Bengkel Penulisan Skrip Zabidi Mohamed.
pada 25 ~ 26 Nov 2017
Bengkel kali ini 5 perserta mengikuti bengkel penulisan skrip. Bengkel ini di kecilkan bilangan perserta kerana lebih mudah memberi tumpuan yang lebih berkesan kepada peserta bengkel. Mereka ni adalah grup 1..
Gambar sepanjang bengkel.
Para peserta telah sempat menyiapkan sinopsis masing- masing.
Muga usaha ini lebih ramai penulis skrip berjaya.
end.
Saturday, 2 December 2017
Sunday, 23 April 2017
JALAN TENGKU ABDUL RAHMAN
"Umi berbuka KFC, ya" Anak-anak mula teruja setelah penat berpusing di jalan TAR membeli baju kurung, tudung juga baju melayu lelaki di bazar ramadhan jalan TAR."okey" kata suami saya. Makanan kegemaran juga telah di beli awal-awal di bazar ramadhan sebab jika makin lewat petang suasana akan sesak di bazar Jalan Tungku Abdul Rahman.
Peristiwa ini sekitar 2002 atau 2003.
Bukan sekadar keselesaan dengan kegembiraan
Melihat suasana merasai Ramadhan
Kami menjalin kaseh kekeluargaan
Cintai mereka dan membahagiakan mereka.
Kami sekeluarga telah menyewa hotel bajet di sekitar Jalan Tengku Abdul Rahman untuk beli baju raya. Telah tiga tahun kami berbuat demikian, menyewa hotel bajet di Jalan TAR untuk membeli baju raya. Siang harinya kami berjalan disepanjang jalan TAR. Malamnya kami akan ke pasaraya Sogo sahaja.
"Tahun ni abang nak belanja hand-beg" kata suami saya.
"ya ke! ...".Saya senyum meleret kegembiraan.
"Nanti kak Long nak teman umi beli hand-beg". Anak sulung saya yang rajin menemani saya shooping.
"Nak ikut jugak" sahut anak saya yang lainnya.
"Nak ikut jugak" sahut yang lain pula.
"Semua pergi, tambah seorang sepasang baju lagi untuk raya ni" Beritahu suami saya."

"Wahh bestnya" "Tapi yang nak cari seluar di Sogo boleh tambah juga ke?". sahut anak yang lainnya.
Al maklumlah anak ramai. Ketika itu kami di anugerahkan sembilan orang.
"Boleh, tambah sepasang je tau" sahut suami saya.
"Yehh!!" anak-anak bersorak.
Spontan suami saya mengingatkan pada kami anak-beranak, "Sebut Alhamdulillah" semua gelak, dan menyebut "Alhamdulillah " serentak.

Hargai anak-anak muga kita dikasehi mereka.
Setelah membeli barangan anak-anak saya maseh memilih hand-beg yang sesuai dan dalam barjet keluarga. Pernah juga suami tanya mengenai Hand-beg berjenama terkenal yang harganya juga mahal. Tapi saya pilih yang sederhana sahaja sebab banyak lagi yang harus diutamakan dalam kehidupan kita.
Berbelajalah mengikut keperluan
berusahalah mengawal diri
berbelanja dengan kemampuan.
Anak-anak yang kecil mengekori suami saya pulang ke hotel. Saya maseh shooping lagi sebab masa shooping dilanjutkan sehingga lewat sedikit. Sedang asyek memilih handbeg saya menerima panggilan telephone dari abang.
"Barang hilang!" suara abang nampak cemas. Saya terkejut. Saya masih dengar suami berkata "Balik sekarang barang hilang!".
Oleh kerana agak kurang jelas dengan gangguan suar-suara promosi jualan murah, saya keluar dari bahagian jualan handbeg ke kawasan agak tenang sikit.
"Banyak ke atau semua barang hilang!?" kata saya kepada suami. Saya ketika itu bayangkan bilik hotel saya mungkin telah di masuki pencuri.
"Bukan Ara hilang!!" kedengaran kata suami yang sedikit kuat. saya terdiam.
"Ara Hilang!!" saya ulangi kata-kata suami saya. Ketika itu belum lagi mendengar jawapan "Ya" dari suami, berderau darah saya. NNafas saya seter-merta berhenti. Jiwa saya melayang jauh, jauh, jauh entah kemana.
"Ya, cepat datang sini!" kata abang, seperti seorang Jenderal mengarahkan pasukannya bergerak. Namun jika itu bukan arahan pun saya akan bergerak menuju kesasaran.
Semangat saya hilang ketika itu. Saya rasa dunia saya kosong seketika. Kosong sekosong-kosongnya.
"Astgfirrullah ya Allah Ya Allah Ya Allah" hati saya amat gusar yang tidak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya ketika itu.
Saya terus melepaskan hand-beg di tangan yang belum dibayar dan keluar dari pusat membeli-belah Sogo.

"ALLAH sahaja yang mampu menyelamatkan."
Sampai di depan peniaga barangan tepi jalan itu suami saya sedang berdiri bersama 3 orang anak. Warna-warni malam dan keriuhan peniaga tidak terasa sedikitpun kemeriahannya.
"Kat mana ara hilang?" tanya saya.
Menurut cerita suami yang bersama-sama anak-anak, dia membelikan ais-cream untuk anak-anak ketika itu. Berhampiran dengan tempat mereka berdiri ada promosi jualan belon-belon dan mainan kanak-kanak. Setelah masing-masing dapt ice-cream mereka lihat peniaga menjual belon dan barangan lainnya di sekitar mereka berdiri.
"Anak-anak tak bergerak pun dari sini, tapi bila abang pusing kat semua, abang lihat Ara tak ada" kata suami saya. Semua kata tak tahu mana Ara sebab masing-masing sedang seronok lihat belon bueh sabun yang berterangan di udara tu.
"Abang dah cari merata tapi tak ada" kata abang.
Fikiran saya tidak dapat fokus untuk memikirkan apa yang patut saya lakukan. Malam yang gelap terasa semakin gelap. Hiruk pikuk peniaga menjual ais-cream dan belon tenggelam, tanpa suara dan seperti bisu. Kaki saya seperti tidak jejak di bumi. Di dalam hati berkecamuk, bermacam-macam kejadian ngeri akan menimpa seorang kanak-kanak 3 tahun, berwajah lembut puteh duduk sendirian tepi banggunan tanpa penjaga.
"Ahhhhhhh!!"
"Ya Allah selamatkanlah anak aku?". Deraian air mata saya mencurah tanpa tangisan dan esakan yang kedengaran. Saya cuba beristighafar menenangkan perasaan. Sesekali saya kalah dan merintih
"Ya Allah kenapa anak aku yang hilang? aku mohon lindungi anak aku ya Allah" sesekali juga datang gambaran jahat yang tidak dapat saya gambarkan. Cuma satu sahaja ada dalam fikiran saya.

"Allah ya Allah selamatkan anak aku yang masih kecil dan tidak berdaya ".
"Ya Allah ampunilah dosa ku dan suami ku"
"Ya Allah lindungilah anak ku dari segala malapetaka"
"Ya Allah lindungilah anak ku selamatkanlah dia "
"Ya Allah pertemukan lah semula anak ku dengan kami, nescaya aku akan menjaganya sebaik mungkin amanah Mu" saya tidak henti-henti merintih pada Allah swt benar-benar saya rasa ingini untuk di kasehani Nya.
Entahlah tidak tahu berapa banyak saya berdoa merintih mengharap kaseh ALLAH dan PERTOLONGAN ALLAH ketika itu. Saya benar-benar merasakan saya dan suami tidak dapat dan mampu berbuat apapun selain PERTOLONGAN YANG MAHA ESA.
kurniaan Allah Maha Hebat
dan tiada tolok bandingnya.
Ya ALLAH aku tidak berdaya.
Menurut cerita suami yang bersama-sama anak-anak, dia membelikan ais-cream untuk anak-anak ketika itu. Berhampiran dengan tempat mereka berdiri ada promosi jualan belon-belon dan mainan kanak-kanak.
Saya melihat arah penjual belon. detik hati saya "Tak mungkin Ara ke situ" dan saya menoleh kearah mainan kanak-kanak. Hati saya juga berkata "Anak-anak suka mainan dan biasanya kami akan ke kedai mainan untuk mainan" saya perhatikan Ara memang tidak ada di situ.Namun saya tetap juga pergi meninjau samada Ara ada di situ.
"Tiada" detik hati saya. Berderau darah saya bila suami saya kata dah pusing banyak kali tetapi Ara tak ada.
Saya memasuki celah-celah deretan van penjual di tepi jalan berdepan dengan Jalan Tengku Abdul Rahman itu. Jalan raya sedikit lengang dari kenderaan lain, maklumlah hari dah lewat malam. Seingat saya ketika itu hampir 12.00 pagi atau 1.00 pagi.

Entah berapa kali saya berpusing-pusing di sekitar gerai itu sahaja sehingga di kawasan jalan raya yang telah lengang malam itu.
"Ara, Ara Ara mana Ara" saya memanggil namanya berkali-kali.
Entah berapa kali saya meninjau belakang ven puteh untuk memastikan anak saya ada di situ. Di hati saya tidak henti-henti merintih mengharap belas dari ALLAH taala.
Berkali-kali saya berpusing di sekitar situ sahaja kerana saya yakin anak saya tidak jauh dari situ. Saya dah tak fikirkan apa-apa pun ketika itu. Saya memohon Allah taala menjaga memelihara anak saya,

Walaupun ketika itu telah banyak kejadian yang dilapurkan melalui surat khabar majalah dan tv yang menggerunkan kita ibubapa. Saya mengharap menyakinkan diri untuk mengharap dan terus mengharap pada Allah swt. Saya berserah pada NYA.
Tiba-tiba saya dengar panggilan, "UMI".
Saya menoleh kearah suara yang memanggil saya. "Ara?" saya memelokkya. Air mata saya mengalir dengan lebih deras lagi. Saya mendukungnya walaupun ketika itu saya rasa dialah anak yang paling kecil yang wajib saya dukung dan peluk.
Saya mencium Ara dengan deraian air mata kesyukuran. Saya amat merasakan Dia telah mengabulkan doa dan harapan menggung saya.
MASYAKALLAH SUBAHANALLAH. Tidak dapat saya gambarkan betapa KEKUASAAN ITU MILIK NYA. Saya memeluk Ara dengan juraian air mata. Saya benar-benar kalah dalam sebuah usaha, betapa Allah mendengar menyayangi dan memberi pertolongan, memperlihatkan kasehani Nya pada kita sebagai ibubapa yang memegang amanah.

"Ara pergi mana" tanya saya dengan sedu-sedan dan memeluk Ara. Ara ketika itu sedang menjilat ais-cream begitu comel dan seperti tidak tahu apa yang sedang berlaku.
"Ara duduk kat sini je".Saya terus mendukung ara, membawanya kepada adik beradiknya yang sedang duduk menunggu kami.

Kesyukuran yang tidak Terucap
Kehebatan Kebesaran Kekuasaan NYA
SUBAHANALLAH.
Terasa Kami di Kasehi NYA.
Dalam rasa kesyukuran itu terlintas di fikiran saya,.Bagaimanlah saya begitu cuai tidak menjaga sepenuhnya perhatian ketika itu. Sejak peristiwa itu kami tidak lagi membawa anak-anak kecil membeli keperluan mereka di pasaraya yang ramai atau sesak. Peristiwa ini juga mengajar kami tidak lagi membawa anak-anak kecil pergi shooping malam. Aktiviti membeli keperluan cuma di buat siang hari dan malam kami cuma santai-santai melihat suasana minggu terakhir ramadhan juga hari-hari terakhir membeli keperluan raya di bandar Kuala Lumpur.
Sekarang anak-anak telah dewasa. Mereka membeli pakaian sendiri juga ditemani kakak-kakaknya.
Butik-butik juga gerai-gerai pakaian sekarang dah merata-rata. Memang mudah tidak pada lima belas tahun yang lalu. Kenangan berbual dengan beberapa pengunjung dari Kedah, Kelantan malah juga ada dari Singapura datang membeli kepeluan keperluan raya di Jalan Tengku Abdul Rahman memang menarik.
END.
END.
Jamuan Perpisahan di GAPENA
Majlis Perpisahan Puan Lily Siti Multatuliana
Pada 21 April 2017, Biro Wanita GAPENA telah menganiurkan jamuan perpisahan Puan Lily Siti Multatuliana SultanIskandar di Rumah GAPENA.
Majlis di hadiri oleh Presidant GAPENA Datuk Zainal Abidin Borhan dan timbalannya Puan Dr Hayatie Ab Rahman. Turut adir juga semua AJK dan ahli wanita GAPENA termasuk Dr Zainun Ismail.
Saya yang terlalu muda dalam penglibatan sebagai penulis baru Wanita GAPENA sangat bersyukur.
Turut hadir juga Ketua Biro Wanita Dr Saleeh Rahamad.
Terimakasih mereka yang berusaha menjayakan majlis perpisahan ini terutama kak Norazimah Abu Bakar.
Semuga penglibatan saya ini akan menjadikan saya lebih bersemangat untuk berkarya. Kata Dr Zainun, "Teruslah menulis agar kita menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik".
Sekitar gambar majlis.:
END

Friday, 14 April 2017
DI KASIHi SEPENUHNYA.
KISAH
Jam 7.30 pagi saya bercadang merendam baju untuk dicuci. Ketika itu saya tiada lagi mesen basuh baju. Dan saya bergegas ke bilik air kerana terasa perut mengulas. Saya lihat ada sedikit darah bersama lendir jernih. Pesan doktor bila ada rasa sakit baru ke klinik bersalin. Ketika itu tiada rasa sakit sepertimana yang diberitahu doktor iaitu 'sakit yang berulang-ulang'. Oleh kerana anak pertama saya ambil keputusan ke klinik sahaja sebagai pengesahan sekiranya itu adalah tanda mahu melahirkan.
Semasa di klinik, doktor membuat pemeriksaan bahagian 'bawah' dan memberitahu saya boleh daftar masuk wad. Jururawat bertugas beritahu, doktor jangkakan saya mungkin bersalin pada malamnya.
Setelah itu Jururawat membawa sarapan pagi dan mahu membuat pemeriksaan BP dan pemeriksaan pergerakkan bayi dalam kandungan. Secara tidak di duga saya merasakan air turun dengan banyak tanpa dapat dikawal. "Air mentuban?" detik hati saya.
Jururawat yang berada berhampiran saya terkejut dan memanggil doktor. Saya selamat melahirkan bayi di atas katil klinik bersalin itu tanpa sempat dibawa ke bilik bersalin. Jam menunjukkan !0.30 pagi.
Selepas bersalin saya berpantang di Melaka.
Oleh kerana anak saya cucu sulung kepada kedua-dua keluarga, saya berpantang di kedua-dua rumah. Rumah mak saya di Bukit Baru dan rumah mak mertua di Sungai Udang. Jarak perjalanan lebih kurang 40 minit. Semasa berpantang saya bergilir-gilir seminggu rumah mertua dan seminggu rumah emak sendiri sehinnga selesai 44 hari.
Menu rumah emak-abah, setiap hari saya diminta makan telur separuh masak.
"Telur ayam kampung ni abah mak dah pesan sedara kat paya rumput untuk makan dalam pantang ni. ..bagus untuk pulihkan tenaga". Setiap pagi mak akan bakar tunku untuk saya. Setiap pagi bila sedar baby mesti tak ada di tempat tidurnya. Emak abah sangat gembira menerima 'orang baru' dalam keluarga kami. Alhamdulillah.
Di rumah emak Bukit Baru, saya diurut oleh bidan kampung yang telah emak tempah sebelum saya bersalin. Di Bukit Baru juga ada bidan yang datang mengurut saya dan emak tempahnya untuk mandikan bayi selama seminggu kerana emak tidak punya keyakinan mandikan bayi.
Kata emak saya dia tidak mandikan bayinya dalam pantang kerana ibunya iaitu nenek saya akan menjaga cucunya, iaitu kami adik-beradik sepanjang dalam tempoh berpantang. Dan saya ambil inisiatif sendiri beranikan diri belajar mandikan bayi saya sendiri. Mantalahan pula emak sendiri kurang sehat.
Cara dan gaya berpantang di setiap individu dalam keluarga selalunya sedikit berbeza. Oleh kerana saya orang Melaka maka kami tidak banyak beza antara dua keluarga. Berpantang dengan memenuhi dua kegembiraan keluarga adalah nekmat yang sangat berharga kepada saya.
Alhamdulillah. terima kasih emak abah yang memberi saya kasih sayang melebihi anak sendiri. Kata-kata abah yang masih segar dalam ingatan semasa saya baru diijabkabulkan. Kata abah "Abah anggap kau macam anak abah". Walhal saya baru sahaja menjadi sebahagian dari keluarga mereka.

Wednesday, 12 April 2017
Kisah diri disayangi
KISAH 1 : COLEK
Suatu hari abang bawa balik buah durian. baunya semerbak menusuk hidung. Abang bawa pulang juga sebungkus colek. Setelah coleh dihidang dalam pinggan, abang mengupas durian. Katanya orang mengandung tidak boleh makan durian sebab panas. Saya diam sahaja.
Setiap hari ada sahaja yang akan diberitahu, jangan makan itu dan jangan makan ini. Pendek kata jangan makan sebarangan, "Makanan yang mudaratkan bayi jangan makan ya. terutamanya nanas." kata suami saya.
Abang pulang ke rumah dengan senyuman manis membawa colek iaitu jeruk dan buahan yang dipotong yang dimakan bersama sos 5 rasa. Rasa masam manis masin, lemak dan pedas. Mangga, jambu air, jambu batu, jeruk pala, jeruk anggur, jeruk cermai dan hirisan sengkuang juga timun. Saya pasti jika abang bawa balik colek, bermakna dia baru balik dari Kota Bahru. makan yang banyak dijual di Kota Bharu Kelantan.
Suatu hari abang bawa balik buah durian. baunya semerbak menusuk hidung. Abang bawa pulang juga sebungkus colek. Setelah coleh dihidang dalam pinggan, abang mengupas durian. Katanya orang mengandung tidak boleh makan durian sebab panas. Saya diam sahaja.
Setiap hari ada sahaja yang akan diberitahu, jangan makan itu dan jangan makan ini. Pendek kata jangan makan sebarangan, "Makanan yang mudaratkan bayi jangan makan ya. terutamanya nanas." kata suami saya.
"Apa? Tak boleh makan nanas?" saya terkejut bila diberitahu oleh suami saya. "Ya" katanya ringkas.
"Lagi tak boleh minum air tebu. Kawan abang isterinya keguguran selepas minum air tebu" kata suami seperti memberi amaran pula. Saya menkerutkan dahi. Air tebu kesukaan saya. "Susah rupanya bila mengandung" fikir saya. "berpantang lagilah banyak yang tak boleh makan".
"Abang semalam saya makan nanas masa kat Tanah Merah." saya mengingatkan suami ketika kami di hidang masak lemak nanas yang enak semalam. Suami saya terkejut sampai durian ditangannya terberhenti ketika sedang makan. Suami diam seketika dan sambung semula makan durian.
"Macaman ni?" tanya saya. "Doa aje lah, harap-harap tak jadi apa-apa pada baby kita" katanya sambil terus makan buah durian. Saya telan air liur sahaja.
"Begitu pulak. relaksnya dia" hati saya sedikit membungkam.

Esok paginya sebelum ke pejabat dia sempat bisik kat telinga saya."Madu ayang... jangan makan madu dengan tembikai tau". Saya yang tak dengar dengan betul dan tidak jelas, terkejut bila dengar perkataan MADU.
"Apa madu?" agak tinggi sedikit suara saya.
Suami yang baru sahaja menyuapkan madu dimulutnya tersedak.
"Ahghaak haakk..."
"Madu, saya ada madu! Abang ada isteri lain ke?"
Ketika itu suami saya ketawa terbahak-bahak. Menyakitkan hati betul bila saya lihat muka dia.
"Dah, dah abang nak pergi kerja" selamba sahaja suami saya. Saya ekorinya sambil mengiringinya di muka pintu.
Saya pun tarik muka masam, sambil menghulurkan 'bush beg' dan 'coat' hakimnya. Hati saya masih membungkam. Adakah suami saya main-main atau saya telah ditipu kerana menjadi isteri keduanya.
"Betul ke apa yang saya dengar tadi?" saya bersuara dengan serious.
"Madu ke?" balas suami senyum.
"Abang kata jangan makan madu dengan tembikai sebab dua makanan itu akan jadi racun" balas suami bersahaja. Saya mula senyum semula.
"Abang sayang isteri abang ni. Abang tak mahu hidup dengan perempuan lain tau" sambil menghadiah ciuman di pipi saya. Saya rasa malu bila suami saya buat begitu.
END
KISAH 2: SUBANG AIRPORT
Sejam kami berbual dengan emak dan abah. Melalui telepon emak beritahu nak datang Kelantan. Abang beritahu tidak perlu datang sebab minggu depan kami akan balik Melaka. Kebetulan abang ada musyuarat di Kuala Lumpur. Mereka sangat gembira bila mendapat berita saya mengandung.
"Nanti tak payah beli barang baby, biar mak dan abah belikan." kata emak dengan suara yang ceria dari ganggang telepon. Ketika itu handpon masih tidak dicipta lagi. Saya yang duduk sebelah suami, memaut bahu suami dan sangat gembira. Jika ada di depan emak-abah mungkin tidak buat begitu. Malu. Perbualan telepon diakhiri dengan pesanan, jaga kesihatan dan tinggal berjauhan harus pandai jaga diri.
"Tak apa ke, mak belikan barang baby" tanya abang pada saya. "Lagi senang tak yah penat-penat nak pilih. lagi pun macam tak tahu nak beli apa" kata saya.
"Biasanya orang pompuan kan rajin pilih barang baby, takut kecik hati pulak" balas suami.
"Okey je bang. Kan saya nak balik berpantang rumah mak nanti... nak bawak dari Kelantan ke Melaka leceh mengangkut" kata saya.
Sampai di pintu rumah emak dah sambut kami dengan masak lemak cili padi dan sambal belacan , jering dan ulaman dari kebun abah. Ikan masin juga selalu ada bersama sambal belacan yang wajib ada dalam menghidang. Abang pandang pada saya. Saya tahu dia nak saya belajar buat sambal belacan. Saya hanya senyum.
Malam itu abah cerita macam-macam, dari zaman abang zaman kecil sehingga kebun tanamannya. Emak menunjukkan barangan bayi yang dibelinya, sedang kandungan saya baru masuk 4 bulan. Alkisahnya emak abah telah beli sehingga satu bakul seolah-olah nak sambut bayi kembar. Terkejut kami melihat banyaknya barangan bayi. Adik ipar memberitahu emak abah beli lebih biar bayi boleh pakai sampai setahun.
Pulang ke Kelantan telah menempah kapalterbang kerana suami akan mula berkerja esok hari. Abah-emak tidak hantar ke lapangan terbang di Subang ketika itu. Kami naik teksi dari Melaka ke Subang. Oleh kerana kandungan belum 6 bulan, segalanya berjalan lancar. Cuaca sedikit mendung ketika itu. sepanjang dalam pesawat abang asyek menoleh pada saya. Sebenarnay itulah kali pertama saya menaiki kapal terbang. Berdebar-debar. Saya duduk bersebelahan sahaja dengan abang, entah apa yang dia fikirkan cuma dalam banyak perkara yang penakut. Mungkin berlebian perhatian atau abang sentiasa memastikan saya selesa.
Sebelum menaiki pesawat, hujan renyai-renyai. Abang sangat suka duduk di tepi tingkap ketika menaiki kapalterbang, katanya nak melihat pemandangan atas awan. Ketika kapal terbang meluncur membelah awan, sedikit dengung dirasai ditelinga. Saya lihat abang asyek melihat pemandangan melalui tingkap. Kelihatan kepulan awan bersama sinar mega merah dihujung waktu. Sebentar lagi tabir siang ditutup dan tabir malam akan menjelma.
Abang mengeggam jari-jemari saya. Teringat pertama kali kami menaiki kereta berdua selepas diijabkabulkan. Sambil memandu dia memegang tangan saya, tanpa ada sepatah pun suara cuma sesekali dia memandang saya dengan senyuman. Tidak dapat saya bayangakan debaran dada saya ketika itu. Terasa seluruh dunia saya disedut masuk didalam dunia dia.
"Kapalterbang lebih selamat dari memandu kereta" kata abang bila saya kata saya cuak nak naik kapal terbang. Kata abang lagi "Sekarang ni musim hujan, jalan dari KL ke Kelantan mungkin terlibat dengan banjir kilat". Bekas hidangan ringan telah dikutip oleh paramugari. Oleh kerana penerbangan Subang ke Kota Bharu hanya 45 minit saya tidak membawa apa-apa bacaan.
Dengan tiba-tiba satu hentakkan kuat berbunyi dan serta-merta lampu kapalterbanng dipadamkan. Secara spontan saya memaut lengan suami saya. Sebelah lagi tangannya memeluk saya. Tiada suara antara kami. dada saya berdebar-debar. Ketika itu terdegar jeritan "Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahuakbar". Jeritan itu beriringan dengan bunyi suara membaca ayat kursi. Saya juga terdengar ada yang membaca surah Yassin. Setiap kali hentakkan terpacul di mulut saya "Ya Allah", manakala suara-suara menyebut "Allah. Allah Allah..." sangat jelas. Gegaran kapalterbang sesekali melambung seseolah sedang melalui lorong yang ada halangan.
Kami saling berpegangan tangan. Hati saya terus berdoa "Andainya Engkau mahu ambil nyawa kami, aku rela kerana aku mahu mati bersama suami ku". Suasana ini lebih kurang 15 minit.
"Tingg! toong!" bunyi isyarat makluman paramugari akan kedengaran. Ketua paramugari memaklumkan, kapalterbang telah termasuk zon gumpalan awan hitam pekat menyebabkan gegaran selama 15 minit. Juruterbang memaklumkan kapalterbang sebentar tadi tidak boleh mendarat lagi disebabkan isyarat mendarat tidak dapat dihantar. Penumpang diminta mengekalkan talipinggang keselamatan untuk mendarat di lapangan terbang Sultan Muhammad, Kota Bharu.
Sampai di Lapangan terbang di Pengkalan Chepa kami di sambut oleh kawan abang yang masih bujang kerana hari sudah lewat malam.
Kata orang rezeki mengandung dan melahirkan adalah limpahan Rahmat Nya dan kasih sayang daripada Tuhan. Saya tiada alahan yang teruk, sekadar letih sahaja. Kerja yang sedikit berat akan membuatkan saya turun sedikit darah. Oleh itu doktor menyarankan saya selalu berehat sepanjang mengandung. Jika berjalan jauh seperti ke Gua Musang atau Kuala Krai, saya akan rendahkan penyandar kerusi kereta agar dapat saya rehatkan pinggang. Mengandung anak pertama saya rasa sangat selesa dan gembira.
Orang lelaki memang tak pandai pujuk isteri, tapi saya tidak ada masalah pujuk hati sendiri. Pernah saya tulis surat berjela-jela, suami balik rumah beri ciuman sahaja pada saya.
Kata kawan saya, "Orang berjuang tak ada masa layan isteri merajuk." katanya lagi " Rugi merajuk, orang berjuang tidak akan pujuk isteri yang kuat merajuk." Mungkin betul, tetapi bila hati saya tersentuh, saya tidak mengharap sesiapa pun pujuk saya. Hakikatnya itulah cara saya nak memberitahu suami, saya tidak suka apa yang dia sedang lakukan.
Orang lelaki tidak peka. Tapi lebih baik berfikir seperti dalam quran menyatakan lelaki mempunyai 1 nafsu 9 akal manakala perempuan 1 akal 9 nafsu.

end
Monday, 10 April 2017
BENGKEL ANEKDOT ZABIDI MOHAMED
BENGKEL ANEKDOT
oleh: Zabidi Mohamed
pada: 1 & 2 april 2017
tempat: Perbandanan Kota Buku
Anekdot adalah cerita pendek yang benar yang berlaku secara spontan dan santai yang lucu juga boleh memberi pengajaran yang baik.
1. Anekdot kisah lucu yang pendek &
2. Anekdot kisah lucu yang panjang,
penulisan gaya anekdot boleh;
* menghiburkan
* memberi kenangan kepada seseorang
* menjalinkan kemesraan sesama rakan atu kenalan
* menghilangkan stress dengan mengujudkan suasana gembira.
Peserta disarankan:
1) Mengarang atau menulis cerita pendek paling lucu untuk di kongsi.
2) Menggunakan kreativiti penulisan untuk memberitahu pembaca merasai situasi pencerita.
3) Tambahkan sedikit suntikkan mencantikkan cerita.
4) Anekdot akan membantu kenangan.
5) Bagaimana mahu memulakan cerita dengan baik.
6) Masukkan elemant yang suspence
Juga banyak lagi perkara yang perlu di ambil perhatian agar anekdot bukan sahaja hanya sekadar cerita namun kisah Anekdot dapat memberi inspirasi.
GAMBAR:
peserta bengkel Anekdot.
Gambar-gambar semasa bengkel anekdot :
Hasil dari Bengkel Anekdot ini para peserta akan menghantar 8 anekdot untuk dimuatkan dalan antelogi Anekdot : Kera Lupa Password.
muga ianya memberi banyak manafaat untuk semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)