KISAH
Jam 7.30 pagi saya bercadang merendam baju untuk dicuci. Ketika itu saya tiada lagi mesen basuh baju. Dan saya bergegas ke bilik air kerana terasa perut mengulas. Saya lihat ada sedikit darah bersama lendir jernih. Pesan doktor bila ada rasa sakit baru ke klinik bersalin. Ketika itu tiada rasa sakit sepertimana yang diberitahu doktor iaitu 'sakit yang berulang-ulang'. Oleh kerana anak pertama saya ambil keputusan ke klinik sahaja sebagai pengesahan sekiranya itu adalah tanda mahu melahirkan.
Semasa di klinik, doktor membuat pemeriksaan bahagian 'bawah' dan memberitahu saya boleh daftar masuk wad. Jururawat bertugas beritahu, doktor jangkakan saya mungkin bersalin pada malamnya.
Setelah itu Jururawat membawa sarapan pagi dan mahu membuat pemeriksaan BP dan pemeriksaan pergerakkan bayi dalam kandungan. Secara tidak di duga saya merasakan air turun dengan banyak tanpa dapat dikawal. "Air mentuban?" detik hati saya.
Jururawat yang berada berhampiran saya terkejut dan memanggil doktor. Saya selamat melahirkan bayi di atas katil klinik bersalin itu tanpa sempat dibawa ke bilik bersalin. Jam menunjukkan !0.30 pagi.
Selepas bersalin saya berpantang di Melaka.
Oleh kerana anak saya cucu sulung kepada kedua-dua keluarga, saya berpantang di kedua-dua rumah. Rumah mak saya di Bukit Baru dan rumah mak mertua di Sungai Udang. Jarak perjalanan lebih kurang 40 minit. Semasa berpantang saya bergilir-gilir seminggu rumah mertua dan seminggu rumah emak sendiri sehinnga selesai 44 hari.
Menu rumah emak-abah, setiap hari saya diminta makan telur separuh masak.
"Telur ayam kampung ni abah mak dah pesan sedara kat paya rumput untuk makan dalam pantang ni. ..bagus untuk pulihkan tenaga". Setiap pagi mak akan bakar tunku untuk saya. Setiap pagi bila sedar baby mesti tak ada di tempat tidurnya. Emak abah sangat gembira menerima 'orang baru' dalam keluarga kami. Alhamdulillah.
Di rumah emak Bukit Baru, saya diurut oleh bidan kampung yang telah emak tempah sebelum saya bersalin. Di Bukit Baru juga ada bidan yang datang mengurut saya dan emak tempahnya untuk mandikan bayi selama seminggu kerana emak tidak punya keyakinan mandikan bayi.
Kata emak saya dia tidak mandikan bayinya dalam pantang kerana ibunya iaitu nenek saya akan menjaga cucunya, iaitu kami adik-beradik sepanjang dalam tempoh berpantang. Dan saya ambil inisiatif sendiri beranikan diri belajar mandikan bayi saya sendiri. Mantalahan pula emak sendiri kurang sehat.
Cara dan gaya berpantang di setiap individu dalam keluarga selalunya sedikit berbeza. Oleh kerana saya orang Melaka maka kami tidak banyak beza antara dua keluarga. Berpantang dengan memenuhi dua kegembiraan keluarga adalah nekmat yang sangat berharga kepada saya.
Alhamdulillah. terima kasih emak abah yang memberi saya kasih sayang melebihi anak sendiri. Kata-kata abah yang masih segar dalam ingatan semasa saya baru diijabkabulkan. Kata abah "Abah anggap kau macam anak abah". Walhal saya baru sahaja menjadi sebahagian dari keluarga mereka.
Alhamdulillah. terima kasih emak abah yang memberi saya kasih sayang melebihi anak sendiri. Kata-kata abah yang masih segar dalam ingatan semasa saya baru diijabkabulkan. Kata abah "Abah anggap kau macam anak abah". Walhal saya baru sahaja menjadi sebahagian dari keluarga mereka.
No comments:
Post a Comment