ramadhan 2016
ramadan kali ni aku masih hadir
sekian kali dengan kasih Mu
semangat aku bagai hilang
tetapi aku masih begini
ku berteleku mengadap Mu
atas pundak aku gagahi
menyemai benih tabah
keindahan yang masih kabur
bahtera ini masih seperti dahulu
tegak berdiri tanpa gentar di hati
mengapa aku masih mengharap
mengapa masih tidak berjawab
aku menunggu lalu aku redah
senyum tawa berlari dengan air mata
sesekali aku terjelepuk
hati menadah pada Nya
sesekali pedih menyucuk
hanya Dia ada di hati
peliknya tiada simpati
masa menjadi pengubat untuk kuat
akukah yang menzalimi
akukah yang bersalah
itu semua dosa-dosa ku
gumpalan rasa memilukan
adakah aku penyebab derita
pekikan itu umpama halilintar
bersama berderainya keyakinan.
membisu membungkam gunung hampa
hati diragut menitik darah-darah kecewa
keyakinan ditendang jauh
jiwa pun luluh berderai bertaburan
ini takdir kehidupan
aku akur dengan ketentuan Nya
aku lelah dengan membenci
engkau masih membisu membatu
mempertahankan maruah
mengirim doa dan rindu
kukuh dia berdiri disisi mu
janji takdir MU pasti
aku tidak peduli
adakah aku?
atau dia?
pada sebuah takdir kehidupan.
aku pilih mahu menjauhi
aku mahu memberi
aku mahu merelakan
jujurnya aku mahu kau bahagia
namun segalanya masih disisi
Mengapa?
Kenapa?
janji apakah masih belum tertunai
mengisi tabung amal jariah
setia berpimpin tangan ke syurga
menunggu benci ku pudar
bersatu bersama kucupan
kamu berdua menunggu takdir
menyakitkan bilamana dikorbankan
menunggu janji takdir mu dengan dia.
sombongkah aku?
egokah aku?
kau senyum melihat aku keliru
jalinan kita telah tawar
ada nada kesal yang di buat-buat
sedang hati penuh rindu
Khabarkan pada alam
aku akan pergi jua.
inikah takdir ku?
Redha.
asmah 10 ramadhan
8.40 malam 14 jun 2016
suakasih 30.
No comments:
Post a Comment