Saturday, 18 April 2015

SUNNAH ORANG BERJUANG.




Sesungguhnya  mereka yang Allah pilih menjadikan hambaNya yang bertaqwa adalah orang- orang bila di uji dia redha dan dia bersyukur pada Nya.


"Umi itu Ammar Azam". Saya menoleh dan terpandang sekumpulan pelajar RMC yang berjalan sambil berkawat. Saya memerhati sahaja pelajar yang Ubadah maksudkan. Smart dan berwibawa. 

Tapi bagi saya semua pelajar di RMC berwibawa dan membanggakan. Kenangam menghadiri mesyuarat PIBG tahun  2009 jelas mengingatkan saya, ketika itu saya ternampak Hj Azam Abdul Rahman. 


Saya memberitahu suami saya, sekiranya saya bertemu isteri Hj Azam saya akan menegurnya. 

Saya bertanya kepada anak saya, Ubadah adakah anak Hj Azam berada di RMC. Menurut Ubadah, Ammar satu "bacth" dengannya tapi di kompeni lain.

Ammar di kompeni Alfa dan anak saya Foxtrot. Rasa bangga  dan sangat hebat bila memikirkan bagaimana mempunyai anak terpilih menjadi pelajar RMC. Alhamdulillah.

Namun jauh disudut hati seorang ibu yang mengizinkan iaitu membuat keputusan menghantar anak belajar di RMC adalah seorang ibu yang bukan calang-calang jiwanya. Manakan tidaknya tempat yang hendak kita cagarkan permata kita tempat yang akan memberi cabaran jiwa mental dan spiritual pada anak kita juga kepada ibubapanya. 


Puan Nur Azlina dan Hj Azam melihat dari sudut tarbiah jati diri untuk menguatkan fizikal yang mantap  dan keyakinnan tinggi pada diri sendiri. Wibawa menghantar anak yang di terima masuk di RMC tidak dapat dinafikan.


'FEATURE LEADERS', adalah moto RMC dan di situ remaja dididik dengan  daya kepimpinan  dan ketaatan pada pemimpin. 

Saya sendiri merasakan pelajar RMC dilatih dengan berasaskan dengan  moto itu menjadikan anak remaja  menghargai ibubapa, agama, bangsa dan negara. 


RMC berjaya menerapkan keyakinan berinovasi dan disiplin  yang tinggi pada pelajarnya. 

Tulis dari nurani seorang ibu iaitu Pn Nur Azlina mengenai Ammar di RMC adalah lahirnya rasa bangga dan terima kaseh beliau pada kepimpinan yang berjaya pada anaknya arwah  Ahmad Ammar.

Puan Nur Azlina adalah sebagai ibu yang menguruskan kehidupan harian dengan menggalas tanggugjawab dari  suami yang selalu tidak punya banyak masa dengan keluarga. Suaminya Hj Azam adalah orang berjuang yang selalu masanya banyak pada masyarakat berbanding keluarga.


Begitulah Sunnah orang berjuang, bila suami keluar rumah menjayakan misi berdakwah maka isteri berperanan mendidik anak-anak ke matlamat menjadi insan yang di kasehi Allah. 


Para sahabat dan tabiin keluar mencari ilmu, berperang menegakkan syiar islam iaitu berdakwah juga wahyu yang diturunkan pada para nabi-nabi menghendaki isteri iaitu kaum wanita  memikul tugas di rumah. 


Asas orang berjuang harus mempunyai keluarga yang mantap pergantungannya dengan Allah taala.


Perjuangan yang seiring pandangan dan keputusan yang tepat juga rasa kebersamaan perlu ada dalam keputusan akan membentuk keluarga yang di bantu oleh Allah swt.


Jaulah yang bermaksud melancung mengembara di muka bumi Allah swt dengan mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang dilihat kesan peninggalan momen-momen iaitu sejarah yang diterokai oleh salafulsoleh terdahulu. 


Saya sungguh gembira apabila, Ubadah memilih Turkey negara yang akan dia lawati sebelum balik ke Malaysia, menghabiskan cuti tahun 2014 nya. Turkey merupakan sebuah negara yang mencatat  sejarah Islam begitu agung.

Al Syahid Muhammad Al Fateh dan sahabat baginda Rasulullah saw, Abu Ayub Al Ansari mencipta sejarah Empayar Usmaniah juga bermula dari penaklukkan Turkey untuk meluaskan penyibaran Islam. 


Turkey disebut oleh Rasulullah saw ketika membina parit dalam peperangan Khandak. Ketika Rasullullah memecahkan batu, Allah swt  memperlihatkan mukjizat baginda Rasulullah saw di mana terpancar 3 cahaya yang memberi khabar bahawa Konstantenopal akan jatuh ketangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin dan pada tentera sebaik-baik tentera.

Sekilas pandang betapa bersyukurnya kiranya dapat menjejaki bumi yang di sebut oleh Rasullullah saw dan diteroki parasahabat.


Arwah Ahmad Ammar Hj Ahmad Azam adalah insan terpilih menjejaki bumi bertuah Turkey dan kini dapat disemadikan jasadnya berdekatan dengan maqam sahabat Rasulullah saw, Al Syahid Syeikh Abu Ayub Al Ansari. Jaulah yang pendek dan indah seharusnya dimanafaatkan untuk bersama merasa semangat perjuangan para sahabat  Rasulullah saw yang mencatitkan sejarah Islam yang Agung.

Apabila Ubadah mengirimkan gambar-gambar sepanjang jaulahnya di bumi Al Fateh ini saya  mensyukuri bumi bertuah menjadi pilihan dia untuk mengembara meneroka pengalaman kehidupannya.


Turkey itu adalah bumi istimewa yang dijejaki  para sahabat. Sejarah dan panoramanya yang indah telah banyak dirakam dan dibukukan untuk tatapan mereka yang ingin mengetahuinya. Keindahan bumi Turkey. 

Turkey adalah bangsa yang berbudi bahasa juga mempunyai nilai kekuatan bangsa yang Allah pilih untuk menjadi renungan bangsa lain di dunia ini.

Turkey adalah kota sejarah. Turkey adalah kota warisan, Benarlah kata hukamak:  "Menimba ilmu dan mengembara mendapatkan ilmu adalah sunnah kehidupan salafulsolleh."


Saya mengenali Hj. Azam ketika beliau menyandang jawatan sebagai naib Presiden ABIM. Saya bersyukur dapat bertakruf sekadarnya dengan Puan Nur Azlina iaitu ibu kepada Ahmad Ammar Hj Azam. Sentuhan puan Nur Azlina dalam cinta kaseh dan rindunya pada arwah Ammar amat menyentuh naluri keibuan saya. 


Kesemua mereka yang mendekati Pn Nur Azlina akan merasakan sentuhan seorang wanita yang bukan calang-calang orangnya. Saya menaruh keyakinnan Allah swt memberi kekuatan itu untuk Islam. Saya doakan mereka sekeluarga akan dilimpahi Rahmat dan Kaseh NYA.

Sunnah dalam perjuangan memerlukan pengorbanan. Orang berjuang merasai dunia yang hanya sementara ini di cagarkan pada perjuangan. Saya coretkan beberapa ciri sunnah orang berjuang :


1] Selalu di tinggalkan untuk perjuangan.


-isteri bergantung dengan Allah dan redha dengan perjuangan.
-memberi kepercayaan pada orang lain untuk mengasuh anak, Ahmad Ammar mendapat pendidikan di sekolah ABIM kemudian  menyambung persekolahan di RMC dan di perkukuhkan dengan jemaatul HYRAT.
- anak belajar jauh untuk membina tauhid dan memperkukuhkan rohani.

2] Menghadiri diri dalam  Usrah maupun Harakah Islamiah.


-mempunyai kelompok atau  harakah atau usrah yang saling menguatkan antara mereka. Menguatkan mengamalkan islam al Quran dan as Sunnah.
-Faktor keluarga yang banyak menyokong.

3] Kuat pergantungan dengan Allah taala.


-Menambah ilmu meyakini kehidupan sebagai 'Hamba Allah'. -Banyak bergantung dengan Allah swt di setiap tindakan.
-Kekurangan keluarga tidak diceritakan pada orang lain melainkan dengan hanya pada Allah.
-sentiasa melindungi suami dan anak-anak dengan DOA.


CATATAN :

-15 febuari 1993 adalah lahirnya insan yang Allah anugerahkan pada kedua ibubapanya.

-2 november 2013 hari berlakunya kemalangan dan insan ini di panggil menemuiNYA.


-  November 2013 hari di kebumikan bersamaan 1 muharram 1436H iaitu sambutan Maal Hijrah yang berkat membawa lembaran cinta alam pada kekaseh Nya.


Gambaran wajah yang segar mengalir butir-butir peluh jernih sejernih hati sanubarinya.


HARAPAN. Muga Allah mengasehi arwah As Syahid Ahmad Ammar Ahmad Azam di samping baginda Rasullullah saw.
Muga Allah taala  mengasehi keluarga Hj Ahmad Azam dan Pn Nur Azlina, serta seluruh muslimin.
Amin.

[Catatan untuk buku Jaulah mencari Ibrah]

No comments:

Post a Comment