Friday, 27 March 2015

CATATAN PENGLIPUR LARA SANG MAJISTRET.

CATATAN PENGLIPUR LARA SANG MAJISTRET.
Oleh: Zabidi Mohamed.





Semasa saya belajar di UM sebagai student jurusan sains tidak ramai pelajar Melayu yang dari selatan tanah air. Kebanyakkan kawan-kawan saya berasal dari Kedah dan Kelantan. Kawan-kawan memberitahu pelajar dari Kelantan agak ramai kerana 'korta' untuk masuk U ramai mengambil dari Kelantan sebab Negerinya besar. 

Saya juga dapat saksikan pelajar Kelantan sememangnya 'usubiah' kenegerian. Bergaul dengan budak Kelantan kena pandai masuk geng mereka dan tidak boleh ambil hati sangat, kerana banyak pekara mereka akan utamakan kawan yang berasal dari negeri yang sama dengan mereka, Kelantan. 

Saya memang selesa bergaul dengan ramai kawan dari negeri lain. Seingat saya kawan dari Kedah memang setia dan baik. Tetapi saya lebih rapat dengan budak Negeri Sembilan.

Apabila saya mendirikan rumahtangga, suami saya di tugaskan di Kelantan. Saya tidak mempunyai masalah kerana jiran-jiran berbahasa Kelantan yang mudah dan biasa saya dengar semasa di universiti. 


Semangat kejiranan dan meraikan orang jelas pada masyarakat setempat perumahan saya tinggal.
Suami saya berpesan, sekiranya tidak faham, senyum sahaja sudah memadai kerana itulah yang terbaik. Saya sememangnya tidak faham dengan percakapan orang-orang tua yang agak pekat  delek kelantannya. 


Apabila buku ini diterbitkan, kenagan tinggal di Kelantan selam enam tahun banyak mengajar saya kehidupan bermasyarakat. 

Buku ini menceritakan bagaimana 'prosedor hukuman sebat di lakukan kepada pesalah. Terlalu jarang kita mendengarnya dari mereka yang berpegalaman dalam undang-undang. Tetapi sebaliknya kita boleh saksikan jati diri bangsa, emosi pesalah dan kekentalan pegawai yang menjalankan tugas. Kekentalan citra bangsa itu juga di beritahu oleh pegawai yang sudah tentu melalui banyak pemgalaman.

Kelantan iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang, secara umumnya seperti masyarakat lain juga akan perasangka apabila melihat orang yang tidak pernah mereka temui kebiasaannya. Bila kita lihat orang asing iaitu berbahasa asing dari penduduk setempat, wajarlah mereka curiga. 

Tetapi pengalaman saya, di kejiranan saya mereka sangat suka berbual dan membantu saya. Ketika suami saya bertugas di Mahkamah Gua Musang, jiran sayalah yang menawarkan dirinya membawa bayi saya yang 'joindes' untuk mendapat rawatan di Hospital. Sepanjang berpantang Cikgu Hasnah isteri  kenalan suami saya sentiasa datang membantu untuk urusan bidan dan makanan orang berpantang.

Buku ini juga menembusi minda kita dengan mereka yang tidak ada pengalaman dalam prosiding mahkamah. Seperti Mak cik penjual beras. Malah seorang pensyarah pun tewas mengguna kan minda yang terbuka bila berdepan dengan penguasaan undang-undang.

Kenangan pensyarah itu selalu menjadi bahan bualan dan gelak sakan kami setiap kali menceritakan kisah mereka. Rasionalnya seharusnya lebih bersedia merendah diri bertanya atau meminta pandangan memikirkan tindakan yang tepat harus kita ambil. Seperti kata bidalan;

'Jika malu bertanya sesat jalan'
'Tidak akan hilang bisanya ular bila menyusuli akar'

Masyarakat Kelantan punya daya tarikan dan keunikkan yang tersendiri.

JOM BACA KERANA TIDAK RUGI MEMBACA SKETSA PADA BUKU INI.

No comments:

Post a Comment