Hari Kekasih.
Pagi-pagi lagi kami minum sarapan bersama. Entah kenapa pagi ini kami borak pasal Vday semalam. Saya beritahu suami semalam saya borak dengan seorang kenalan dan semasa borak saya tanya dia "sambut hari kekasih ke kamu hari ini" Kawan saya gelak besar dan berkata, suaminya ada 2 isteri. Ketika tidak berpoligami lagi saya selalu minta dia sebut 'sayang' pada saya. Peliknya keras betul hati suaminya dan tidak langsung mahu sebut sayang pada si isteri. Tetapi sejak dia beristeri dua dia macam kemaruk pulak sebut sayang. 'Saya sangat pelik' kata kawan saya itu.
Kata suami saya, "Suami kawan tu dah insaf kot baru sedar isteri itu yang dia sayang". Saya pun berkata "Ya ke! bang, macam pelik je lelaki macam tu".
"Sebenarnya bukan nilai 'sayang' yang menyatukan dua jiwa. Tetapi kepercayaan". Walau sebanyak mana sekali ucap sayang dan cinta namun tidak ada rasa 'syukur' dan 'percaya' pada diri serta pasangan.
Memupuk kaseh sayang kena lahir rasa jujur dan memaafkan pada pasangan.
TERIMA KASIH KERANA SAYANG.
No comments:
Post a Comment