SAYA SEORANG IBU.
Pin-pin bunyi motor posLaju singgah depan rumah saya. Jiran saya Kak Wan nampak terus menyambut kiriman barang poslaju itu. Kak Wan senyum pada saya dan berkata; "Hari ini Asmah tak kerja ke?" Saya senyum, lalu berkata "saya suri rumah aje". "Ya ke! pagi-pagi akak nampak kluar pegi mana.?" kata Kak Wan. "Ooo...hantar anak ke sekolah". kata saya.
Jiran kami berbangsa cina di depan rumah pun pernah menyangka saya berkerja. Katanya saya nampak seperti wanita berkerja.
Semasa berborak, kak Wan agak terkejut bila saya beritahu pernah menerima tempahan kueh-kueh basah untuk catering hampir 10 tahun.
Semasa bermustautin di Kelantan, anak-anak saya suka makan kueh mueh yang dijual. Manalah saya boleh lupa makanan kueh mueh yang terdapat di Kelantan. Akok, tepung bungkus, cekmek molek, pulut kacau [wajik], pulut inti, sardin roll, puteri ayu, puteri dua sebilik, tepung pelita, seri kaya dan berbagai makanan yang .
Ketika suami bertukar ke Sabah, sukar untuk menikmati kueh-mueh di situ kerana selera yang berlainan antara makanan Sabah dengan Semenanjung. Oleh itu saya belajar membuat kueh dengan menelephon kawan-kawan. Saya juga meminta resepi dari emak di Melaka.

Alhamdulillah beberapa percubaan membuat kueh tidak menghampakan kerana pada saya tidak lah sukar. Saya boleh kurangkan manis dan rasa masin di setiap kueh yang saya buat. Suami saya juga suka dan hampir hari-hari dia bawa bekal untuk pergi kerja.
KARIPAP
Kawan sepermainan saya juga terkejut bila mendapati saya boleh memasak dengan agak baik. Kerana zaman remaja saya bukan sahaja tidak mengusai masakkan malah memang 'tidak tahu memasak langsung' bak kata orang Melaka.

Saya memenohkan masa mendidik anak-anak sambil mencuba membuat kueh-mueh. Setiap kali membuat kueh saya menghulurkan kueh mueh kepada jiran-jiran. Alhamdulillah jiran-jiran suka dengan air tangan saya. Saya bersiratulrahim dengan kueh mueh.
Berjiran-jiran juga ada yang tidak lokek memberi resepi keluarga mereka. Ada jiran yang mengajar saya membuat cucur badak. Isteri kepada kawan suami saya mengajar saya buat karipap pusing juga puteri ayu. Ketika itu resepi tidak mudah seperti sekarang boleh didapati di internet sahaja.
SERI AYU
Jiran saya yang mempunyai gerai makanan meminta saya membuat kueh. Katanya kueh-mueh boleh membantu menarik pelanggannya membeli nasi lemak. Jadi saya buat suka-suka dengan menolong menjaga anaknya sementara dia berniaga.
Setelah itu jiran saya yang membuat catering menempah kueh saya. Saya mula mahir membuat kueh. Suami saya tidak mempunyai masalah asalkan segala kerja rumah selesai dan tidak memenatkan saya seharian menguruskan anak-anak.
Berniaga ini sememangnya menyeronokkan sebab dapat duit cash dari titik peluh sendiri. Semua kita maklum Allah menjanjikan rezeki sehingga 99% kekayaan daripada perniagaan.
Dari minat anak-anak suka makan kueh dan saya cuba-cuba, saya boleh membuat berbagai kueh mueh. Anak-anak tentulah teruja dengan masakan uminya. Alhamdulillah.
Seorang ibu bukan mengharap pujian tapi melihat anak-anak memakan dengan puas suatu terapi kasehsayang pada mereka.
"Umi sedapnya,"
"kuih umi lagi sedap".
"Puyyo....umi ".
"Canggihnya umi..."
Dari bersiratulrahim memberi kueh pada jiran-jiran dan bertukar membantu membekalkan kueh jualan di gerai. Niat asal membantu mereka memperbagaikan jualan di gerai bagi menarik pelanggan berkunjung ke gerai nasi lemak secara tidak sedar saya mula belajar berniaga dan mengira untung.
CARA BERLAUK
Kueh 'cara berlauk' saya pernah mendapat tempahan dari catering Istana Negara juga majlis perkahwinan. Saya bersyukur di kelilingi orang yang suka membantu memberi ilmu mereka, Namun mungkin jiwa saya bukan termasuk sebagai seorang peniaga. Saya berhenti membuat kueh pada tahu 2012 kerana merasakan saya lebih suka menjadi seorang IBU sahaja.
Semuanya dari kueh tradisional yang sedap.
Terima kaseh semua yang ajar saya membuat kueh dan memasak.
Syukran pada suami yang selama ini bersabar menunggu sehingga saya boleh memasak makanan kesukaannya.
KUEH MENJALINKAN SIRATULRAHIM.

No comments:
Post a Comment