[kisah 7]
Hujung minggu di Kelantan adalah hari jumaat dan sabtu.
"Ummi, abuya balik bila" tanya anak sulung saya. "Petang nanti abuya sampai" saya menjawab sambil menghulurkan sebotol susu pada adiknya yang demam.
"Ok, jom main basikal" kata anak saya pada adiknya setelah selesai mandi dan sarapan. Petang bila telah panas, saya tidak mengizinkan bermain basikal sebab panas dan kawasan perumahan yang baru ini lapang, tiada pokok.

Selepas mencuci baju dan lampin saya rehat seketika kerana kepenatan. Itulah saat yang biasa di lalui oleh ibu yang sedang mengandung. Saya mengandungkan anak ke empat iaitu kandungan mencecah tujuh bulan.
Urusan anak tidak pernah berhenti. Selepas sohlat subuh, baju akan direndam dengan sabun, kerana ketika itu saya menggunakan kain lampin. Lampin pakai buang tidak porpular dan digunakan ketika bermusafir sahaja juga ketika balik kampung.
Pagi buat sarapan dan mandikan anak-anak. Setelah mencuci baju, menyapu sampah dan memasak.

Cuaca di luar ketika itu hujan renyai-renyai jadi saya tidak menyidai baju basuhan tadi. Anak yang paling kecil berumur dua puluh bulan, dari semalam asyek merengek-rengek sebab tidak selesa. Demam. Namun demamnya tidaklah kuat sangat setara memegang kepalanya. Dia boleh bermain dengan kakak-kakaknya. Berbasikal di sekeliling taman perumahan kami di kok Lanas.
Oleh kerana waktu asar akan tiba sebentar lagi, saya telah berwudhuk awal dan menyarung telekung. Sambil menunggu sohlat asar saya melipat baju.
Saya telah memberi minum ubat demam [panadol kanak-kanak] yang sentiasa ada dalam simpanan. Sambil melipat baju tadi anak saya merengek-rengek. Saya tahu dia tidak selesa tapi saya hanya menggosok-gosok saja badannya. Malas nak melayan renget anak demam tadi sebab saya juga letih.
Tiba-tiba saya tidak terdengar suara merengek-rengek itu, pasti dia tertidur, fikir saya. Tapi saya pun menoleh, sebab saya mahu menukarkan kedudukan tidurnya sekiranya tidak terletak di atas tilam/lembek.
MassyaAllah, saya lihat kaki dan tangannya meringkok seperti udang dan ada kebiruan [saya tak pasti bahagian mana yang biru]. Terus saya mendukung, dan memanggil jiran saya meminta tolong. Entah kenapa jiran saya tidak terdengar langsung, saya pasti tentu jiran saya belum balik lagi.
Ketika itu fikiran saya sungguh buntu, saya menangis sambil meribanya. Saya terlihat satu botol air bacaan surah yassin yang telah saya baca sendiri untuk saya minum sepanjang tempoh mengandung sebelum melahirkan. Air Yassin itu saya salawat dan siramkan di kepala anak-anak yang demam.
Subahanalla, anak saya yang meringkok iaitu sawan itu menangis kuat. Saya memeluknya dengan juraian air mata, sambil meraba-raba-raba seluruh anggotanya yang kembali normal.
Petang itu suami saya pulang dari Thailand. Saya menceritakan kejadian anak saya dan kami terus membawanya ke klinik berdekatan.
Dokter mengatakan anak saya mengalami sawan, tidak ada apa-apa rawatan susulan. Ketika itu baru saya tahu yang kanak-kanak memang mudah mendapat 'sawan' jika suhu badan terlalu tinggi.
Bagai nyawa anak saya diberikan semula pada ketika itu. Sejak itu saya tidak boleh lena bila anak saya demam atau sakit. Saya akan pastikan ubat diberi pada masa yang tepat.
Bagai nyawa anak saya diberikan semula pada ketika itu. Sejak itu saya tidak boleh lena bila anak saya demam atau sakit. Saya akan pastikan ubat diberi pada masa yang tepat.
Menurut doktor, kanak-kanak mudah mendapat 'Sawan'. Sawan adalah penyakit yang mungkin datang sesekali sahaja dan seandainya kurang penjagaan dan perhatian dia akan berulang. Kesannya pada tumbesaran dan IQ anak-anak. Ada kejadian tragis demam panas dan sawan boleh menyebabkan kecacatan.
Bagi seorang ibu adalah perlu mengetahui rawatan ringan dirumah agar kita tidak ambil mudah dengan demam panas atau permasalahan kesehatan lain pada anak-anak. Ibu bapa buatlah keputusan bijak supaya tidak terlambat dan menyesal.

MEMBERI PERHATIAN PADA ANAK-ANAK ADALAH KASEH DAN TANGGUNG JAWAB IBU BAPA.
No comments:
Post a Comment