Friday, 27 March 2015

KERANA PURDAH KAH?

PAPER H. sesi 85/86.

"Alhamdulillah dah selesai exam". Senyuman kegembiraan jelas terpancar pada pelajar-pelajar universiti. 
"Bila nak balik kampung" rata-rata itulah soalan pada rakan-rakan semua.
"Tiket bas dah beli ke?". Bas menjadi perkhidmatan utama tika itu.

"Syukurnya, boleh jumpa emak dan adik di rumah. Tiket kawan sekampung dah belikan" kata saya.
"Untunglah ada orang belikan tiket balik" kami gelak kegembiraan selepas tamat exam.

Ketika itu Universiti Malaya mengikut sistem penggal di mana kami periksa di akhir tahun sahaja. Lega setelah berhempas pulas mengulangkaji pelajaran selama sebulan. 'Study week' selama sebulan bagai tidak cukup dengan mengulangkaji setahun kuliah.

"Tapi saya peliklah, kenapa pensyarah kita tidak menyemak status saya sebagai pelajarnya yang mengambil subjek maths ni?" Saya menyuarakan rasa pelik pada rakan saya ketika itu. Semasa sidang peperiksaan sedang dijalankan, pensyarah akan menyemak kad matrik setiap pelajar yang menduduki peperiksaan.
"Kelmarin dan semalam juga sama, pensyarah kita tak semak kad metrik saya semasa peperiksaan sedang dijalankan". Namun perbualan itu terhenti tanpa apa-apa ulasan.

Dua bulan selepas itu, pelajar-pelajar universiti datang mengambil slip keputusan peperiksaan di Bahagian Peperiksaan Universti Malaya berhampiran banggunan DTC iaitu Dewan Tengku Canselor.

MassyaAllah. Astgfirrullah.. Saya terduduk termenung merenungan keputusan yang sememangnya di luar dugaan saya. Masakan saya tidak belajar dan tidak dapat menjawab setiap soalan peperiksaan kerana saya amat suka subjek matematik sejak sekolah rendah lagi. Setiap peperiksaan saya akan cermerlang dalam matematik. Malah semasa di tingkatan 4 dan 5 saya antara pelajar melayu yang sebaris dengan pelajar cina. 

Saya memang bangga bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah taala pada saya. Saya tidak 'struggle' dalam pelajaran namun keputusan peperisaan tidak mengecewakan.

Tiba-tiba dalam kekeliruan dan bingung itu saya bertemu senior saya.
"As bagaimana result" kata kak Salmi. Saya terus menghulurkan slip keputusan peperiksaan itu tanpa berfikir panjang kerana Kak Salmi pernah menjadi roomate saya semasa tahun satu di kolej pertama UM. Kak salmi tersangat terkejut bila meneliti slip itu. Katanya "As hantar kertas kosong ke semasa peksa?". "Takkan lah tak boleh buat langsung, kan semasa tahun satu ada peper dapat A pulak tu". Kak Salmi menunjukkan kemusykilannya itu.

"Kak saya jawab semua soalan dan saya rasa tak susah pun paper saya tu". Saya menyatakan situasi ketika peperiksaan itu. 

Ketika itu saya tidak berapa pasti apa yang berlaku pada diri saya.
Ada beberapa orang bila saya ceritakan mengatakan saya 'disabotaj' oleh pihak tertentu.
Saya sendiri kurang memahami tapi adakah kerana saya pakai 'purdah' ketika itu atau ada pekara lain sebenarnya.

Saya memegang prinsip: 'Jika ingin berjaya faktor utama adalah USAHA'
Jika kita berusaha menjadi terbaik  dan cerdik, faktor menidakkan tidak timbul. 
Pelajar melayu kena buktikan mampu lebih baik dari orang lain.

Tapi saya kecundang juga. Saya FAIL.

Tiada kekesalan dihati malah saya redha dan syukur atas segala kurniaan Allah pada diri yang kini mempunyai keluarga yang sentiasa menjadikan saya hamba Allah yang bersyukur.

Apa yang utama muga Allah menambahkan IMAN & TAQWA pada kami sekeluarga juga menjadi ibu ynag memastikan anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat. Amien.

No comments:

Post a Comment