Friday, 30 January 2015

JUJURLAH SAYANG & AKU MEMILIH SETIA.

 AKU MEMILIH SETIA UNTUK MU









Nun jauh di lubuk hati ada suatu harapan kepercayaan.
Tiada dendam di hati ku. Aku kalah melupakan.
Bukan aku tidak memaafkan. Hati ku bagai berkecai.
Adakah aku tidak memahami. Semuanya ku serah pada NYA.
                                                                
               Syukur pada mu ya Rabbi
               hati ini maseh segar dengan kasehnya
               jiwa ini maseh kukuh menyakininya.


Ingin ku miliki kejujuran hati. 
Tapi lewatnya aku memilih benci.
Aku mahu jujur dan adil pada diri sendiri. 
Walaupun akan ada yang kecil hati..
Bukankah itu suatu keegoan. 
Merasakan diri sentiasa benar.
Berpegang dengan keyakinan, aku tidak pernah menghalang. Cuma tidak setuju.

Jika diri mu memilih jalinan mesra. Berbahagialah.

Di saat jalinan mencetus kontravesi. Pertahankanlah.
Aku setuju dan tidak membantah.
Itu kemahuan yang tidak mampu ku halang.
Diri mu berdiri kukuh tapi di tapak rapuh. 
Segala perbuatan dan tingkah bergitu mulia
Tiada cela dan positif sahaja.
Bagi mu akulah yang tidak jujur.

                     Redha itu ku bajai.

        Syukur itu ku sirami.
               Tiada halangan yang ku bina.
        kerana  Memaafkan banyak ku taburkan.

Mudahnya kemaafan, kekesalan berkata-kata.

Katanya aku hanya berprasangka
Sedang aku sentiasa bersalah dipersalahkan.
Kerana Cemburu yang keterlaluan. 

Ya aku kuat kukuh dengan keyakkinan ku.
Aku bukan mengharap dimuliakan. 
Katalah sesuka hati mu.
Janji mu menghadiahkan pahala buat dia, akan terlunas oleh ku.

Apakah harus aku hiaskan bila senyuman dia bersama  jarum berbisa.
Tabah kuat kukuh menyokong mempertahankan. 
Tanpa sedar dirinya kau lindungi.
Tidak mampu diri mu menyakiti  menghiris dan menyinggung perasaannya.
Kata mu dia telah banyak menanggung derita. 
Tidak mampu diri mu mengapa-apakannya.
Malah diri mu mengorbankan segala. 
Kenapa kau pilih aku untuk itu.
Mengapa aku,mengapa? 

              Aku tidak akan undur diri,
                 luluh hati ini dengan keegoan,
         biar ku pendam menggenggam benci,
                 atas keyakinnan bukan aku memulakan.

 Apa yang ku buat menghiris hati mu. 
Tapi perkataannya indah di hati mu.
Sungguh Allah mengutuskan kebaikkan kepada hambaNya yang Dia sayangi.
Allah utuskan juga diri mu dan sekelilingnya menyanyangi nya. Alhamdulillah.
Di saat ini diri ku tidak sedikit pun sesal. 
Segalanya adalah suratan Takdir Nya.
Aku tidak menyesal memilih benci. 
Maafkan lah aku ya Allah.


                               PADA UMUR 52 TAHUN


Sejujurnya maseh ada keyakinan ini dengan lafaz aqad. 
Aku meredhainya.
Di saat umur yang berbaki ini. 
Aku merindui keyakianan yang teguh, kukuh.
Cinta yang terlalu jauh ku gapai, membuatkan aku letih. 
Tapi aku yakin WUJUD.

Benar kat mereka cinta itu buta. 

Kerana dalam bisikan rindu kenangan.
Engkau acapkali datang. 
Persis untuk memberi harapan.
Aku bagai di kejar bayang-bayang. 
Aku takut dengan diri ku sendiri.

Nafasku menghembuskan kelegaan. 

Kenangan itu melodi menaibkan.
Membisikkan pada diri mu menjadi hutang yang telah ku bayar. Keampunan dari Nya.
Aku memilih setia hingga hujung nyawa. 
Walau ketentuan Illahi mengatasi segala.




                         KEK HANTARAN PERKAHWINAN.


28 Jan 1987 ijab kabul memetri cinta ku. Kunci bahagia di hati ku.

Aku memilih diri mu bukan si dia itu. Istiqarah mendorong cinta ku.

Aku SUJUD padamu ya ALLAH. Memohon pengampunan Mu.

Tidak terdaya aku menolak qadak dan qadar Mu.
Lindungilah suami ku anak-anak ku. Aku menyayangi mereka kerana Mu Ya Allah.
Limpahilah Kasih Mu dan rasa Cinta Mu agar mereka Mengasehi Mu Ya Allah. 
Mengasehi Rasul mu yang Mulia.
Ya Allah bantulah suami ku dan anak-anak Membesarkan Memuliakan dan Menjunjung Al Quran dan As Sunnah Mu. Amien.





28 Januari 2015

Friday, 23 January 2015

TERAPI KASEH SAYANG.

TERAPI KASEH SAYANG

Seringkali bila berbual dengan kawan-kawan, kenalan juga saudara-mara akan kedengaran beberapa pandangan dan luahan mereka terhadap percutian.
*"Percutian membazirkan masa je, bukan itu saja  wang itu boleh digunakan beli barangan untuk saya nak berbisnes", kata rakan saya yang menjalankan perniagaan.

*"Bercuti!  menyusahkan dan leceh menguruskannya, nak tempah hotel, itu lah ini lah. Jauh pulak nak ke sana." "Duduk rumah je lagi bagus jimat dan tak penat".
y
*"Rumah kami dekat sahaja dengan pantai." kata kawan saya melalui telephon bila saya beritahu nak ke PD sebab anak-anak nak main air laut. "Hari-hari pun kami boleh pergi pantai, setakat duduk-duduk bermain air laut tu kami dah biasa dah". Nyamannya fikiran dapat ke pantai, begitulah rasa hati saya, Begitu gembiranya bila merasai bermain air serta pasir di pantai atau di sungai bersama-sama anak-anaknya.

* " Awak bolehlah pergi jalan-jalan sebab suami awak gaji besar, Kami tak mewah untuk pergi jalan-jalan." katanya lagi "Duduk rumah lagi bagus, jimat dan tak perlu nak keluarkan duit untuk bazirkan duit".

* "Susah dengan budak-budak ni bila pergi jalan , asyek bertekak saja adik-beradik ". "Anak aku tiga orang je tapi macam sepuluh orang." ngomel kawan sepersekolahan saya dulu. Kawan saya tadi pernah menceritakan dia dan suaminya tanggung malu besar bila anaknya bergaduh ketika sedang makan di restoren.

*" Dikalangan saudara mara saya pernah melontarkan kata-kata, "Tak kelasnya setakat pergi main air kat Al Famosa Water World, Dari bercuti begitu baik pergi melancung luar negara lagi cantik."

* "Jika banyak duit kumpul bawa anak pergi umrah lebih bermanafaat, tidak perlulah melancung ke atau jalan-jalan kat sekitar sini. Tak ada manafaatnya"

Cetusan rasa hati ini bukan untuk menghakimi kata-kata itu. Kita sebagai ibubapa ada berbagai cara mendidik dan memotivasikan anak-anak agar matang dan boleh berfikir secara positif.
Bagi saya dan suami bercuti  dan pergi jalan-jalan tidak adalah keperluan dan tanggungjawab kami memberi anak-anak pengalaman yang menarik dalam kehidupannya.

 Keriangan tidak boleh dibeli,
 kasih sayang boleh di pupuk.

2007
Sungai Congkak.


    Angah Mar dan Jua
                                       
Sungai Congkak terletak di daerah Hulu Langat.  Ianya menjadi pilihan kerana dekat, tidak mengeluarkan bajet yang besar, iaitu tidak perlu menyewa penginapan, Ianya hanya mengambil masa sehari sahaja. Iaitu mungkin dalam setengah hari atau 5 jam sahaja.

                              Anak-anak memerlukan
                      ruang untuk melepaskan kepenatan, 
                               keletihan ke sekolah dan 
                        menolong kita seharian di rumah.

goreng keropok lekor. makan panas-panas . sedap sangat.

Makanan yang mudah di masak seperti  keropok lekor menjadi pilihan anak-anak. Sikap bermuafakat juga menitik beratkan tidak meninggalkan sohlat fardu ketika beriadah mudah diajar dan dipraktikan di ketika begini. Oleh itu pilihlah tempat yang ada bilik air dan tempat sohlat yang selesa adalah perlu.



        Riangnya mereka dapat memasak secara terbuka dan
         bergotong-royong menyusun tempat untuk berkelah.




                                Dekya, Atin ,  Angah Mar dan Ikah.

Kemah kecil, tikar plastik dan keperluan untuk makan semuanya telah disediakan. Anak-anak jika nak ke tempat percutian memang senang bangun dan telah tersedia baju untuk keperluan mandi di sungai. Best sangat sangat sangat. Mereka belajar membuat persediaan berkelah dan membawa peralatan sohlat yang asas.

Sungai Congkak mengalirkan air yang jernih dan sejuk menyegarkan. Batu-batuan menjadi tempat melabuhkan punggung sungguh selesa bila aliran air yang sejuk menyapu keting kaki anak-anak. Cantik melihat mereka bersorak keriangan. Nyaman dan sejuknya di nikmati oleh mereka di sungai ini. Anak-anak boleh mendapat  pendedahkan bagaimana untuk menjaga alam sekitar.



Noha berpaut pada Ara ketika ini  air yang tiba-tiba deras menuruni sungai. Gembiranya anak-anak. Melatih memberi perhatian soal keselamatan.



Betapa seronoknya percikkan air sejuk membasai tubuh dan muka mereka. Bermain sekumpulan dengan adik-adik mengeratkan.



Lihatlah anak sulung saya terpaksa menelangkupkan muka bila adik-adiknya memercikkan air padanya. Bermain dengan adik-adik dapat menjaga batas aurat.


2005, 2008, 2010, 2012  dan  2014.
Port Dikson.

Port Dikson tempat yang acapkali kami bercuti. Sebabnya ianya dekat, hotelnya dalam kemampuan dan mudah mendapatkan makanan.


Bermain air di kolam renang memang meriangkan, menikmati rasa kehalusan pasir dengan kemasinan lautan sungguh mengasyekkan, Berjalan-jalan dan ke taman permainan sememang aktiviti yang mengembirakan. Kita selalu merasakan ianya banyak membuang masa dan tidak proaktif dalam kehidupan jika ketempat begini membawa anak-anak. Sebenarnya INILAH TERAPI KASEH SAYANG.
                                             Pekara yang kita
                                               tidak suka
                    tidak bermakna anak-anak
                                        pun tidak suka.

Ketika ini EGO kita sebagai ibu dan ayah akan tertinggal di rumah. Kita akan bermain memeluk anak-anak kecil kita, berpegagangan tangan  dengan mereka, ketawa bersama-sama dan ada ketika kita  diketawakan mereka. Kita akan berkongsi banyak pekara ketika itu.


Bagaimanlah hendak dilupakan pengalaman bemain bola di kolam renang di Tiara Beach Resort yang bertukar menjadi mainan keretapi sebab bola hilang.



Saya yang asalnya tidak mahu turut bermain air kemudian turun kedalam kolam membawa anak bonsgu saya Jua.


Berbelanjalah mengikut kemampuan sahaja. Mungkin sekitar rumah kita ada pantai yang indah atau ada sungai yang sejuk airnya atau ada danau atau bukit untuk diterokai. Beriadah disekitar tasek yang tenang airnya atau  besama-sama bermain badminton depan rumah. 




  Hari yang membosankan membuatkan mereka berkelah di depan rumah.




                     Berjalan-jalan di Lake Velly yang nyaman.

Bercuti memberi kesan mendalam di jiwa anak-anak. Biarpun hanya sehari semalam sahaja. Membina IMEGINASI melalui berjalan selalu di ungkap  "Jauh berjalan Luas pemandangan". Jangan memandang remeh dalam memberi 'masa perhatian' pada tersayang.

                           Berjalan itu juga pembelajaran 
                            pada anak-anak juga ibu ayah.

Memenuhi masa yang sesuai membantu anak-anak membina minda yang cerdas dan kreatif.

Cameron Highland dan Genting Highland antara tempat yang pernah menjadi pilihan kami santai-santai dengan anak-anak.

2014 
Cameron Higland.

Menyaksikan hamparan bukit bukau yang menghijau, nyaman dan menyegarkan. Bagi anak-anak yang dibesarkan di bandar menyusuri kawasan kayu kayan memang indah. Mereka juga kita mungkin tidak pernah terbayang kehidupan mereka di kawasan pergunungan seperti kumpulan orang Kita [orang Asli].

                        Panorama menyusuri bukit untuk 
                                ke Puncak adalah terapi 
                             Ciptaan Yang Maha Agung.

Saya juga merasakan keterujaan anak-anak apabila melihat kawasan pergunungan Cameron Highland. Ladang teh yahng luas saujana mata memandang hasil mereka yang menerokainya, kehidupan penduduk di sana juga berbagai tanaman yang diusahakan.










Cameron mempamirkan udara sejuk dan nyaman. Hasil tani yang segar seperti strawberi dan jambu. Pokok-pokok bunga yang cantik dan mempersonakan.


1998  2013  &  2014
Langkawi

Langkawi 15 tahun lalu berbeza dengan Langkawi sekarang. Namun kenangan memang tidak boleh di jual beli.





                 Pak Lang Ismail  melihat anak-anak  sedaranya 
                    di kabin katil Trin Senandung Langkawi.



                   Pak Ngah Jo dan Mak Ngah Ila tersenyum
               keterujaan menaiki  Ferry Langkaw, Kuala Perlis.

Langkawi pun antara tempat yang beberapa kali kami kunjungi:
1997, 2013 & 2014


ANAK-ANAK AKAN MERASAKAN:

# Merasai kegembiraan yang akan menjadi kenangan
# Mengeratkan perhubungan adik beradik
# Menjadi bahan untuk bercerita dan membuat karangan di sekolah.
# Merasa diri mereka tidak ketinggalan dalam dunia luar dilingkungan kehidupan mereka.


IBU DAN AYAH AKAN MENGUKUHKAN

# Membantu dan mendidik diri kita menyediakan sedikit perbelanjaan untuk persediaan bercuti.Walaupun belanjanya kecil ianya perlu dirancang dalam jadual kehidupan dengan anak-anak.
[oleh itu belanjalah sekadar kemampuan].
# Membantu kita bersabar menguruskan keperluan agar tersusun dan mereka terasa gembira walaupun masa kita untukkan cuma sehari semalam sahaja.
# Membantu mereka memperluaskan minda dan kretiviti seperti berkemah dan champing. Juga dapat menyusun minda mereka.
#  Menambah rasa kaseh dan sayang pada mereka.


AL FAMOSA WATER WORLD, MELAKA.

BUKIT MERAH WATER WORLD, PERAK.

DESA WATER PARK , KUALA LUMPUR.

TAMAN AIR KLCC.

ZOO NEGARA. KL

TAMAN TASEK PERDANA KL

TAMAN BURUNG KL
PERPUSTAKAAN NEGARA.

ASTANA BUDAYA KL


TAMAN TASEK TITIWANGSA , KL



 PHOTO DARI FB MARHAMAH. : TERIMA KASIH KEPADA MARHAMAH ZABIDI **

Tuesday, 20 January 2015

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK.

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK.




Sebuah filem adaptasi novel buya Hamka, iaitu "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck". Cerita berlatar belakangkan tahun 1930an di mana masyarakat Minangkabau Padang yang kaya dengan budaya dan pegangan adat Minang. Budaya melayu minang ini memaparkan pertemuan lelaki dan perempuan ada tata-susilanya. Juga tergambar gulungan  ' berada ' iaitu kaya dan ada 'kedudukan' iaitu berpengaruh sentiasa pada status tinggi. Mereka dari orang bawahan atau pedagang di pandang rendah kerana tiada di ketahui asal keturunannya.











Tenggelamnya Kapal Ven Wijck adalah kisah percintaan seorang pemuda dari Makassar, yang jatuh cinta dengan gadis Minangkabau yang mendapat tentangan dari masyarakatnya yang mementingkan darjat dan adat Melayu Minangkabau. Jalinan perhubungan di gambarkan begitu cantuk dengan kesopanan iaitu tiada sentuhan cuma bertukar senyuman dan saling bantu-membantu.






Apabila percintaan mendapat tentangan mereka berjumpa secara rahsia dan memberi tanda kenanagan serta sumpah setia. Di sini penulis menjadikan tudung sebagai ikatan hati dan di gambarkan secara vesual.Cantik.

Sī


Persahabatan persaudaraan kekeluargaan diperpanjangkan dengan Hayati datang ke Surabaya. Hayati yang rindu untuk bertemu Zainudin  telah menjadi tragedi.  Hayati  telah berkenalan dengan Engku Zain yang akhirnya terpikat dengan Hayati dan melamarnya atas desakkan keluarganya.










Saya pernah membaca novelnya semasa saya dibangku sekolah dahulu. Sebelum menonton filem ini saya menaruh harapan, elemen patuh syariah dapat di angkat  sesuai dengan ketokohan buya Hamka. Setelah menontonnya saya dapati filem ini telah terlalu dikomesialkan dan mesej dakwahnya telah tenggelam seperti tenggelamnya kapal Van Der Wijck. Malah elemen patuh syariahnya juga digadaikan oleh penerbit dan pengarah.



Gambaran menjadi surat sebagai penghubung percintaan yang divesualkan menarik. Kekecewaan pada Zainudin yang divesualkan bersesuaian dengan bagaimana mereka membina  dan menanamkan rasa cintanya pada Hayati, bagus dan jelas..  Tragedi mengikat setia dengan janji akan teguh bahawa Hayati akan setia dengan  memberi selendang mengambarkan harapan Zainudin namun dia kecewa dan merana. Pameran emosi pelakun nampak jelas dan nyata.

Alangkah cantik nya juga elemen bagaimana Zainudin bangun dari kekecewaan dengan menjadi penulis yang hebat dan berjaya secara dramatik. Kata-kata semangat dan kekuatan ilmu buya Hamka boleh di angkat dalam membina semangat watak Zainudin itu.










Menghasilkan skrip drama atau filem patuh syariah yang empunyai nilai-nilai murni bukan sekadar memakai tudung dan tiada elemen bersentuhan atau berpegangan tangan sahaja. Patuh syariah dalam menghasilkan skrip filem atau drama perlu mematuhi beberapa syarat pemVESUALan dan juga DIALOG. Bukan sahaja SKRIP yang patuh syariah malah PENGGIAT DRAMA & FILEM  seperti PENGARAHnya perlu faham syariat dan mahu mengarah kearah bersyariat. Ya semestinya kena ada FIKRAH..

Elemen komesial asas yang perlu ada dalam menggarap sebuah skrip atau cerita iaitu strategi, tragedi, cinta dan siasatan mungkin maseh boleh dibaik tambah. Memaparkan hanya elemen CINTA yang cukup kuat bukan suatu tarikkan terbaik sebuah cerita. Banyak babak-babak sepatutnya tidak perlu diangkat malah babak-babak itu hanya tempelan bukan untuk mengangkat nilai moral yang tinggi untuk dijadikan drama yang indah.





Cerita yang memaparkan kebudayaan Melayu Minang tiada dan jarang divesualkan. Dalam novel tidak digambarkan  secara terperinci kehidupan, sistem kekeluargaan dan budaya gotong royong masyarakat Minang. Namun indahnya jika ianya  di vesualkan. Keluarga mewah dan menunjolkan kehidupan sosial remaja ketika itu jelas menunjukkan masyarakat minang moden ketika itu. Tapi kehidupan sosial budaya minang di sisipkan sedilit sedikit sahaja. Adat masyarakat pergaulan remajanya diselitkan dengan  pertemuan Zainudundan Hayati yang ringkas.

Zainuddin membina kekuatan dan boleh bangun dengan kepayahan apabila pinangannya ditolak oleh suku adat minangkabau melinkungi kehidupan Hayati. Zainudin bangkit  menerima Hayati telah menjadi isteri orang lain.


Kekecewaan dan sukarnya Zainudin melupakan Hayati menjadi dendam yang mengorbankan rasa memaafkan Zainudin pada Hayati. Trageji tenggelamnya kapal Ven Der Wijck, menakhirkan cinta yang tidak kesampaian mereka. Tragisnya kisah cinta yang terlambat memaafkan wanita kesayangan dan takdir umur Hayati yang tidak panjang terabadi dengan TENGGELAMNYA KAPAL VEN DER WIJCK.














Monday, 12 January 2015

KENA RAWATAN PAKAR : DR SARAH.


SAYA BERSAMA DR SARAH.



Dr Sarah adalah sahabat dan kenalan lama yang kami hormati. Kali teraknir saya bertemu dengannya 20 tahun lalu setelah melahirkan Nur Najihah. Dua orang anak kami kelahirannya disambut oleh beliau. Nur Najihah dan Thuraya Nur. Kini beliau berkhidmat dengan Klinik  Tawakal Taman Sri Gombak. Beliau seorang yang sangat  dedikasi dan komited dengan kariernya.

Beliau pernah bersama suami saya Zabidi Mohamed pada tahun 1992,  telah menziarahi maqam Bukhari  di Bukharah, Uzbekistan. Saya juga pernah bersamanya ke Chengmai, Thailand pada tahun 1993. Ketika itu saya maseh dalam berpantang anak ke empat saya iaiti Mohammad Ubadah. Beliaulah yang sangat membantu saya kerana saya mengikut suami ke Thailand.

         Mengenali orang yang dapat membantu  
           adalah suatu rahmat dari NYA.

Dr Sarah adalah orang yang menjadi tempat rujuk saya semasa anak-anak saya menghadapi masalah kesihatan. Semasa Mohammad Ubadah demam berlarutan iaitu seingat saya lebih dari 2 bulan saya telah membawa dia menerima rawatan dengan  Dr Sarah. Dr Sarah meminta saya membawa ubadah ke Hospital Kuala Lumpur. "Asmah kena dapatkan rawatan pakar. Sebaiknya buat x-ray di  Hospital Besar Kuala Lumpur." Katanya Dr Sarah lagi. "Demamnya tinggi" .

Malam itu saya  bersama suami terus ke HKL membawa Ubadah untuk mendapatkan x-ray. Menurut Dr Sarah , demam yang berlarutan serentak dengan selsema dan batuk yang kerap adalah tanda badan mempunyai masalah kesihatan yang serius.  Ubadah perlu mendapatkan rawatan pakar. 

                   Tidak ada orang yang TABAH di setiap
              saat. Ketika ini hanya ALLAH swt tempat 
                                  BERHARAP.


Ketika itu saya sungguh risau, masakkan  dokter di HKL,  marah sungguh dengan saya. Bagaimanalah saya begitu cuai dan mengambil mudah demam anak saya. Kata-kata dokter yang memeriksa Ubadah ketika itu maseh saya ingat. Katanya, "Bagaimana awak seorang emak boleh biarkan anak  8 bulan, demam begini lama." Sambil meneliti x-ray di tangannya ia meluahkan rasa kesal sikap saya sebagai ibu. " X-ray ini dah tahap membimbangkan, kena masuk wad malam ini untuk ambil antibiotik".

"MaassaAllah" detik hati saya.  Bagaimanlah saya tidak bimbang, lapuran x-ray mengatakan paru-paru ubadah telah dijangkiti kuman yang serius. Saya telah merbahayakan anak saya sendiri tanpa saya sedari. Malam itu saya merasakan saya bersendirian. Saya rasa hilang pergantungan. Tidak ada sesiapa pun. Malam itu sungguh GELAP.

                                   Di saat mereka di sisi kita  menjauhi
                   Di saat mereka tidak mahu kita ganggui
                         Di saat kita membina kekuatan
                    Allah swt sebaik-baik tempat megadu.

Ketika mendaftar di wad, seorang dokter lelaki  muda menyambut saya dengan riang dan mesra mengurangkan kerisauan saya. Maseh saya ingat dokter muda riang mendukung Ubadah dan bertanyakan nama. "Nama siapa." Saya senang hati menjawabnya kerana Ubadah ketika itu baru 8 bulan.

"Ohya. nampak sihat dan macam berumur setahun lebih" kata dokter itu. "Tapi, anak saya ada jangkitan kuman". "Okey, nanti saya lihat" balasnya. Dan malam itu Ubadah di beri antibotik serentak dengan ubat bergas melalui pernafasan, selang setiap 3 jam. selama 3 hari. Seterusnya antibiotik diselang setiap 6 jam. kemudian seterusnya selang 8jam.

                      Syukurnya Allah utuskan
                       hambanya yang lain
                bagi menenangkan hati yang
                    benar-benar  mengharap

Ketika di HKL saya bersendirian kerana suami saya pada malam itu telah bertolak ke Thailand. Esok paginya saya menghubungi Dr Sarah. Beliau saja orang yang saya kenal dan terfikir untuk mendapat maklumat tentang masalah jangkitan vaires di paru-paru. Dr Sarah memberitahu semasa saya menghubungi melalui telephon, katanya "Asmah jangan bimbang, dokter di HKL akan membantu syukurlah kerana anak dah di dapat rawatan  Berdoalah. Sabarlah.".Saya meminjam kekuatan dari kata-kata Dr Sarah untuk sabar dan redha. Saya meminjam kekuatan Dr Sarah . Itu yang saya dapat rasakan.


                   Kesabaran itu adalah ketabahan yang bisu
         Keredhaan itu adalah  kesyukuran tanpa ucapan 
                 Akhirat menjadikan tempat di tuju.


Dan disaat ini saya sentiasa berdoa  dan berharap segala kebaikkan Allah peruntukkan kepada anak-anak saya semua. Ubadah mendapat masalah kesihatan dengan masalah lelah yang kerap kerana menurut kata Dr Khadijah tempat perumahan saya adalah kawasan kilang papan. Dr Khadijah adalah juga sahabat yang banyak membantu saya. Ketia itu ia telah berpindah ke Johor membuka Klinik bersalin persendirian.

                          Fikir yang baik-baik
                          Cakap yang baik-baik
                   Minta yang baik-baik
                          Sangka yang baik-baik
                    INSYAALLAH
              Semuanya akan baik-baik belaka.
                                                                         -Ibnu Mussal-

APA YANG SEHARUSNYA SEORANG IBU KETAHUI:


*PERLU MERUJUK KEPADA YANG LEBIH ARIF MENGENAI PERMASALAHAN  KESIHATAN DENGAN MENYIMPAN NOMBOR TELEPHON  DOKTER ATAU JURURAWAT YANG BOLEH MEMBANTU .



* MEMBACA BAHAN BACAAN MENGENAI PENYAKIT DAN KESANNYA DAPAT MEMBANTU KURANGKAN STRESS;

-anak dibawah umur 2 tahun perlu diberi perhatian jika mengadu sakit.

-bagaimana menangani demam panas dirumah penting. 


-merawat luka kecil, sakit kepala ketika letih, selema batuk yang ringan, muntah, sakit perut lenguh kaki, sakit gigi, terseliur ringan, anak-anak letih sebab penat atau kurang tidur. sawan, anak pitam, ruam di badan tertentu, terkena gigitan kecil, telinga sakit, dan sebagainya.


*JANGAN TERLALU BURUK SANGKA DENGAN SUAMI.



*MEMOHON MEMINTA KEKUATAN DARI ALLAH SWT. 



Sebagai ibu memilih pemakanan yang baik adalah tanggungjawab jadi saya selalu memastikan anak-anak saya mendapat nutrien pemakanan yang lengkap. Saya menyediakan makanan seharian dengan melengkapkan hidangan dengan mesti ada sayur. Malah saya juga akan pastikan mereka mengambil madu lebah sebagai makanan sunnah yang menjadi amalan seharian.