Rejab, syakban dan ramadhan, adalah tiga bulan di takwin islam yang berkat. Rejab itu bulan mentaati segala perintah Allah swt kerana Rejab lebih dikenali bulan Allah. Syakban adalah bulan kecintaan pada Rasulullah Nabi Muhammad saw, nabi junjungan mulia. Ramadhan adalah bulan umat ku kata Rasulullah saw kerana Ramadhan adalah bulan berkat yang Allah swt janjikan pahala yang berganda-ganda untuk hamba Nya.
كَانَ أَحَبُّ الشُّهُورِ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَصُومَهُ شَعْبَانَ، ثُمَّ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ
"Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah saw untuk berpuasa sunah adalah bulan sya'ban kemudian beliau menyambungnya dengan puasa Ramadhan"
[HR Abu Daud no 2431 dan Ibnu Majah no. 1649]
Ramadhan bulan berkat, rebutlah peluang pahala berganda dan rahmat melimpah, pengampuan terbentang di bulan Ramadhan. Para ulama' dan ilmuan banyak menceritakan kehebatnya bulan Ramadhan yang Allah swt muliakan serta hadiahkan pada umat Nabi Muhammad saw.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra daripada Rasulullah saw bersabda: iaitu yang bermaksudnya,
"Segala amalan kebajikan anak Adam ra itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke tujuh ratus kali ganda.Allah berfirman,"Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk Ku dan Aku memberikan balasan [pahala] kepadanya [kerana] dia [orang yang berpuasa] telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku"
[HR Muslim]

Bulan ramadhan adalah bulan mulia yang sepatutnya kita ambil intipati disebalik kehadirannya setahun hanya satu sahaja bulan yang amalannya disusun memberi kenikmatan berbagai lapisan masyarakat. Mereka yang kaya atau miskin bersyukur degan qadaq dan qadar Allah swt saling membantu memerlukan dan menhuatkan. Mereka yang kecil, muda, dan tua saling memahami situasi kesihatan keupayaan dan keikhlasan.
Dengan ini Ramadhan adalah:
Dengan ini Ramadhan adalah:
1] Bulan latihan untuk mengenali diri, melatih jiwa dan memperbaiki rasa Allah swt itu ADA, Maha memberi mengetahui dan mengasehani.
Sebagai hamba Allah berlapar dahaga, adalah latihan melihat dengan mata hati betapa mereka yang miskin yang memerlukan bantuan untuk menampung kehidupan diri dan keluarga. Mereka yang berada atau kaya melatih menanamkan rasa syukur rezeki untuk dikongsi dengan yang kurang selesa hidupnya ataupun miskin.
Dengan ertikata lain makna puasa itu menahan lapar dan dahaga serta menahan melatih nafsu ammarah kepada nafsu lawammah seterusnya pada nafsu mutmainnah. Latihan jiwa agar sabar serta ikhlas dalam melakukan setiap perbuatan. Ramadhan membentuk peribadi mengasehi sesama insan.
Sebagai ibu cabaran mendidik anak melatih mereka berpuasa adalah satu cabaran. Pengalamaan anak-anak kami semasa baru menjinakkan diri berlatih berpuasa berkata: "Umi laparlah rasa berbunyi bunyi perut". Sambil membaringkan diri keletihan lesu tidak larat untuk tersenyum. Cekalkan hati dan lihatlah dengan sebaiknya situasi simanja.
Saya ketika itu berkata, "Sabarlah dah nak dekat waktu berbuka. Puasa itu bermakna menahan lapar dan dahaga". Kata saya lagi, "Begitulah orang yang tiada duit makanan, mereka selalu rasa lapar. Jap lagi nak berbuka dan boleh makan makanan sedap kan, jadi Allah mahu kita belajar mensyukuri nekmat rezeki hari ini".
Pada malam pertama, anak-anak duduk disekeliling saya melafazkan niat puasa secara berjemaah. Dan memberitahu dini hari nanti kena bersahur yang sunat tapi besar fadhilatnya. Secara tidak langsung pendidikan telah bermula untuk mengamalkan rukun islam ke tiga iaitu berpuasa.

Puasa melantunkan emosi sabar dengan ujian kehidupan seperti kesesakkan jalanraya, barang yang tersalah beli, suami terlupa belikan barang yang kita perlukan, karenah anak-anak yang bising, rumah bersepah, baju terhangus semasa sedang menggosok, kawan-kawan ataupun pekerja yang buat masalah di pejabat, segala-gala yang membuatkan kita hilang sabar. Sabar itu adalah perlakuan yang tiada sempadan dan limited. Sabar itulah sebenarnya sifat yang harus di tanam bukan di bulan ramadhan sahaja.
Malah belum lagi diuji dengan ujian yang besar-besar seperti kehilangan orang yang tersayang, harta benda musnah disebabkan gempa, banjir juga kebakaran. Barangan yang hilang atau kecurian malah berbagai lagi ujian kehidupan, semuanya takdir yang menuntut kesabaran.
Rasulullah Sallahu'alaihi Wasallam bersabda:
"Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka dia untuk Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri[bercumbu] pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum disisi Allah pada hari Qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia gembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya".
[HR Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibn Hibban - Baihaqi]

Jelasnya Ramadhan melatih insan untuk memperbaiki rasa kehambaan kita pada Allah swt.
2] Bulan ramadhan adalah bulan Ibadah yang disanadkan pahala akan berganda dengan amalan-amalan kebaikkan seharian. Ramadhan dihadiahkan oleh Allah taala malam Lailatul Qadar yang dikenali sebagai 'Malam seribu bulan'. Setahun hanya sekali sahaja disebut malam Lailatul Qadar iaitu dalam bulan ramadhan.
Surah Ad Dukhan ayat 3, Allah berfirman:
Surah Ad Dukhan ayat 3, Allah berfirman:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Quran itu pada malam yang berkat:[Kami berbuat demikian] kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran [jangan hamba-hamba kami ditimpa azab]."
Firman Allah swt dalam Al Qadr ayat 1:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan [Al Quran] ini pada malam Lailatul Qadar"
Carilah malam itu dengan menggandakan ibadah kerana itulah malam segala doa iaitu hajat pengharapan hamba Allah akan dikabulkan. Allah swt mengingatkan hambanya inilah malam yang dikurniakan dari detik-detik masa kita yang terlalu sibuk dan susah untuk beribadah yang khusus untuk bermunajat pada Allah swt.
Firman Allah swt:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *
Maksudnya:
"Sesungghnya Kami telah menurunkan [Al Quran] pada malam kemuliaa [Lailatul Qadar] dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan [Lailatul Qadar] itu? Malam kemuliaan itu [Lailatul Qadar] lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar"
[Al Qadr 1-5].
Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci malam apa? Namun Rasulullah saw telah menyatakan dalam sabdanya:
Ummu mukminin Aisyah ra mengisahkan tentang Nabi Muhammad saw pada sepuluh terakhir ramadhan:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر - أي العشر الأخير من رمضان -
شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله . متفق عليه

"Adalah Rasulullah sallahu 'alaihi wa salam apabila memasuki sepuluh terakhir Ramadhan beliau mengencangkan tali sarungnya [yakni meningkatkan amalan ibadah beliau] menghidupkan malam-malamnya dan membangunkan isteri-isterinya" Muttaraqun 'alaihi.
3] Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat dan berkat.
Sedekah, ibadah, pekerjaan perbuatan mulia seperti berbuat baik, mengimarahkan masjid iaitu rumah Allah, menghubungkan siratulrahim, memberi makanan pada jiran, menolong kawan-kawan menyelesaikan masalah semua pahala ikhlas itu akan Allah gandakan di bulan ini. Oleh itu ini malam itu bukan cabutan bertuah dari Allah swt tetapi ini adalah hadiah yang mulia mahal dan tidak ternilai dari kurniaan Allah taala pada umat Nabi Muhammad saw.
"Kita sedekahkan sikit duit rumah anak yatim ya hari ini" Kata suami saya pada anak kami. Anak saya pun berkata: "Cikgu kata anak yatim itu doanya makbul". "Betul tu, sesiapa yang memegang kepala anak yatim dengan penuh kaseh sayang Allah akan ampunkan dosa-dosanya." kata suami saya. Ya, apatah lagi jika kita boleh menggembirakan hati anak yatim dan orang yang kurang berkemampuan itulah sedekah. Besar ganjaran di sisi Allah swt.
4] Bulan kecintaan pada Allah swt dan Rasulullah saw.
Rasulullah sangat menunggu kedatangan bulan ramadhan, oleh itu sebagai umat Nabi Muhammad saw, kedatangan ramadhan adalah berkat dan rahmat.
RAMADHAN MENDIDIK JIWA MEMPERBANYAKKAN IBADAH JUGA MELATIH JIWA HAMBA.
No comments:
Post a Comment