Thursday, 1 September 2016

semudah itu (bisikan 1)

BISIKAN 1;1

mudahnya dia memberitahu apa yang terjadi adalah tidak disengajakan malah dia tiada niat. Begitu mudahnya memohon maaf tanpa sedikit pun berusaha memberi keyakinan bahawa dia mamat sesal atas perbuatannya.

para motivasi selalu mengatakan maafkanlah kesalahan mereka itu nescaya hidup akan tenang dan lapang.

sejenak memikirkan suatu yang amat menyakitkan menyiksaan. Pernah juga terfikir...

Kenapa aku?

Kenapa engkau yang melakukannya?

Apakah salah ku?


Memberi keyakinan dan kepercayaan merupakan rasa tulus yang indah. Keyakinan datang dengan membawa kekuatan kepada seseorang. Kepercayaan datang dengan membawa kepada kedamaian dan keindahan kehidupan. Pernahkah terfkir keyakinan dan kepercayaan di hancurkan dengan seribu kenyataan yang mengecewakan.

Memaafkan.
Aku sudah memaafkan.
Melupakan.
Mungkin amat sukar namun akan aku cuba.
Maka
Harusnya tiada dendam.
Benar.
Seharusnya tiada ada benci.
Ya, bolehkah?
Namun sesekali benci itulah menjadikan aku kuat.

Kuat kerana aku ada Dia.

No comments:

Post a Comment