Wednesday, 12 April 2017

Kisah diri disayangi

KISAH 1 : COLEK

Abang pulang ke rumah dengan senyuman manis membawa colek iaitu jeruk dan buahan yang dipotong yang dimakan bersama sos 5 rasa. Rasa masam manis masin, lemak dan pedas. Mangga, jambu air, jambu batu, jeruk pala, jeruk anggur, jeruk cermai dan hirisan sengkuang juga timun. Saya pasti jika abang bawa balik colek, bermakna dia baru balik dari Kota Bahru.  makan yang banyak dijual di Kota Bharu Kelantan. 

Suatu hari abang bawa balik buah durian. baunya semerbak menusuk hidung. Abang bawa pulang juga sebungkus colek. Setelah coleh dihidang dalam pinggan, abang mengupas durian. Katanya orang mengandung tidak boleh makan durian sebab panas. Saya diam sahaja.   

Setiap hari ada sahaja yang akan diberitahu, jangan makan itu dan jangan makan ini. Pendek kata jangan makan sebarangan, "Makanan yang mudaratkan bayi jangan makan ya. terutamanya nanas." kata suami saya. 

"Apa? Tak boleh makan nanas?" saya terkejut bila diberitahu oleh suami saya. "Ya" katanya ringkas.
"Lagi tak boleh minum air tebu. Kawan abang isterinya keguguran selepas minum air tebu" kata suami seperti memberi amaran pula. Saya menkerutkan dahi. Air tebu kesukaan saya. "Susah rupanya bila mengandung" fikir saya. "berpantang lagilah banyak yang tak boleh makan". 

"Abang semalam saya makan nanas masa kat Tanah Merah." saya mengingatkan suami ketika kami di hidang masak lemak nanas yang enak semalam. Suami saya terkejut sampai durian ditangannya terberhenti ketika sedang makan. Suami diam seketika dan sambung semula makan durian.

"Macaman ni?" tanya saya. "Doa aje lah, harap-harap tak jadi apa-apa pada baby kita" katanya sambil terus makan buah durian. Saya telan air liur sahaja. 

"Begitu pulak. relaksnya dia" hati saya sedikit membungkam. 

Esok paginya sebelum ke pejabat dia sempat bisik kat telinga saya."Madu ayang... jangan makan madu dengan tembikai tau". Saya yang tak dengar dengan betul dan tidak jelas, terkejut bila dengar perkataan MADU. 
"Apa madu?" agak tinggi sedikit suara saya. 

Suami yang baru sahaja menyuapkan madu dimulutnya tersedak. 
"Ahghaak haakk..." 
"Madu, saya ada madu! Abang ada isteri lain ke?"
Ketika itu suami saya ketawa terbahak-bahak. Menyakitkan hati betul bila saya lihat muka dia.

"Dah, dah abang nak pergi kerja" selamba  sahaja suami saya. Saya ekorinya sambil mengiringinya di muka pintu. 

Saya pun tarik muka masam, sambil menghulurkan 'bush beg' dan 'coat' hakimnya. Hati saya masih membungkam. Adakah suami saya main-main atau saya telah ditipu kerana menjadi isteri keduanya.

"Betul ke apa yang saya dengar tadi?" saya bersuara dengan serious.

"Madu ke?" balas suami senyum.
"Abang kata jangan makan madu dengan tembikai sebab dua makanan itu akan jadi racun" balas suami bersahaja. Saya mula senyum semula.

"Abang sayang isteri abang ni. Abang tak mahu hidup dengan perempuan lain tau" sambil menghadiah ciuman di pipi saya. Saya rasa malu bila suami saya buat begitu. 


END





KISAH 2:  SUBANG AIRPORT


Sejam kami berbual dengan emak dan abah. Melalui telepon emak beritahu nak datang Kelantan. Abang beritahu tidak perlu datang sebab minggu depan kami akan balik Melaka. Kebetulan abang ada musyuarat di Kuala Lumpur. Mereka sangat gembira bila mendapat berita saya mengandung. 

"Nanti tak payah beli barang baby, biar mak dan abah belikan." kata emak dengan suara yang ceria dari ganggang telepon. Ketika itu handpon masih tidak dicipta lagi. Saya yang duduk sebelah suami, memaut bahu suami dan sangat gembira. Jika ada di depan emak-abah mungkin tidak buat begitu. Malu. Perbualan telepon diakhiri dengan pesanan, jaga kesihatan dan tinggal berjauhan harus pandai jaga diri.

"Tak apa ke, mak belikan barang baby" tanya abang pada saya. "Lagi senang tak yah penat-penat nak pilih. lagi pun macam tak tahu nak beli apa" kata saya.

"Biasanya orang pompuan kan rajin pilih barang baby, takut kecik hati pulak" balas suami.
"Okey je bang. Kan saya nak balik berpantang rumah mak nanti... nak bawak dari Kelantan ke Melaka leceh mengangkut" kata saya.

Sampai di pintu rumah emak dah sambut kami dengan masak lemak cili padi dan sambal belacan , jering dan ulaman dari kebun abah. Ikan masin juga selalu ada bersama sambal belacan yang wajib ada dalam menghidang. Abang pandang pada saya. Saya tahu dia nak saya belajar buat sambal belacan. Saya hanya senyum.

Malam itu abah cerita macam-macam, dari zaman abang zaman kecil sehingga kebun tanamannya. Emak menunjukkan barangan bayi yang dibelinya, sedang kandungan saya baru masuk 4 bulan. Alkisahnya emak abah telah beli sehingga satu bakul seolah-olah nak sambut bayi kembar. Terkejut kami melihat banyaknya barangan bayi. Adik ipar memberitahu emak abah beli lebih biar bayi boleh pakai sampai setahun.

Pulang ke Kelantan telah menempah kapalterbang kerana suami akan mula berkerja esok hari. Abah-emak tidak hantar ke lapangan terbang di Subang ketika itu. Kami naik teksi  dari Melaka ke Subang. Oleh kerana kandungan belum 6 bulan, segalanya berjalan lancar. Cuaca sedikit mendung ketika itu. sepanjang dalam pesawat abang asyek menoleh pada saya. Sebenarnay itulah kali pertama saya menaiki kapal terbang. Berdebar-debar. Saya duduk bersebelahan sahaja dengan abang, entah apa yang dia fikirkan cuma dalam banyak perkara yang  penakut. Mungkin berlebian perhatian atau abang sentiasa memastikan saya selesa.

Sebelum menaiki pesawat, hujan renyai-renyai. Abang sangat suka duduk di tepi tingkap ketika menaiki kapalterbang, katanya nak melihat pemandangan atas awan. Ketika kapal terbang meluncur membelah awan, sedikit dengung dirasai ditelinga. Saya lihat abang asyek melihat pemandangan melalui tingkap. Kelihatan kepulan awan bersama sinar mega merah dihujung waktu. Sebentar lagi tabir siang ditutup dan tabir malam akan menjelma. 

Abang mengeggam jari-jemari saya. Teringat pertama kali kami menaiki kereta berdua selepas diijabkabulkan. Sambil memandu dia memegang tangan saya, tanpa ada sepatah pun suara cuma sesekali dia memandang saya dengan senyuman. Tidak dapat saya bayangakan debaran dada saya ketika itu. Terasa seluruh dunia saya disedut masuk didalam dunia dia.

"Kapalterbang lebih selamat dari memandu kereta" kata abang bila saya kata saya cuak nak naik kapal terbang. Kata abang lagi "Sekarang ni musim hujan, jalan dari KL ke Kelantan mungkin terlibat dengan banjir kilat". Bekas hidangan ringan telah dikutip oleh paramugari. Oleh kerana penerbangan Subang ke Kota Bharu hanya 45 minit saya tidak membawa apa-apa bacaan.

Dengan tiba-tiba satu hentakkan kuat berbunyi dan serta-merta lampu kapalterbanng dipadamkan. Secara spontan saya memaut lengan suami saya. Sebelah lagi tangannya memeluk saya. Tiada suara antara kami. dada saya berdebar-debar. Ketika itu terdegar jeritan "Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahuakbar". Jeritan itu beriringan dengan bunyi suara membaca ayat kursi. Saya juga terdengar ada yang membaca surah Yassin. Setiap kali hentakkan terpacul di mulut saya "Ya Allah", manakala suara-suara menyebut "Allah. Allah Allah..." sangat jelas. Gegaran kapalterbang sesekali melambung seseolah sedang melalui lorong yang ada halangan.  

Kami saling berpegangan tangan. Hati saya terus berdoa "Andainya Engkau mahu ambil nyawa kami, aku rela kerana aku mahu mati bersama suami ku". Suasana ini lebih kurang 15 minit.

"Tingg! toong!" bunyi isyarat makluman paramugari akan kedengaran. Ketua paramugari memaklumkan, kapalterbang telah termasuk zon gumpalan awan hitam pekat menyebabkan gegaran selama 15 minit. Juruterbang memaklumkan kapalterbang sebentar tadi tidak boleh mendarat lagi disebabkan isyarat mendarat tidak dapat dihantar. Penumpang diminta mengekalkan talipinggang keselamatan untuk mendarat di lapangan terbang Sultan Muhammad, Kota Bharu. 

Sampai di Lapangan terbang di Pengkalan Chepa kami di sambut oleh kawan abang yang masih bujang kerana hari sudah lewat malam.

Kata orang rezeki mengandung dan melahirkan adalah limpahan Rahmat Nya dan kasih sayang daripada Tuhan. Saya tiada alahan yang teruk, sekadar letih sahaja. Kerja yang sedikit berat akan membuatkan saya turun sedikit darah. Oleh itu doktor menyarankan saya selalu berehat sepanjang mengandung. Jika berjalan jauh seperti ke Gua Musang atau Kuala Krai, saya akan rendahkan penyandar kerusi kereta agar dapat saya rehatkan pinggang. Mengandung anak pertama saya rasa sangat selesa dan gembira.

Orang lelaki memang tak pandai pujuk isteri, tapi saya tidak ada masalah pujuk hati sendiri. Pernah saya tulis surat berjela-jela, suami balik rumah beri ciuman sahaja pada saya. 

Kata kawan saya, "Orang berjuang tak ada masa layan isteri merajuk." katanya lagi " Rugi merajuk, orang berjuang tidak akan pujuk isteri yang kuat merajuk." Mungkin betul, tetapi bila hati saya tersentuh, saya tidak mengharap sesiapa pun pujuk saya. Hakikatnya itulah cara saya nak memberitahu suami, saya tidak suka apa yang dia sedang lakukan. 

Orang lelaki tidak peka. Tapi lebih baik berfikir seperti dalam quran menyatakan lelaki mempunyai 1 nafsu 9 akal manakala perempuan 1 akal 9 nafsu.





end 

No comments:

Post a Comment