Wednesday, 21 October 2015

CERITA KG KU SAYANG ~ USTAZ SALEH

USTAZ SALEH



"Anak-anak... ustaz nak cerita ... " Kata ustaz Saleh sambil mengetuk meja. "Tukk. Tukk. Tukk". Ustaz Saleh menyedari kami dah mengantuk, keletihan dengan cuaca panas hari itu.

Ketika itu saya terjaga dari lena, terkejut dengan ketukan itu. Ketika itu ramai antara kami  keletihan disebabkan petang yang panas. Maklumlah surau itu tiada dinding cuma terdapat lepau rumah seperti rumah Melayu Melaka lainnya. Malahan pula surau hanya berbumbungkan zing dan tiada kipas, jauh sekali penghawa dingin. Terbayang balik dari kelas agama ini saya akan singgah ke rumah cik Biah untuk membeli ais-cream Malaysia perisa bandung, terasa sejuk menuruni tekak yang kering. 

Ustaz Saleh memang faham situasi begitu, lalu dia menukar pelajaran hari itu kepada bercerita supaya anak-anak muridnya memberikan tumpuan semula. Dalam hati kami semua, dah tahu, ustaz akan bercerita. Girangnya hati saya. 

"Ari ni ustaz nak cerita Nabi Khidir, yae anak-anak" sahut ustaz. Kemudian kami semuanya senyap mengurut leher sendiri dan pinggang yang dari tadi terlentuk membongkok di meja tulis panjang. "Tidur lagi ke atau nak dengau cite" ustaz menyambung kata-kata. "Naakkk..." kata kami semua. "Aa...macam tak nak jee" sahut ustaz. "Naakkk..." dengan nada lebih kuat kerana  semua budak kampung yang datang ke surau telah terjaga dari lena petang itu.

Cerita ustaz  maseh segar dalam ingat saya, kata ustaz:

"Nabi Khidir alaihissalam", kata  ustaz Saleh dan serentak kami semua bersuara, "...alaihissalam". kerana itulah yang selalu ustaz ajarkan agar kami memuliakan para Nabiullah dengan memuji mertabat yang Allah berikan kepada para Nabi.

Kata uataz Nabi khidir masih hidup hingga kini [sehingga kiamat]. Nabi Musa a.s kelebihannya sebagai seorang Nabi yang dapat berkata-kata dengan Allah swt. Perbualan Nabi Musa dengan Allah swt tidaklah sama dengan perbualan kita mahluk. Sambil ustaz menyelitkan pelajaran tauhid, kata ustaz "Allah swt bercakap dengan Nabi Musa bukan macam kita bercakap". Kata ustaz lagi "Sifat wajib bagi Allah swt adalah berkata-kata". 

Menurut ustaz, ketika Bani Israil bertanya kepada Nabi Musa mengenai adakah orang lebih bijaksana dari beliau [Nabi Musa a.s]. Nabi Musa memberitahu bahawa setakat yang dia tidak ada orang yang lebih bijaksana yang Allah swt berikan melainkan pada dirinya. Nabi Musa as telah bertanya pada Allah swt mengenai adakah orang lebih bijaksana dari dirinya.

Lalu Allah swt mengatakan kepada Nabi Musa "Ada. Orang itu yang hatinya bersih dan lurus yang hanya beribadah pada Allah swt". Nabi Musa meminta  kepada Allah swt untuk bertemu dengan Nabi Khidir. 

Allah swt telah memberitahu tempat dengan tanda-tanda di mana boleh menemui Nabi Khidir 'bertapa' iaitu beribadah pada Allah swt. Saya benar-benar ingat kata-kata ustaz Saleh mengenai Nabi Khidir maseh hidup sehingga kini.


Lalu Allah swt mengatakan kepada Nabi Musa "Ada. Orang itu yang hatinya bersih dan lurus yang hanya beribadah pada Allah swt". Nabi Musa meminta  kepada Allah swt untuk bertemu dengan Nabi Khidir. 

Allah swt telah memberitahu tempat dengan tanda-tanda di mana boleh menemui Nabi Khidir 'bertapa' iaitu beribadah pada Allah swt. Saya benar-benar ingat kata-kata ustaz Saleh mengenai Nabi Khidir maseh hidup sehingga kini.

Allah swt memberitahu Nabi Musa as tanda di mana Nabi Khidir berada iaitu "benda yang mati akan bernyawa".



Nabi Musa bersama pembantunya Nabi Yusya bin Nun  menyusuli tepi lautan dengan berjalan kaki  mereka panjang dan amat meletihkan. Mereka berehat di satu batu besar menghilangkan kepenatan. Nabi Musa dan Nabi Yusya keletihan kemudian tertidur. Ketika itu, Yusya terlihat ikan dalam bekas yang mati telah hidup dan melompat menuju ke dalam air laut. Apabila bangun dari tidur Yusya terlupa memberitahu Nabi Musa lalu mereka meneruskan perjalanan. 

Ketika Nabi Musa as meminta bekalan untuk makan, Nabi Yusya teringat ikan bekalan mereka hidup dan melompat dalam lautan. Musa as berkata disitulah tempat yang dialamatkan oleh Allah swt Nabi Khidir as berada.

Di situ adalah pertembungan antara dua penjuru dunia antara Laut Merah dan Lautan Hindi. Kata Nabi Musa, syaitan telah membuatkan mereka lalai dan terlupa.  Menyedari disitulah petandanya, Nabi Musa berpatah balik ketempat mereka berehat tadi. Di situlah tempat yang mereka cari.

Ketika bertemu dengan Nabi Khidir, Nabi Musa dengan rendah diri meminta untuk berguru dengan Nabi Khidir. Namun Nabi Khidir mengatakan "Wahai Musa, engkau tidak mempunyai kesabaran yang tinggi untuk berguru dengan aku". Kata Nabi Musa "Wahai Nabi Khidir, aku akan berusaha bersabar ketika menuntut ilmu dari kamu".

Kata Nabi Khidir AS. “Bolehkah aku mengikutimu agar kau bisa mengajarkanku sebagian ilmu di antara ilmu-ilmu yang kau miliki?” ujar Nabi Musa AS kepada Khidir AS.

Nabi Khidir AS menjawab, “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-samaku”(Surah Al-Kahfi : 67). 

“Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah sebagian dari pada ilmu karunia dari Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak diajarkan kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak kuketahuinya.” 

Nabi Musa berkata, “Insya Allah tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentang tuan dalam sesuatu urusan pun.” (Surah Al-Kahfi : 69). 

Dia (Khidir) selanjutnya mengingatkan, “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.” (Surah Al-Kahfi : 70).

Kata ustaz Saleh lagi, Nabi Musa sebagai Nabi juga Rasul yang telah Allah swt pilih [25 orang Rasul], namun mahu berguru dengan Nabi Khidir.  

Ustaz Saleh terus meminta kami sekelian menyatakan nama 25 orang Rasul, sambil bercerita ustaz mengulang kaji nama-nama Rasul itu iaitu: Kami pun menyebut ramai-ramai nama-nama Rasul iaitu bermula dari Nabi Adam, Idris, Nuh, Hudd, Solleh, Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaakub, Yusuf, Ayob, Syuib, Daud, Yunus, Sulaiman,  Zulkifli, Harun, Musa, Ilyass, Illiassa, Nuh, Zakaria, Yahya, Isa Dan Nabi Muhammad SAW. Hati'ullanbiya'. Ustaz memang bijak. Sehingga kini saya tidak pernah lupan Nama-nama Rasul ini. Untuk mengukuhkan ingatan kita kena selalu mengulang pelajaran dalan bahasa lain kena amalkan.

Nabi Khidir pun mengajak Nabi Musa berjalan dan membertahu Nabi Musa agar tidak bertanya sepanjang perjalanan sehingga diceritakan diakhir pengembaraan mereka. Nabi  Musa setuju.


Nabi Khidir mengajak Nabi Musa Nabi Yusya menaiki perahu penduduk kampung yang nampak kenal dengan Nabi Khidir. Setelah sampai di hujung kuala sungai Nabi Khidir telah merosakkan [bocorkan] sedikit perahu itu. Nabi Musa amat pelik dan tidak setuju dengan perbuatan Nabi Khidir. Nabi Musa bertanya pada Nabi Khidir, mengapa dia merosakkan perahu nelayan itu sedang nelayan itu memberikan mereka menumpang secara percuma pula.

Kata Nabi Khidir "Bukan kah telah aku katakan, engkau tidak akan sabar". Kata Nabi Musa "Wahai Nabi Khidir, berilah aku peluang nescaya aku tidak akan bertanya". Nabi Khidir dikatakan oleh ustaz Soleh telah dikurniakan oleh Allah taala keistimewaan yang tidak ada pada Nabi yang lain.

Mereka meneruskan pengembaraan sehingga mereka melalui di suatu pantai. Di situ terlihat sekumpulan kanak-kanak lelaki sedang bermain-main. Nabi Khidir merapati seorang budak lelaki yang besar badannya lalu dibunuh dengan mematahkan tengkok budak itu. Terkejut dengan perbuatan Nabi Khidir itu, Nabi Musa mempertikaikan perbuatan Nabi Khidir. Kata Nabi Musa  adalah tidak baik bila Nabi Khidir membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa itu. Ustaz Saleh pun bertanya "Nabi Musa apa?". Ketika itu serentak beberapa suara menyebut "Nabi Musa lupa ". 

Ustaz Saleh mengetahui apabila dia bercerita, kami akan senyap dan memberi tumpuan sepenuhnya. Mungkin ketika itu jika jatuh pensil pun akan kami biarkan. Kerana Lantai surau itu adalah papan dan di tepinya ada papan yang jarak yang membolehkan pensel akan jatuh ke tanah di bawah lantai surau. Mendengar ustaz bercerita memukau kami iaitu kanak-kanak yang mengantuk pun menjadi segar-bugar. 

Ustaz terus bercerita, kata ustaz Nabi Khidir berkata Nabi Musa bahawa mereka tidak boleh meneruskan pengembaraannya. Namun setelah dirayu Nabi Musa, Nabi Khidir telah memberi satu sahaja lagi peluang kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berguru dengan Nabi Khidir.

Pengembaraan mereka berterusan sehingga sampai disebuah kampung. Dikampung itu Nabi Khidir telah membetulkan binaan rumah yang tidak siap yang senget tiangnya. Setiap siap membina rumah itu mereka meneruskan perjalanan. Nabi Musa pelik kerana Nabi Khidir membina rumah itu bukan untuk berteduh malah setelah siap mereka meneruskan perjalanan sahaja.

Nabi Khidir pun memberitahu Nabi Musa bahawa Nabi Musa tidak akan sabar dengan meneruskan berguru dengannya. Walaupun Nabi Musa merayu, Nabi Khidir memberitahu Nabi Musa telah tidak mengikut arahan yang telah mereka persetujui bersama.

Kata Nabi Khidir "Wahai Musa setakat ini sahaja Allah swt mentakdirkan engkau dengan aku. Kapal yang aku bocorkan adalah untuk selamatkan  tuan punya kapal yang akan dianiaya sekumpulan penyamun yang meminta ufti pada pemilik kapal yang bagus. Pemilik kapal tak perlu bayar cukai atau dirampas kapalnya. 

Keduanya aku patahkan tengkok kanak-kanak itu kerana apabila budak itu dewasa, dia akan menjadi anak yang jahat. Allah akan kurniakan ibu itu anak lain yang lebih soleh.

Dan ketiga pula, penduduk kampung itu tidak beriman, aku memperbaiki rumah itu kerana dibawah rumah itu ada harta karun yang ditinggalkan untuk anak yatim yang masih kecil. Aku khuwatir penduduk yang jahat akan menjumpai harta itu. Oleh itu aku kukuhkan tiang rumah itu agar  harta itu akan di ambil oleh anak yatim yang akan dewasa nanti".

Kata ustaz Saleh "Bila mahu berguru kena ada sabar, Nabi Musa adalah nabi tapi dalam menuntut ilmu dengan Nabi Khidir, Nabi Musa pun kurang sabar". 

Apabila saya mengikuti kelas talaqi kisah Nabi Musa yang ada di riwayatkan berasas sanad dari kitab 'Sahih Bukhari' dalam bab menuntut ilmu: mengenai perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Khidir mengingatkan saya cerita dari ustaz Saleh itu. 

Pekara yang menarik bila dalam kelas kami, ustaz Adlan bercerita dengan lebih detail. Saya suka bila ustaz memberithu ada seni dan ibrah yang patut kita ambil daripada cerita perjalanan kedua-dua nabi ini.

Semasa Nabi Musa berpatah balik mencari laluan ikan yang hidup atau bernyawa semula itu laluan ikan menjadi beku umpama ada bekas tertinggal untuk Nabi Musa menyusuli menemui Nabi Khidir. Kata ustaz Adhan, apabila kita terlajak atau tertinggal dalam menuntut ilmu kita kenalah berpatah balik mencari jalan yang benar untuk kita mendapatkan ilmu.

Perbualan Nabi Musa dan Nabi khidir dicatatkan oleh salafulsoleh menceritakan Nabi Khidir berkata "Sesungguhnya ilmu Allah swt itu perlu di tuntut dengan sabar, adakah engkau mampu bersabar wahai Musa".

Ketika diatas kapal, mereka terlihat seekor burung yang merah kepalanya dan Nabi Khidir berkata "Wahai Musa, lihatlah burung yang sedang minum air itu. Air di paruh burung itulah lambang ilmu yang kita ada berbanding ilmu yang Allah swt miliki. Burung yang meminum air di lautan ini tidak menjejas sedikit pun air dilautan."

Hadith Rasulullah saw berkata, "Seandainya Musa bersabar, nescaya banyak lagi yang kita perolehi". 
Kunci mendapatkan ilmu adalah SABAR.

Anak kampung Bukit Baru ini, belajar agama di surau. Saya tidak pernah tahu siapakah yang mentadbirkan surau tempat kami belajar agama itu. Yang pasti setiap hari ustaz Saleh satu-satunya ustaz yang mengajar di surau itu, kami panggil kelas agama. Ustaz Saleh juga mengajar orang kampung mengaji iaitu membaca muqadam juga Al Quran. Kelas muslimah pun di adakan oleh ustaz Saleh.

Ustaz Saleh ketika itu saya anggarkan berusia mungkin 40an kerana ustaz telah ada anak remaja. Ustaz Saleh  bukan lah orang lain pada saya, dia adalah suami kepada along Esah. Along Esah adalah kakak sulung kepada emak saya. Ustaz Saleh seorang yang sentiasa kemas penampilannya. Susuk badannya kurus, tinggi, selalu berbaju kemeja lengan panjang dan bertali pinggang. 

Kenderaan yang dimilikinya ketika itu adalah basikal. Rata--rata orang kampung punya basikal dan tidak ramai ada Vespa.

Ustaz selalu bercerita, dizaman dia kecil-kecilnya yang makanan dijual dengan murah. Kata ustaz Saleh "Kacang zaman ustaz kecil baya kamu, satu sen boleh dapat dua poket baju Melayu". Sambil menunjukkan baju melayu lelaki yang dipakainya. Ketika itu semasa saya berumur 10 tahun iaitu sekitar tahun 70an, kacang puteh yang dijual oleh peniaga India boleh dibeli dengan harga 50 sen untuk 200gm.

Kata ustaz lagi "Duit di zaman ustaz setengah sen maseh laku". Ustaz  Saleh menceritakan zaman dia membesar iaitu ketika Jepun menjajah ke Malaya. Kata ustaz,  duit suku sen dan setengah sen maseh wujud. Kami semua melopong bila ustaz cerita pengalamannya semasa kecil sebaya kami malah adakalanya kagum ustaz boleh ingat semasa dia sebaya kami.

Surau tempat kelas agama di Bukit Baru itu didirikan oleh penduduk diatas tanah yang mewakafkan oleh seorang penduduk kampung. Penduduk kampung bersembahyang magrib isyak secara berjemaah di surau malah di surau itu lah anak-anak kampung mendapat pendidikan agama. Di surau itu ada 'beduk' yang digunakan seperti loceng kelas juga dibunyikan ketika mengejutkan sahur di bulan ramadhan. Dalam bulan Ramadhan penduduk kampung akan solat tarawih secara berjemah. 

Surau tempat kelas agama itu berbentuk binaan kayu yang ada ruang solat dan didepannya terdapat sudut kedudukan Imam. Kelas agama itu tidak ada kategori umur. Oleh itu dalam kelas ada berumur antara 9 tahun ke 12 tahun.  Surau itu cuma ada hanya satu ruang sahaja iaitu ruang solat, di ruang solat itulah juga ruang kelas agama yang akan disusun meja-meja panjang dengan bangku panjang yang ada ruang letak pensel dan buku. Meja bangku kelas agama itu  boleh duduk tiga atau empat orang.

Setiap hari selepas balik dari sekolah kebangsaan, saya dan adik akan pergi ke sekolah agama dengan berjalan kaki sahaja di surau kampung. Surau itu terletak dalam 200 meter saja dari rumah saya. Sampai di surau maksud saya di kelas agama itu kebiasaanya tidak ramai lagi yang telah hadir. Saya suka pergi awal kerana boleh pilih meja di depan dan mudah untuk nampak apa yang di tulis oleh ustaz  di papan hitam.

"Weaii jom mandi... " terdengar suara lantang dari luar surau. 

"Boomm!" Ketika itu terdengar bunyi yang kuat dari kolam yang menggambarkan ada budak yang terjun ke dalam kolam. Kolam itu berukuran  4 meter panjang dan 5 meter lebar dan kedalaman 1.5 meter sahaja. Kanak-kanak yang berumur 10 tahun tentulah kolam itu telah memadai besar untuk bermain.

Beberapa kawan-kawan yang tidak selesa dengan keriuhan budak lelaki itu berkata, "Heii, ustaz marah nanti main air kolam." Jerit seseorang dari atas surau.

"Kau tak dengar, ustaz kata air kolam ni bersih dan suci  walau dah guna" kata seorang Mamat yang selalu membuatkan orang lain stress. Dialah ketua budak-budak  yang selalu buat bising kat kelas agama kami. Selalunya mereka mandi kolam itu sekejap sahaja kerana ustaz akan datang sekejap lagi dengan basikalnya.

Saya sangat suka pergi sekolah atau kelas agama ini kerana ustaz Saleh selalu mengakhiri kelas disetiap hari dengan cerita-cerita salafulsoleh dan para Nabi. 

Bila kelas berakhir ustaz akan sebut "Gong istaareeyy".. umpama bermaksud 'Gong telah berbunyi dan masa telah berakhir'. Surau kampung saya mempunyai beduk. Setiap kali sohlat atau ada kematian beduk atau ada juga dipanggil 'gong' akan dipalu. 

Saya maseh ingat, jika kelas menjadi riuh ataupun mengantuk, ustaz Saleh akan mula menukar topik pembelajaran iaitu beliau akan bercerita kisah-kisah Nabi-nabi.  Ustaz Saleh akan mengakhiri kelas dengan menceritakan kisah 25 orang Nabi iaitu dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad saw.

Kenangan Nama-nama 25 Nabi dan Rasul itu menjadi hafalan saya sehingga ketika emak melahirkan adik, saya mencadangkan nama Zulkifli sempena nama Nabi Zulkifli yang terkesan dihati saya. Ustaz selalu mengulangi cerita-cerita Nabi itu tanpa jemu sehingga melekat  diminda saya. Kisah Nabi Khidir yang bertemu dengan Nabi Musa. Kisah Nabi Nuh yang membina kapal di tempat tinggi. 

Kisah Nabi Isa yang menyampaikan wahyu menerusi Kitab Injil juga diberitahu oleh ustaz maseh hidup.

Cerita yang paling saya suka adalah kisah Nabi  Muhammad yang mengembala kambing dan didatangi malaikat Jibril yang membuat pembedahan menyucikan hati baginda Rasulullah saw. Ketika kanak-kanak, malaikat adalah kejadian Allah yang ada power kurniaan Allah swt. Saya dapat ilmu dengan mengandaikan jika saya nak jadi baik hati hendaklah bersih. 

Kata  ustaz Saleh; "Malaikat Jibril, dengan izin Allah telah datang bertemu Nabi Muhammad saw dan membelah dada Nabi, sedangkan tak ada alat untuk nak bedah ketika tu." kagum saya mendengar ustaz Saleh bercerita. Ustaz membuka minda murid-muridnya secara tidak langsung.

"Jibril telah mengeluarkan hati Nabi Muhammad.. dan membersihkannya.. dan diberi Nur cahaya oleh Allah". Terlopong kami semua mendengar ustaz bercerita dengan lenggokkan bahasa ustaz itu.

Kata-kata ustaz Saleh maseh saya ingat, katanya "Orang yang hatinya bersih dia akan menjadi orang yang baik". 

Oleh itu saya memilih kawan-kawan yang sederhana dalam banyak pekara  iaitu kawan yang sederhana pandainya, sederhana cantiknya, sederhana  kayanya. Mengingatkan pesanan kata-kata ustaz Saleh "Orang yang baik orang yang selalu menolong emak bapaknya, yang menyenangkan hati emak bapaknya... selalu sederhana kerana Nabi suka pekara yang sederhana".

Ilmu yang ustaz ajar mudah, pendekatan yang digunakan sangat baik dan mudah difahami. Di surau agama itu ada kolam yang besar melebihi dua kolah iaitu menepati syariat ~ air mutlak membolehkan air yang dijadikan air wudhu'. Semasa sesi belajar bab wudhu' kami semua akan diberitahu secara terus rupa kolam seperti di surau airnya boleh dijadikan wudhu'  terus dari kolam. Kata ustaz Saleh besar dua kolah yang disyariatkan untuk berwudhuk seperti dalam kolam depan surau.

Ustaz Saleh juga sangat menjaga kebersihan. Kami tidak mempunyai jadual untuk membersihkan kelas agama ini tapi setiap hari akan ada sahaja dikalangan kami akan menyapu sampah dan membersihkan papan hitam surau. 

Ustaz pernah berpesan tentang akhir zaman akan datangnya dajal yang akan menyesatkan manusia. Ustaz juga menasehati agar tidak menjadi seperti dajal yang menyuruh manusia ingkar pada Allah ketika menceritakan mengenai yakjud makjud dan dajal. Kata ustaz Saleh lagi "Anak-anak, cuba perhatikan jika ada orang buat pekara jahat, orang akan kata ~ Jahat macam dajal. Jadi jangan sesekali buat kejahatan".

Apabila saya mendengar cerita Nabi-Nabi dan para sahabat, kenangan bagaimana ustaz Saleh menasehati kami lebih terkesan dijiwa saya. 


Semua Allah swt cucuri Rahmat pada ustaz Saleh dan keluarganya. Amin.


No comments:

Post a Comment