Monday, 27 April 2015

KUMPUL LAH RAHMAT DAN TABURKAN KASIH MU.


KUMPULKAN LAH RAHMAT DAN TABURKAN KASIH MU



Syukur adalah perasaan yang indah seandainya kita memberi tumpuan sepenuh hati dan jiwa raga. Memiliki kehidupan yang sederhana dan merasakan cukup akan melahirkan rasa syukur kepada pencipta Azzawajallah. Iringilah rasa syukur dengan DOA kerana semua kita tahu 'doa itu senjata orang mukmin'.

Ketahui lah sabda Rasulullah mengenai doa terlalu banyak. Antara kata baginda "Sesungguhnya Allah taala menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa".


Berdoalah:
1.  Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
2. Menghadirkan diri jiwa raga ya'ani khusyuk memohon pada
    Allah taala.
3. Berdoa bukan memutuskan siratulrahim. merasakan diri rendah    diri dan kerdil disisi Allah taala.
4. Jadikanlah diri menjaga makan minum jua berpakaian dengan      harta yang halal.
5. Perbanyakkan memuji Allah taala dengan Asmaulhusna jua            berselawat kepada Rasulullah saw.
6. Bersedekahlah dengan mendoakan untuk yang lain juga.



Bersedekah itu:
1. Selalu menyibarkan senyuman dan bersangka baik dengan orang lain.
2. Selalu menolong dan meringankan beban orang lain.
3.Menyenangkan hati orang dengan lisan yang baik juga adalah sedekah.
4. Berlapang dada dengan ujian dan memaafkan mereka yang menyakiti hati.



Apabila kita belajar bersyukur dan berterimakaseh membuatkan jiwa kita akan lapang, kerana kita berbuat baik pada diri kita sendiri.

Bersyukur kita di lahirkan oleh kedua ibubapa kita menjadikan kita sebagai wanita bergelar isteri dan bergelar ibu.

Bersyukur kita sentiasa redha dengan rezeki kurniaan Allah pada diri keluarga dan anak-anak akan mengurangkan rasa stress kita berdepan masalah kehidupan.

Bersyukur kita mempunyai anak-anak yang menjadikan kita ibu  mereka untuk kita berbakti pada anak-anak untuk menjadi saham akhirat dan mengutip pahala sabar dan redha pada Allah taala.

Seorang ibu seharusnya memanjatkan rasa memaafkan pada insan di sekeliling mereka iaitu suami dan anak-anak kerana memaafkan kesalahan mereka adalah kaseh kita pada mereka.

Perasaan dan rasa mengharap agar Allah kurniakan yang terbaik untuk keluarga mesti ada pada hati seorang ibu.

Seandainya tiada suami dan anak-anak, nilai kemuliaan yang Allah telah utuskan pada mahluk bernama ibu tidak akan di perolehi seorang perempuan.




BERDOALAH BERSYUKUR REDHA.

Wednesday, 22 April 2015

AKU MEMILIH SETIA


AKU MEMILIH SETIA

sejenak mencuri perhatian
selamanya aku menyimpan rakaman
cinta itu boleh dimilik sesiapa pun.
di beri pada sesiapa sahaja.

di saat ku hulurkan sebuah memori
kau menjadikannya  hanya mimpi
sekadar sebuah igauan lena 
namun akulah disisi mu

akukah yang bersalah
aku makin keliru
diam itu tiada jawapan
lantaran aku mengandaikan setia.

ingin ku bisikkan gembira
tapi ianya sekadar seketika
ingin ku bisikkan bahagia
tapi ianya bagai tidak pasti.

ingin ku bisikkan setia
tapi aku takut memungkirinya
ingin ku bisikkan kecewa
namun maseh ada kesyukuran

ingin ku bisikkan benci
namun maseh ada rasa kaseh
ingin ku bisikkan tinggalkan lah aku
maseh ku pohon rahmat Nya


aku ingin pergi
akan aku berundur diri
aku tidak mengharap
aku tidak mahu percaya



Aku adalah untuk mu
tapi engkau bukan untuk ku
aku tidak mengharap lagi

bisikan yang utuh di hati ku
cinta ku untuk Nya
rindu ku untuk Nya
aku tidak ada apa-apa untuk ku beri pada mu
kerana 
aku tidak punyai
aku tidak mampu

maafkan lah aku  membuat mu sengsara
maafkanlah aku mengurangkan bekal mu
maafkanlah aku mejadikan engkau yang  kedua
maafkanlah aku tidak lagi mengasehi mu

aku memilih setia kerana Nya
aku meredhai memenuhi bekal untuk kesayangan itu.

redha itu adalah  nafas ku
untuk mu ya RABBI.
aku memilih setia.





3.40 0ptg 25 jan 2015.

KUEH SIRATULRAHIM.



SAYA SEORANG IBU.




Pin-pin bunyi motor posLaju singgah depan rumah saya. Jiran saya Kak Wan nampak terus menyambut kiriman barang poslaju itu. Kak Wan senyum pada saya dan berkata; "Hari ini Asmah tak kerja ke?" Saya senyum, lalu berkata "saya suri rumah aje". "Ya ke! pagi-pagi akak  nampak kluar pegi mana.?" kata Kak Wan. "Ooo...hantar anak ke sekolah". kata  saya.

Jiran kami berbangsa cina di depan rumah pun pernah menyangka saya berkerja. Katanya saya nampak seperti wanita berkerja.  

Semasa berborak, kak Wan agak terkejut bila saya beritahu pernah menerima tempahan kueh-kueh basah untuk catering hampir 10 tahun. 

Semasa bermustautin di Kelantan, anak-anak saya suka makan kueh mueh yang dijual. Manalah saya boleh lupa makanan kueh mueh yang terdapat di Kelantan. Akok, tepung bungkus, cekmek molek, pulut kacau [wajik], pulut inti, sardin roll, puteri ayu, puteri dua sebilik, tepung pelita, seri kaya dan berbagai makanan yang . 

Ketika suami bertukar ke Sabah, sukar untuk menikmati kueh-mueh di situ kerana selera yang berlainan antara makanan Sabah dengan Semenanjung. Oleh itu saya belajar membuat kueh dengan menelephon kawan-kawan. Saya juga meminta resepi dari emak di Melaka. 

Alhamdulillah beberapa percubaan membuat kueh tidak menghampakan kerana pada saya tidak lah sukar. Saya boleh kurangkan manis dan rasa masin di setiap kueh yang saya buat. Suami saya juga suka dan hampir hari-hari dia bawa bekal untuk pergi kerja. 


                             KARIPAP


Kawan sepermainan saya juga terkejut bila mendapati saya boleh memasak dengan agak baik. Kerana zaman remaja saya bukan sahaja  tidak mengusai masakkan malah memang 'tidak tahu memasak langsung' bak kata orang Melaka.

Saya memenohkan masa mendidik anak-anak sambil mencuba membuat kueh-mueh. Setiap kali membuat kueh saya menghulurkan kueh mueh kepada jiran-jiran. Alhamdulillah jiran-jiran suka dengan air tangan saya. Saya bersiratulrahim dengan kueh mueh.

Berjiran-jiran juga ada yang tidak lokek memberi resepi keluarga mereka. Ada jiran yang mengajar saya membuat cucur badak. Isteri kepada kawan suami saya mengajar saya buat karipap pusing juga puteri ayu. Ketika itu resepi tidak mudah seperti sekarang boleh didapati di internet sahaja.


                               SERI AYU


Jiran saya yang mempunyai gerai makanan meminta saya membuat kueh. Katanya kueh-mueh boleh membantu menarik pelanggannya membeli nasi lemak. Jadi saya buat suka-suka dengan menolong menjaga  anaknya sementara dia berniaga. 

Setelah itu jiran saya yang membuat catering menempah kueh saya. Saya mula mahir membuat kueh. Suami saya tidak mempunyai masalah asalkan segala kerja rumah selesai dan tidak memenatkan saya seharian menguruskan anak-anak. 

Berniaga ini sememangnya menyeronokkan sebab dapat duit cash dari titik peluh sendiri. Semua kita maklum Allah menjanjikan rezeki sehingga 99% kekayaan daripada perniagaan. 

Dari minat anak-anak suka makan kueh dan saya cuba-cuba, saya boleh membuat berbagai kueh mueh. Anak-anak tentulah teruja dengan masakan uminya. Alhamdulillah.
Seorang ibu bukan mengharap pujian tapi melihat anak-anak memakan dengan puas suatu terapi kasehsayang pada mereka.

"Umi sedapnya,"
 "kuih umi lagi sedap".
"Puyyo....umi ".
"Canggihnya umi..."

Dari bersiratulrahim memberi kueh pada jiran-jiran dan bertukar membantu membekalkan kueh jualan di gerai. Niat asal membantu mereka memperbagaikan jualan di gerai bagi menarik pelanggan berkunjung ke gerai nasi lemak secara tidak sedar saya mula belajar berniaga dan mengira untung. 


                            CARA BERLAUK

Kueh 'cara berlauk' saya pernah mendapat tempahan dari catering Istana Negara juga majlis perkahwinan. Saya bersyukur di kelilingi orang yang suka membantu memberi ilmu mereka, Namun mungkin jiwa saya bukan termasuk sebagai seorang peniaga. Saya berhenti membuat kueh pada tahu 2012 kerana merasakan saya lebih suka menjadi seorang IBU sahaja. 


Semuanya dari kueh tradisional yang sedap.
Terima kaseh semua yang ajar saya membuat kueh dan memasak.
Syukran pada suami yang selama ini bersabar menunggu sehingga saya boleh memasak makanan kesukaannya.

KUEH  MENJALINKAN  SIRATULRAHIM.


Saturday, 18 April 2015

SUNNAH ORANG BERJUANG.




Sesungguhnya  mereka yang Allah pilih menjadikan hambaNya yang bertaqwa adalah orang- orang bila di uji dia redha dan dia bersyukur pada Nya.


"Umi itu Ammar Azam". Saya menoleh dan terpandang sekumpulan pelajar RMC yang berjalan sambil berkawat. Saya memerhati sahaja pelajar yang Ubadah maksudkan. Smart dan berwibawa. 

Tapi bagi saya semua pelajar di RMC berwibawa dan membanggakan. Kenangam menghadiri mesyuarat PIBG tahun  2009 jelas mengingatkan saya, ketika itu saya ternampak Hj Azam Abdul Rahman. 


Saya memberitahu suami saya, sekiranya saya bertemu isteri Hj Azam saya akan menegurnya. 

Saya bertanya kepada anak saya, Ubadah adakah anak Hj Azam berada di RMC. Menurut Ubadah, Ammar satu "bacth" dengannya tapi di kompeni lain.

Ammar di kompeni Alfa dan anak saya Foxtrot. Rasa bangga  dan sangat hebat bila memikirkan bagaimana mempunyai anak terpilih menjadi pelajar RMC. Alhamdulillah.

Namun jauh disudut hati seorang ibu yang mengizinkan iaitu membuat keputusan menghantar anak belajar di RMC adalah seorang ibu yang bukan calang-calang jiwanya. Manakan tidaknya tempat yang hendak kita cagarkan permata kita tempat yang akan memberi cabaran jiwa mental dan spiritual pada anak kita juga kepada ibubapanya. 


Puan Nur Azlina dan Hj Azam melihat dari sudut tarbiah jati diri untuk menguatkan fizikal yang mantap  dan keyakinnan tinggi pada diri sendiri. Wibawa menghantar anak yang di terima masuk di RMC tidak dapat dinafikan.


'FEATURE LEADERS', adalah moto RMC dan di situ remaja dididik dengan  daya kepimpinan  dan ketaatan pada pemimpin. 

Saya sendiri merasakan pelajar RMC dilatih dengan berasaskan dengan  moto itu menjadikan anak remaja  menghargai ibubapa, agama, bangsa dan negara. 


RMC berjaya menerapkan keyakinan berinovasi dan disiplin  yang tinggi pada pelajarnya. 

Tulis dari nurani seorang ibu iaitu Pn Nur Azlina mengenai Ammar di RMC adalah lahirnya rasa bangga dan terima kaseh beliau pada kepimpinan yang berjaya pada anaknya arwah  Ahmad Ammar.

Puan Nur Azlina adalah sebagai ibu yang menguruskan kehidupan harian dengan menggalas tanggugjawab dari  suami yang selalu tidak punya banyak masa dengan keluarga. Suaminya Hj Azam adalah orang berjuang yang selalu masanya banyak pada masyarakat berbanding keluarga.


Begitulah Sunnah orang berjuang, bila suami keluar rumah menjayakan misi berdakwah maka isteri berperanan mendidik anak-anak ke matlamat menjadi insan yang di kasehi Allah. 


Para sahabat dan tabiin keluar mencari ilmu, berperang menegakkan syiar islam iaitu berdakwah juga wahyu yang diturunkan pada para nabi-nabi menghendaki isteri iaitu kaum wanita  memikul tugas di rumah. 


Asas orang berjuang harus mempunyai keluarga yang mantap pergantungannya dengan Allah taala.


Perjuangan yang seiring pandangan dan keputusan yang tepat juga rasa kebersamaan perlu ada dalam keputusan akan membentuk keluarga yang di bantu oleh Allah swt.


Jaulah yang bermaksud melancung mengembara di muka bumi Allah swt dengan mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang dilihat kesan peninggalan momen-momen iaitu sejarah yang diterokai oleh salafulsoleh terdahulu. 


Saya sungguh gembira apabila, Ubadah memilih Turkey negara yang akan dia lawati sebelum balik ke Malaysia, menghabiskan cuti tahun 2014 nya. Turkey merupakan sebuah negara yang mencatat  sejarah Islam begitu agung.

Al Syahid Muhammad Al Fateh dan sahabat baginda Rasulullah saw, Abu Ayub Al Ansari mencipta sejarah Empayar Usmaniah juga bermula dari penaklukkan Turkey untuk meluaskan penyibaran Islam. 


Turkey disebut oleh Rasulullah saw ketika membina parit dalam peperangan Khandak. Ketika Rasullullah memecahkan batu, Allah swt  memperlihatkan mukjizat baginda Rasulullah saw di mana terpancar 3 cahaya yang memberi khabar bahawa Konstantenopal akan jatuh ketangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin dan pada tentera sebaik-baik tentera.

Sekilas pandang betapa bersyukurnya kiranya dapat menjejaki bumi yang di sebut oleh Rasullullah saw dan diteroki parasahabat.


Arwah Ahmad Ammar Hj Ahmad Azam adalah insan terpilih menjejaki bumi bertuah Turkey dan kini dapat disemadikan jasadnya berdekatan dengan maqam sahabat Rasulullah saw, Al Syahid Syeikh Abu Ayub Al Ansari. Jaulah yang pendek dan indah seharusnya dimanafaatkan untuk bersama merasa semangat perjuangan para sahabat  Rasulullah saw yang mencatitkan sejarah Islam yang Agung.

Apabila Ubadah mengirimkan gambar-gambar sepanjang jaulahnya di bumi Al Fateh ini saya  mensyukuri bumi bertuah menjadi pilihan dia untuk mengembara meneroka pengalaman kehidupannya.


Turkey itu adalah bumi istimewa yang dijejaki  para sahabat. Sejarah dan panoramanya yang indah telah banyak dirakam dan dibukukan untuk tatapan mereka yang ingin mengetahuinya. Keindahan bumi Turkey. 

Turkey adalah bangsa yang berbudi bahasa juga mempunyai nilai kekuatan bangsa yang Allah pilih untuk menjadi renungan bangsa lain di dunia ini.

Turkey adalah kota sejarah. Turkey adalah kota warisan, Benarlah kata hukamak:  "Menimba ilmu dan mengembara mendapatkan ilmu adalah sunnah kehidupan salafulsolleh."


Saya mengenali Hj. Azam ketika beliau menyandang jawatan sebagai naib Presiden ABIM. Saya bersyukur dapat bertakruf sekadarnya dengan Puan Nur Azlina iaitu ibu kepada Ahmad Ammar Hj Azam. Sentuhan puan Nur Azlina dalam cinta kaseh dan rindunya pada arwah Ammar amat menyentuh naluri keibuan saya. 


Kesemua mereka yang mendekati Pn Nur Azlina akan merasakan sentuhan seorang wanita yang bukan calang-calang orangnya. Saya menaruh keyakinnan Allah swt memberi kekuatan itu untuk Islam. Saya doakan mereka sekeluarga akan dilimpahi Rahmat dan Kaseh NYA.

Sunnah dalam perjuangan memerlukan pengorbanan. Orang berjuang merasai dunia yang hanya sementara ini di cagarkan pada perjuangan. Saya coretkan beberapa ciri sunnah orang berjuang :


1] Selalu di tinggalkan untuk perjuangan.


-isteri bergantung dengan Allah dan redha dengan perjuangan.
-memberi kepercayaan pada orang lain untuk mengasuh anak, Ahmad Ammar mendapat pendidikan di sekolah ABIM kemudian  menyambung persekolahan di RMC dan di perkukuhkan dengan jemaatul HYRAT.
- anak belajar jauh untuk membina tauhid dan memperkukuhkan rohani.

2] Menghadiri diri dalam  Usrah maupun Harakah Islamiah.


-mempunyai kelompok atau  harakah atau usrah yang saling menguatkan antara mereka. Menguatkan mengamalkan islam al Quran dan as Sunnah.
-Faktor keluarga yang banyak menyokong.

3] Kuat pergantungan dengan Allah taala.


-Menambah ilmu meyakini kehidupan sebagai 'Hamba Allah'. -Banyak bergantung dengan Allah swt di setiap tindakan.
-Kekurangan keluarga tidak diceritakan pada orang lain melainkan dengan hanya pada Allah.
-sentiasa melindungi suami dan anak-anak dengan DOA.


CATATAN :

-15 febuari 1993 adalah lahirnya insan yang Allah anugerahkan pada kedua ibubapanya.

-2 november 2013 hari berlakunya kemalangan dan insan ini di panggil menemuiNYA.


-  November 2013 hari di kebumikan bersamaan 1 muharram 1436H iaitu sambutan Maal Hijrah yang berkat membawa lembaran cinta alam pada kekaseh Nya.


Gambaran wajah yang segar mengalir butir-butir peluh jernih sejernih hati sanubarinya.


HARAPAN. Muga Allah mengasehi arwah As Syahid Ahmad Ammar Ahmad Azam di samping baginda Rasullullah saw.
Muga Allah taala  mengasehi keluarga Hj Ahmad Azam dan Pn Nur Azlina, serta seluruh muslimin.
Amin.

[Catatan untuk buku Jaulah mencari Ibrah]

Wednesday, 8 April 2015

DOA UNTUK AKU

-Syukur adalah perasaan yang indah seandainya kita memberi tumpuan sepenuh hati dan jiwa raga. 

-Memiliki kehidupan yang sederhana dan merasakan cukup akan melahirkan rasa syukur.

-Iringilah rasa syukur dengan DOA kerana semua kita tahu 'doa itu senjata orang mukmin'.

-Rasulullah sentiasa bersabda tentang doa, kata baginda "Sesungguhnya Allah taala menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa".

Berdoalah:
1.  Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
2. Menghadirkan diri jiwa raga ya'ani khusyuk memohon pada
    Allah taala.
3. Berdoa bukan memutuskan siratulrahim. merasakan diri rendah    diri dan kerdil disisi Allah taala.
4. Jadikanlah diri menjaga makan minum jua berpakaian dengan      harta yang halal.
5. Perbanyakkan memuji Allah taala dengan Asmaulhusna jua            berselawat kepada Rasulullah saw.
6. Bersedekahlah dengan mendoakan untuk yang lain juga.

Bersedekah itu:
1. Selalu menyibarkan senyuman dan bersangka baik dengan orang lain.
2. Selalu menolong dan meringankan beban orang lain.
3.Menyenangkan hati orang dengan lisan yang baik juga adalah sedekah.
4. Berlapang dada dengan ujian dan memaafkan mereka yang menyakiti hati.

Doa yang makbul:
1. Mereka yang di zalimi.
2. Sesiapa yang mengharap dan terdesak.
3. Mereka yang berbuat baik pada kedua ibubapanya.
4. Mukmin yang tidak menzalimi dan menyambung siratulrahim.

Tanda Doa Termakbul.
1. takut penuh harapan
2. airmata yang tidak dapat dibendung.
3. debaran penyerahan pada Allah taala.

Kredit rujukan dari buku'Khasiat Asmaulhusna & Himpunan ayat Quran' 
susunan ; Abu Nur Husnina.

Friday, 3 April 2015

Saidatina KHADIJAH KHUWAILID

KHADIJAH CINTA ABADI KEKASIH NABI


Betapa agungnya cinta antara dua insan ini menjadi tatapan umat manusia sejagat. Nabi Muhammad saw yang memperisterikan Khadijah binti Khuwailid iaitu wanita yang dijanjikan Allah taala untuk baginda. Salawat dan Salam atas junjugan besar baginda Sallallah alaihi wasallam.

Khadijah at tahirah iaitu wanita suci, berperkerti mulia dan kukuh berdiri bersama Rasullullah  saw:

Kata Rasulullah saw "Allah tidak memberi ku pendamping menggantikan untuk ku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepada ku semasa orang lain mengingkari ku, dia membenarkan ku semasa orang lain mendustakan ku, dia menyerahkan hartanya kepada ku semasa orang lain menghalang ku, dan Allah taala mengurniakan keturunan melalui rahimnya semasa aku tidak dapat daripada isteri-isteri ku yang lain"

Ketika Khadijah memberitahu  saudaranya Waraqah bin Naufal tentang mimpinya: 
"Wahai saudara ku Waraqah bin Naufal aku bermimpi satu sinaran cahaya puteh dan aku luluh tenggelam dalam cahaya yang menerangi ku itu."
Allah mengilhamkan cahaya kenabian kepada Khadijah yang ditafsirkan Waraqah bin Naufal.

Khadijah lahir dari keluarga yang kekayaannya melimpah ruah. Apabila Khadijah mendengar kemulian akhlak Rasulullah saw. Sifat bertanggungjawab, kejujuran berbicara mendorong Khadijah menjemput Rasulullah untuk menjalankan perniagaan ke Syam.
Khadijah memutuskan Maisara mendampingi Nabi dan melapurkannya pada Khadijah. Kata Maisara:

"Aku lihat awan melindungi Muhammad di segenap perjalanan, dan apabila dia diam awan itu turut tidak bergerak dari atas kepala Muhammad".
"Pohon yang tempat Muhammad berteduh, tunduk melindungi dia dari cahaya terik matahari"

"Seorang rahib bernama Buhaira mengatakan, Wahai Maisarah siapakah pemuda itu" .
"Dialah Muhammad bin Abdullah, seorang pemuda dari tanah Haram"
Rahib itu  berkata " Demi Allah, dia adalah seorang Nabi umat ini. Tidak seorang pun yang duduk di bawah pohon melainkan seorang nabi"

Khadijah binti Khuwailid adalah wanita pilihan Allah untuk Kekasih Nya Nabi Muhammad saw. Khadijah wanita mulia tabah, matang yang mempunyai kedudukan teristimewa yang mencintai Nabi Muhammad saw dengan sepenuh hatinya.

Khadijah memanggil Rasulullah saw dengan panggilan, "Hai putera bapa saudara.............."
Ketika Rasulullah berkhalwat, Jibril meminta Rasulullah menyampaikan kepada Khadijah,kata Jibril "Wahai Rasulullah, Khadijah datang. Dia membawa wadah [makanan dan minuman], Jika dia sampai kepada mu sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan daripada aku. Beritahu kepadanya khabar gembira berupa sebuah rumah dalam syurga yang diperbuat dari kayu yang di dalamnya tidak terdapat pergaduhan kesusahan".
Jawab Khadijah "Sesungguhnya Allah itu As Salam. Salam [sejahtera] pula atas Jibril dan atas mu pula salam daripada Allah berserta rahmat dan berkatnya"

Selepas wahyu pertama yang Allah taala turunkan melalui Jibril. Dengan tubuh yang menggeletar, Nabi menemui Khadijah. 
"Selimutkan aku...selimutkan aku...".
Khadijah menyelimutkaA keburukkan akan menimpa ku"
Lalu Khadijah bersuara, "Tidak. Demi Allah, Allah tidak sesekali merendahkan mu. Kerana engkau selalu menyambung siratulrahim, memikul beban, menghormati tamu, membantu orang miskin dan selalu menolong sesiapa sahaja."

Khadijah binti Khuwailid adalah wanita yang dicintai Rasulullah dan adalah kekasih abadinya.
Ya Allah rahmat Mu yang luas ini mentautkan dua insan ini terlalu indah bila dihayati.