskin kaseh-sayang.
{Tidak ramai orang yang sayang dengan kita}
Mengajar anak-anak mengutamakan keluarga sendiri adalah suatu akhlak mulia yang mengikat kaseh-sayang kekeluargaan. Keluarga adalah tunggak kehidupan yang harmoni untuk bahagia dunia dan akhirat. Apabila menceritakan mencaci keluarga sendiri sebenarnya kita mencaci diri sendiri.
Daripada At Tahrim, Allah swt telah berfirman dengan maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri-diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka".
{At Taahrim: 66;
Diriwayatkan daripada Ibnu Majah, Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya:
"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik kepada ahli keluarganya dan aku adalah orang yang terbaik pada ahli keluarga ku".
Rasulullah saw telah bersabda daripada Al Bukhari dan Muslim yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman pada Allah swt dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Sesiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menyambung ikatan siratulrahim. Sesiapa yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat maka hendaklah dia mengucapkan sesuatu yang baik ataupun berdiam diri".
Siratul-rahim adalah jambatan kepada keimanan ketaqwaan. Namun bersiratulrahim akan mendidik diri melakukan kebaikkan sesama insan. Buat baiklah pada keluarga terlebih dahulu sebelum kita berbuat baik pada orang lain. Siratulrahim yang dibina menjalin perhubungan kekeluargaan yang menjadikan bangsa agama dan negara kukuh serta kuat.
Para ilmuan memberitahu bahawa Allah swt menguatkan hambanya dengan siratulrahim yang akan:
1] Menambah umur dan rezeki:
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas ra bahawa rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mahukan rezekinya bertambah dan dipanjangkan umurnya maka jalinkanlah hubungan siratulrahim".
2] Menghindarkan kematian yang dahsyat:
Abu Ya'la meriwayatkan daripada anas ra daripada Rasulullah saw yang bersabda dengan maksudnya:
"Sesungguhnya dengan bersedekah dan menghubungkan siratulrahim akan Allah tambahkan umur dan jauhkan daripada mati yang dahsyat serta dihindarkan daripada sesuatu yang tidak disukai".
3] Kemakmuran dalam negara dan menambahkan harta.
Negara yang menaungi rakyat yang bersiraturahim sesama keluaga dan manusia akan aman damai. Rezeki yang sentiasa bertambah dan mencukupi.
Al Tabarani dan Al Hakim meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra, berkata Rasulullah saw yang maksudnya:
"Sesungguhnya Allah akan memakmurkan suatu kaum dalam negara mereka dan menambahkan harta benda mereka dan Allah tidak akan marah kepada mereka", Lalu Rasulullah saw ditanya : "Wahai Rasullulah, bagaimanakah pekara ini boleh berlaku" Sabda baginda: "Kerana mereka menghubungan tali siratul-rahim".
4] Diampunkan dosa
5] Menyenangkan hisab masuk ke syurga.
6] Mengangkat darjat yang tinggi di akhirat.
Kupasan mengenai hadith hisab dan pengampunan juga dengan mengangkat darjat di syurga banyak dihuraikan dalam buku-buku ilmiah. Membaca dan menambahkan ilmu dan amal ibadah menjadikan diri hamba Allah yang mencintai ilmu.
rujukan ; [Mendidik Anak-anak Menurut Islam JAKIM]
No comments:
Post a Comment