Monday, 16 March 2015

SESEGAR NAILOFAR hati mu izinkan ku huni.


SESEGAR NAILOFAR 
Dinukilkan oleh Zaid Akhtar.



Sesegar Nailofar mencuit nilai santun percintaan remaja agamawan. Bagai membawa tema 'Cinta itu adalah anugerah', itulah  asas cerita cinta di dalam  'Sesegar Nailofar'. 

Cinta Iqbal bersama Salsabila cuma singgah seketika. Cinta yang bertahta di hati yang hanya seketika sahaja itu bukan untuk menjadi tragedi kecewa dalam kehidupan. Iqbal yang membawa cintanya dengan Salsabila ke bumi Jorden terpaksa akur dengan ketentuan 'Jodoh itu ditentukan oleh Nya'. Salsabiah telah dijodohkan dengan pilihan keluargannya.

Hazwani yang selalu hadir membawa mesej kedamaian dan santun mengusik hati Iqbal. Iqbal dalam diam memberi harapan pada Hazwani. Hazwani tidak duduk menyepi sebaliknya menjalinkan rasa menghargai menyanjungi pemuda yang diminatinya dalam email yang bernama 'Nailofar'. Cinta mereka belum berputik tapi perasaan menghargai telah menyumbang satu kekuatan dan semangat untuk menilai diri menerima segalanya adalah dalam percaturan Allah taala. 
Hazwani yang menggunakan email 'Nailofar' menjadi bibit-bibit suka iaitu cinta berputik. Benar kata-kata 'Hati mu ... izinkan ku huni'. 












Cinta Hazwani dan Iqbal berputik juga mula tumbuh  di bumi Jorden. Pertemuan siratulrahim yang santun dan saling menghormati dengan tidak meluahkan rasa cinta menjadi cerita ini hambar. Kisah cinta mereka tiada melodi cinta tiada usikkan mesra tiada cinta nyata. Tetapi kisah cinta mereka tetap indah pada saya. Saya suka.

Tetapi perhubungan antara Hazwani dan Iqbal tumbuh dengan nilai santun serta syariat islamiah. Sesuai dengan tag-line: 'Cinta itu anugerah', ianya tumbuh dan subur pada dua insan ini.

Saya suka  novel 'Sesegar Nailofar' kerana:

#Kisah cinta dihidangkan dengan tidak melalaikan pembaca.
#Novel yang memaparkan kisah cinta gulungan terpelajar.
#Pelajar jurusan agama juga tidak terpisah dengan pertemuan dan percintaan.
#Bahasa yang baik dan mood membaca tidak bosan.

TAHNIAH  KEPADA USTAZ ZAID AKHTAR.
[ saya bagi 4.5 bintang]

2 comments: