PELANCARAN BUKU 'HILANG & JUMPA'
oleh Zabidi Mohamed
Penulis novel : Dr Umi Kalthum Ngah
Tempat : MPH Book Stor,
Midvally Mega Mall, KL.
: 19 sep. 2015
Buku ini merupakan novel pertama terbitan DeenPrints. Kisah dalam novel ini adalah inspirasi dari pengalaman penulis sendiri semasa belajar di UK sekitar tahun 70 an.
Suami saya Zabidi Mohamed telah dijemput untuk melancarkan buku 'Hilang & Jumpa' ini di MPH Midvalley Mega Mall. Menurut kata suami saya, membaca buku ini seperti masuk ke terowong masa seperti yang digambarkan oleh penulisnya semasa belajar di UK.
Ketika ucapan pelancaran novel tersebut Zabidi Mohamed berkata:
-Buku membawa penulis pergi jauh daripada tempat di mana dia berdiri.
-Perlu ada usaha melahirkan lebih banyak lagi karya-karya yang bergenre 'Haraki' untuk dihidangkan pada pembaca sebagai alternatif kepada lambakan novel romantism yang terlalu banyak dipasaran. Karya-karya yang mengfokus kisah 'cintan-cinton' hanya banyak menjual mimpi dan melemahkan jiwa.
Genre Haraki adalah gaya penulisan yang membawa pembaca jauh bergerak ke arah lebih melihat realiti kehidupan, mengambil ibrah darinya dan bertindak sesuai dengan apa yang dituntut oleh islam. Kisah cinta dalam genre haraki jika ada pun hanya dijadikan sebagai sub-plot sahaja.
Dr Umi Kalthum dalam ucapannya memberitahu beliau menulis novel ini dengan mengajak pembaca berfikir secara tidak langsung mengenai apa yang selama ini 'Hilang & Jumpa' dalam diri kita iaitu 'Iman'.
Tahniah Deen Prints.
Tahniah Dr Umi Kalthum.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment