Rak kain muntahkan kain, saya pening.
Dua pasang baju berlease. Hari ini telah di sediakan 3 beg kain untuk tempahan. Memusing pekan kecil Taman Reko, mencari kedai menempah pakaian kemeja dan baju melayu. Alang-alang kain untuk baju kurung moden pun di bawa sama.
Melalui iklan di bena bawah banggunan saya telepon. Nombor pertama jelas suara Bangla. Kedai ke dua suara budak muda. Saya naik untuk menempah. Terkejut berok saya bila melangkah kedai yang di tingkat satu itu .
Baju yang berlonggok-longgok dilantai, ada yang di dalam plastik juga ada yang di lantai berlonggok begitu sahaja. Sempat juga saya nampak plastik Jakel bersusun di tengah kedai jahit itu.
Seorang anak muda menyambut saya dan bertanyakan tujuan saya ke situ.
Rak di dinding hujung kedai, penuh di sumbat beg-beg plastik terisi kain dan ada kain yang terpunggah seperti muntahkan kain.
Paling mengejutkan saya anak mata saya memandang tepat lima anak muda yang berlenggeng iaitu berseluar jeans yang tidak berbaju di sebelah kiri kedai. Lima orang pemuda sedang ayek menjahit juga memotong kain menyiaplan tempahan... agaknya.
Sesekali mereka memandang saya yang sedang berbual dengan pemuda yang menyambut saya tadi. Ada rasa kurang selesa pada saya.
Saya tanya ambil tempahan lagi kan. Pemuda yang menyambut kedatangan saya membawa saya satu sudut untuk ambil ukuran.
Hati saya berdebar-debar dan sangat tidak selesa ketika itu. Dua orang wanita yang lewat 40an mengatakan, mereka di situ telah lebih dari 2 tahun menjahit dan tiada masalah menyiapkan tempahan baju saya.
"Ma..af ...ya" saya tergagap-gagap berkata kerana suasana itu mencemaskan hati saya. Saya beritahu tidak jadi menempah kerana saya tersilap kedai yang di beritahu oleh anak sulung saya.
Pemuda itu menyambut kata-kata saya dengan ramah dan berbudi bahasa. Saya LEGE.
Cepat-cepat saya keluar dari kedai jahit mereka dan berlalu pergi.
Maaf saya tidak yakin.
No comments:
Post a Comment