Tuesday, 14 June 2016

Ramadan dan niat.

Aduhai mengapakah?


Baju kurung moden berleace baru saya tempah. Membeli barangan berjenama dan mewah bukan minat saya cuma sebagai wanita memakai yang cantik di mata dan gembira di hati akan menambahkan rasa bahagia. Bak kata penyanyi veteran P. Ramli 'dunia ini ana yang punya'. hehehe... gembira bukan kepalang.

Anak perempuan saya beri dua pasang baju serta lease untuk saya. Katanya "Dah lama umi tak tempah baju cantik". Saya senyum kegembiraan tetapi kata saya beli dah siap pun cantik juga. Harganya dapat lebih murah dari di Malaysia, sebagai tanda ingatan saya menerimanya dengan kesyukuran. Saya senyum panjang pandang suami.

Hee hehehe dapat baju cantik...

Oleh kerana tempat yang selalu saya buat tempahan baju tidak dapat menjahit baju raya kerana anaknya akan berkawin hujung tahun ini. Sibuk kan bila anak kita mahu kawin semuanya harus di uruskan dengan sempurna.

Kedai jahit ini butik nampak profesional. Saya menempah 5 pasang baju melayu ketika itu. untuk suami tersayang, anak teruna tiga orang yang hansem juga untuk menantu yang owsem... selesai alhamdulillah.

Saya melangkah ke sebuah butik untuk baju saya 2 pasang. Setelah berbincang soal harga tempahan dan masa menyiapkannya kami sepakat bersetuju.

Baju cantik tentulah kain yang cantik juga kan.... alkisahnya.

Saya berjanji akan hantar lease untuk sepasang lagi bila anak saya akan dapatkan leasenya nanti. Okey kami setuju...

Selang dua minggu saya menghantar leace yang telah ada...si tukang jahit mengunting ambil bahagian yang di perlukan sahaja...

Bila dia menulis harga tambahan yang saya patut bayar saya terkejut berroookkkk!!.

Sepasang baju kurung moden berlease : rm 170.00
sepasang baju kurung moden : rm 120.00
deposit saya bayar rm 100.00
bermakna bakinya rm 190.00

Bila tambah lease baju ke dua harganya tambag rm 180.00

" 180.00 ... mahalnya untuk tambah jahit lease ni ?" kata saya pada tukang jahit. Tanpa pandang muka saya, dia kata lease itu susah nak jahit dan mahal. Tapi seingat saya anak saya kata lease itu sama harga dengan yang dia beli sebelum ini.

Terasa menyesal pulak tambah lease itu. Kedai profesional harga tempahannya juga amat profesional.

Kata suami, tak pelah sekali sekala tempah tempat mahal. Saya diam je.

Puas saya fikir apa niat saya semasa mahu menempah baju itu... Saya terkesima dengan situasi ini menyebabkan saya mencari-cari apakah yang Allah nak berikan aku sesuatu pengajaran atas apa yang berlaku? 

Muga saya dan keluarga dijauhi daripada kemurkaan Allah swt. Amin.



No comments:

Post a Comment