kisah 11
Adakah saya seorang yang sombong? Hakikatnya, saya tidak sedikit pun rasa rendah diri. Sesungguhnya Allah swt Maha mengetahui lagi Maha mendengar, tidak sesuatu pun kejadian menimpa hamba Nya kecuali meminta hambanya berfikir. Muga saya mendapat keredhaan Nya.
Saya adalah insan biasa yang tidak mempunyai apa-apa pun. Tinggal di satu sudut dunia dengan kehidupan yang terlalu sederhana. Segala-gala kehidupan di lalui biasa-biasa tiada yang teristimewa. Saya tidak memerlukan glemor dan gaya dalam setiap langkah dalam kehidupan, segalanya terlalu sederhana dalam memenuhi kehidupan sebagai isteri.

Bertahun berlalu silih berganti kedukaan dan kegembiraan yang tidak mudah dikongsi dengan sesiapa pun. Hatta suami saya lelaki sederhana sahaja bersama melayari kehidupan yang kadang-kadang mengembirkannya malah mungkin banyak juga memendam rasa dek kelemahan kekurangan saya. Bagi suami mungkin sukar berkongsi rasa untuk dia menceritakan. Namun saya juga syukur dia{suami} menerima saya seadanya.
Ketika saya mahu mencari dan mengenal diri sendiri berbagai ujian kehidupan yang saya tempuhi. Bila direnung kembali, saya begitu akur dengan takdir dan menempuhi cabaran kehidupan. Tapi sebenarnya saya amat takut dengan bayangan sendiri bimbang saya akan menoleh kebelakang semula dengan kebodohan sendiri. Saya pun kurang pasti dari mana saya mendapat kekuatan bertahan.
Sekeping hati yang di uji dengan perasaan sayu mengingatkan pengalaman diri sendiri. Titisan air mata akan tumpah tanpa mengharap simpati kerana saya yakin akan semua terjadi telah di takdirkan pada diri saya sejak azali lagi. Saya telah menjadi anak yatim sejak berumur sebelas tahun menjadikan saya mampu dan kuat berdepan dengan ujian kehidupan ini.
Saya dibesarkan oleh seorang wanita yang dipanggil emak yang punya jiwa kuat membesarkan empat orang anak tanpa suami dan tanpa kekayaan. Harta kami adalah sebidang tanah rumah peninggalan arwah ayah dan dua buah rumah sewa menampung keperluan hidup. Sepanjang saya membesar banyak kali saya melihat air mata ibu mengalir. Namun kami adik beradik dapat menjadi hamba Allah yang berguna dalam membina rumah-tangga masing-masing.
Saya adalah wanita yang sombong dan saya mengambil kekuatan sombong ini untuk melalui perit sebuah kehidupan. Pengalaman berkongsi suami bukan suatu yang mudah. Tapi bagi saya dia tidak sedikit pun menjadi pesaing kerana saya merasakan apa yang Allah swt kurniakan pada diri saya tiada kekurangan berbanding dengan dia yang menjadi isteri kedua suami saya. Saya redha berkongsi suami. Saya berusaha bermujahadah menerima takdir kehidupan.
Suami saya tentulah seperti insan lain yang punya rasa hati yang dia sahaja miliki. Seingat saya, tidak pernah terlintas dihati untuk meminta dia{suami} melebihkan kami anak beranak. Tapi saya disindir mengambil 'hak giliran' malah keperingkat mengatakan sindiran-sindiran tajam menusuk ke kalbu. Segalanya saya lalui tanpa berkongsi dengan orang lain kerana saya. Mengatakan menggunakan 'guna-guna' pun sesuatu yang tidak masuk akal sebagai seorang yang bertauhidkan Allah swt.
Prinsip yang saya pegang ketika itu, dia suami saya ~ dia berhak buat keputusan dengan siapa dia hendak tidur, saya tidak ada masalah dalam hal-hal itu. Ketika suami pulang ke rumah kami dia iaitu suami hak saya anak beranak. Saya bernafas dengan kesombongan itu. Saya memang seorang yang sombong.
"Saya tidak pernah mengambil haknya kenapa saya patut beralah?"
"Dia memilih untuk kawin dengan suami orang kenapa saya yang perlu bersedia untuk berkorban?"
"Siapakah yang patut bertimbang rasa, samada saya yang dinafikan sebagai isteri yang wajib redha dengan perkongsian suami atau dia yang datang dalam keluarga kami yang tahu dia mengahwini suami pada seorang perempuan sepertinya"

"Soal kecantikkan atau muda bukan ukuran kaseh-sayang tetapi kejujuran kaseh kita pada suami yang utama, saya tidak pernah mengungkit kisah cinta saya yang saya lalui sebelum berkahwin malah saya tidak menyesal pun memilih dia jadi suami"..."Bagi saya, saya lah isteri terbaik padanya [suami]"
Saya dapat rasakan dia[wanita itu] begitu tertekan dalam perkongsian ini, seperti saya. Tetapi dia [wanita itu] ramai penyokong yang bersimpati dengannya. Ada juga nasehat meminta saya bertimbang rasa kepada dia. Tapi bagi saya dia yang sepatutnya bertimbang rasa dengan saya kerana terpaksa menerima dia dalam keluarga kami yang telah kami bina. Malah saya tidak pernah menghalang suami kami bertemu dengannya. Saya tidak mencipta alasan untuk saya dapat perhatian lebih. Cinta dan sayang sukar untuk dipaksa. Ya saya memang sombong.
Ketika emak memberitahu suami saya membuat keputusan, hanya saya sahaja isterinya seperti suatu ketika, saya sujud syukur pada Allah swt. Walaupun setelah dua tahun baru saya tahu saya tetap bersyukur. Betapa saya amat bersyukur selama ini segalanya tidaklah begitu rumit. Selama ini, apabila suami saya di rumah dia adalah kekasih yang sangat saya sayangi dan akan saya beri sepenuh perhatian padanya bersama anak-anak kami. Ya, saya tidak pernah tanya tentang isteri kedua suami. Saya bersyukur banyak yang saya lalui menjadikan saya wanita sombong yang kuat.
Sebagai isteri saya sedar berperanan memberi ketenangan dan kekuatan terletak di bahu isteri. Saya terlalu banyak menyusahkan suami. Suami kadang-kadang serba salah membuat keputusan dan saya tidak dapat membantu mengurangkan bebannya. Walaupun hati kecewa dan lara saya memberi perhatian juga pada suami saya. Sombong yang saya rasa memberikan keyakinnan saya untuk menjadi terbaik untuk anak-anak.
Penerima kehidupan yang sederhana dengan segala keperluan mencukupi bagi saya telah memadai. Saya bersyukur sebab suami memilih kami anak beranak. Mengharungi cabaran membesarkan anak-anak bukan pekara yang remeh dan tidak boleh diambil ringan mendidik, menempuh cabaran kehidupan. Susah sama-sama dilalui senang sama-sama dikecapi. Saya mendapat kekuatan bila melihat anak-anak membesar depan mata. Saya yakin dan merasakan suatu rahmat bila suami disisi saya.
Kata emak, "Mak beritahu dia[wanita itu], kesiankan kami[saya] yang ada anak ramai, dan carilah jodoh lain yang lebih baik, janganlah terlalu mengharap lagi". Apa yang menyebabkan rasa syukur tidak terhingga adalah emak dan adik ipar selalu menyokong saya. Ya sebenarnya saya yakkin dan kuat dengan doa emak yang menyayangi kami. Pernah emak berpesan "Menjadi isteri jiwa kena kuat dan lebih banyak diam berbanding berkata-kata". Kata emak saya sendiri "Jagalah anak-anak dengan baik, emak tidak harap apa-apa asalkan kau anak beranak baik-baik saja". Al fateha buat emak Ani dan emak Timah.
Saya sedar kesan berkongsi suami membuatkan banyak krisis minda yang saya pendam dalam-dalam. Saya tidak ada orang untuk dikongsi. Menceritakan pada emak sendiri maupun emak adalah sesuatu yang tidak mungkin bagi saya. Kawan-kawan dan sahabat yang saya rapat tidak seorang pun saya kongsikan kerana itu adalah maruah saya. Kuatnya diri kerana saya sombong untuk tidak memilih menyusahkan emak dan abah. Saya memang seorang wanita yang sombong.
Bohonglah sekiranya saya tidak teringatkan zaman remaja yang tidak terlepas dari 'cinta biskut kering' yang pernah menjadi memori zaman persekolahaan. Segalanya saya padamkan kerana 'saya adalah isteri orang'. Saya amat sayang anak-anak saya. Manalah mungkin saya akan menghancurkan rumah-tangga wanita lain juga mencuri hak kasih-sayang serta tanggung-jawab seorang ayah kepada kanak-kanak lain. Saya bisikkan pada diri saya "Belum pasti lagi saya akan bahagia dengan lelaki lain, sedangkan ayah{suami} pada anak-anak saya yang lebih terbaik lagi membahagiakan". Saya amat yakkin memilih dia{suami} dalam kehidupan ini.
Berkali-kali saya memberitahu diri untuk meyakinkan saya sendiri: 'dia {suami} adalah insan terbaik yang Allah taala utuskan untuk saya dan dia {suami} adalah ayah terbaik untuk anak-anak yang telah saya lahirkan'. Kukuh tabah dengan kesombongan, saya berkata 'saya wanita paling bahagia dan beruntung' ini saya tanamkan dalam fikiran saya. Tentulah saya rasa beruntung kerana suami saya selalu mengutamakan kami. Saya sememangnya berhak mendapat perhatian yang lebih daripada suami. Benar kata pujangga 'Cinta jika kita ikhlas memberi Allah akan melindungi kaseh mereka'. Saya memang sombong.
Segala-gala kepayahan kami lalui membesarkan anak bagi saya suatu rahmat dari Allah swt. Apabila direnungkan detik-detik yang lalu, saya sedar telah banyak pekara yang membuatkan suami saya marah dan kecewa dengan saya. Saya juga punya perasaan dan rasa kekecewaan acapkali menerjah.
Saya tidak mahu menyesal dalam banyak pekara. Saya berazam melihat kejayaan anak-anak kami.
Suatu ketika seorang muslimah mengajukan kata-kata "Orang lelaki jika dah pernah ada dua isteri akan cari juga pengganti". Saya memberitahunya "Kehidupan saya sekarang adalah untuk membesarkan dan memberi pendidikan pada anak-anak". Dengan lontaran kata-kata itu saya ajukan pada suami saya. Dia berkata, "Ana nak bina hidup baru dengan anti dan anak-anak adalah yang paling utama sekarang". Walaupun ketika itu kekecewaan belum padam saya yakkin sepenuhnya, kami akan mendidik dan menyayangi keluarga dengan sepenuh hati.

Saya tahu sepanjang saya menjadi isteri dan ibu, saya adalah bos dan amat berkuasa. Saya sedar kurang hikmah dalam mendidik. Ya saya ibu yang sombong, saya gunakan kuasa veto pada anak-anak. Segala aktiviti pelajaran saya beri tumpun sepenuhnya. Saya tidak mahu menyesal di kemudian hari. Saya tidak mahu anak-anak saya menyalahkan saya bila mereka dewasa nanti. kerana kita sering mendengar rintihan "Kalaulah semasa kecil emak ayah aku...."
Saya dikatakan ibu yang memilih kaseh. Saya tidak menafikan kerana bila saya marah akan timbul juga rasa tidak suka dengan anak yang membingungkan. Mana ada ibu yang mahukan kejayaan anaknya tidak sayang kan anak. Saya tidak ambil pusing sangat tentang pandangan sinis mereka sekeliling terhadap saya.
"Anak yang ni kau side-side[bezakan] yang lain kau sayang"
"Ha... ini pakcik beli khas untuk kamu sorang je"
"Satu hari nanti anak yang ni yang akan jaga kamu bila dah tua"
"Kenapa malang aje nasib kamu ya"
"Asyek dia je yang di suruh, anak lain tak pulak"
"Saya dengar puan anak ramai, katanya tak sempat buat kerja sekolah kena jaga adik, berilah peluang anak puan buat kerja sekolah".
"Puan tak marah ke anak puan dapat markah begini"
"Puan sayang budak sebaik ini dan tidak ada masalah disekolah tetapi tidak dapat belajar dengan baik".
"Kau buat dia macam anak tiri"
Saya puas meneliti apa yang saya lakukan terhadap anak-anak. Saya berhak memilih jalan yang perlu anak saya lalui untuk masa depannya. Cabaran mendidik anak bukan senang ataupun mudah. Ego sebagai ibu selalu di cabar membuatkan saya hilang kesabaran. Saya membesarkan anak-anak dan mendidik mereka dengan bongkak dan kesombongan kerana kuasa sebagai ibu.
Sejujurnya saya berterima-kasih pada mereka sekeliling saya yang memberi saya suatu ilmu berguna menyedarkan saya agar sentiasa koreksi diri dalam mendidik anak-anak saya. Saya memang ibu yang angkuh dan sombong.

Bagai hujan yang telah reda. Pohon-pohan layu akan segar, bunga-bunga kembang mewangi dan cendawan tumbuh melata. Bila anak-anak satu persatu masuk universiti mereka akui anak-anak adalah insan terbaik yang menjadi kebanggan ibubapa. Mereka berkata "Beruntung dapat anak-anak yang pandai dan cerdik". Walaupun cogan kata yang berbunyi 'ibu bapa tunggak kejayaan' tiada dikompangkan, saya bersyukur melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran. Itulah hadiah dari Allah swt. Semuga Iman dan Taqwa juga sebagai pakaian kalian.
Masa terus berlalu, musim berganti. Saya adalah ibu yang 'buta IT'. Saya tidak menyesal dan rasa rendah diri. Saya duduk diceruk dapur. Tiada dunia kehidupan saya. Memang tiada. Dapur itulah tempat saya dimana segalanya bermula. Sebagai wanita yang tidak pandai memasak nasi ketika berumur enam belas tahun. Ketika sambal udang kegemaran suami masin dan hangit tidak boleh dihidang, segalanya menjadi titik tolak saya memulakan kerjaya sebagai isteri. Saya kena jadi sombong untuk menunjukkan saya pandai memasak hakikatnya saya juga melihat resipi mencuba dan cuba ~ untuk memasak. Saya memang sombong.
Kini melihat kehidupan berbaki ini, saya amat bersyukur melihat anak-anak membesar dan menempuh cabaran kehidupan mereka. Suatu keyakinan tersemat, seandainya saya tidak kuat dan sombong saya tentu kalah dalam menempuhi cabaran rumahtangga dan dalam masa yang sama saya berazam memastikan anak-anak berjaya. Muga anak-anak saya sentiasa dilindungi Allah swt dan menjadi hamba Allah yang beriman bertaqwa.
Disini saya nukilkan tentang sifat sombong yang layak bagi Allah swt. Muga Allah ampunkan dosa-dosa saya.

Sifat sombong ini hanya layak bagi Allah swt. Ia pakaian Tuhan maka mahluk tidak berhak memakainya. Allah swt berfirman dala Hadith Qudsi::Sombong itu selendang Ku dan keagungan adalah sarung Ku. Barang-siapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam".
[Riwayat Abu Daud]
[Riwayat Abu Daud]
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa Maha Mengetahui Maha mendengar Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang. Akulah insan yang lalai dan selalu lupa. Aku memohon Keredhaan Mu, Keatas Engkau segala Pujian selayaknya di Puji. Tidak ada daya aku menolak Taqdir yang Engkau telah Tuliskan. Aku memohon lapangkanlah hati ku, lapangkanlah kehidupan ku, ampunilah dosa-dosa ku bantulah suami ku juga anak-anak ku untuk menjadi hamba Mu yang bertaqwa. Berilah kekalkanlah Taufiq dan Hidayah Mu pada kami.Amin ya Rabb.
Rasulullah saw juga ada mengingatkan dalam sabda Baginda tentang bahayanya sifat sombong, Sabda Rasulullah saw,
"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
[Riwayat Muslim]
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah swt akan memanggilnya dari kalangan mahluk pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang dia sukai di syurga"
[Hadith Riwayat Abu Daud dan Termizi]

23 RAMADHAN 1436 H