Friday, 30 January 2015

JUJURLAH SAYANG & AKU MEMILIH SETIA.

 AKU MEMILIH SETIA UNTUK MU









Nun jauh di lubuk hati ada suatu harapan kepercayaan.
Tiada dendam di hati ku. Aku kalah melupakan.
Bukan aku tidak memaafkan. Hati ku bagai berkecai.
Adakah aku tidak memahami. Semuanya ku serah pada NYA.
                                                                
               Syukur pada mu ya Rabbi
               hati ini maseh segar dengan kasehnya
               jiwa ini maseh kukuh menyakininya.


Ingin ku miliki kejujuran hati. 
Tapi lewatnya aku memilih benci.
Aku mahu jujur dan adil pada diri sendiri. 
Walaupun akan ada yang kecil hati..
Bukankah itu suatu keegoan. 
Merasakan diri sentiasa benar.
Berpegang dengan keyakinan, aku tidak pernah menghalang. Cuma tidak setuju.

Jika diri mu memilih jalinan mesra. Berbahagialah.

Di saat jalinan mencetus kontravesi. Pertahankanlah.
Aku setuju dan tidak membantah.
Itu kemahuan yang tidak mampu ku halang.
Diri mu berdiri kukuh tapi di tapak rapuh. 
Segala perbuatan dan tingkah bergitu mulia
Tiada cela dan positif sahaja.
Bagi mu akulah yang tidak jujur.

                     Redha itu ku bajai.

        Syukur itu ku sirami.
               Tiada halangan yang ku bina.
        kerana  Memaafkan banyak ku taburkan.

Mudahnya kemaafan, kekesalan berkata-kata.

Katanya aku hanya berprasangka
Sedang aku sentiasa bersalah dipersalahkan.
Kerana Cemburu yang keterlaluan. 

Ya aku kuat kukuh dengan keyakkinan ku.
Aku bukan mengharap dimuliakan. 
Katalah sesuka hati mu.
Janji mu menghadiahkan pahala buat dia, akan terlunas oleh ku.

Apakah harus aku hiaskan bila senyuman dia bersama  jarum berbisa.
Tabah kuat kukuh menyokong mempertahankan. 
Tanpa sedar dirinya kau lindungi.
Tidak mampu diri mu menyakiti  menghiris dan menyinggung perasaannya.
Kata mu dia telah banyak menanggung derita. 
Tidak mampu diri mu mengapa-apakannya.
Malah diri mu mengorbankan segala. 
Kenapa kau pilih aku untuk itu.
Mengapa aku,mengapa? 

              Aku tidak akan undur diri,
                 luluh hati ini dengan keegoan,
         biar ku pendam menggenggam benci,
                 atas keyakinnan bukan aku memulakan.

 Apa yang ku buat menghiris hati mu. 
Tapi perkataannya indah di hati mu.
Sungguh Allah mengutuskan kebaikkan kepada hambaNya yang Dia sayangi.
Allah utuskan juga diri mu dan sekelilingnya menyanyangi nya. Alhamdulillah.
Di saat ini diri ku tidak sedikit pun sesal. 
Segalanya adalah suratan Takdir Nya.
Aku tidak menyesal memilih benci. 
Maafkan lah aku ya Allah.


                               PADA UMUR 52 TAHUN


Sejujurnya maseh ada keyakinan ini dengan lafaz aqad. 
Aku meredhainya.
Di saat umur yang berbaki ini. 
Aku merindui keyakianan yang teguh, kukuh.
Cinta yang terlalu jauh ku gapai, membuatkan aku letih. 
Tapi aku yakin WUJUD.

Benar kat mereka cinta itu buta. 

Kerana dalam bisikan rindu kenangan.
Engkau acapkali datang. 
Persis untuk memberi harapan.
Aku bagai di kejar bayang-bayang. 
Aku takut dengan diri ku sendiri.

Nafasku menghembuskan kelegaan. 

Kenangan itu melodi menaibkan.
Membisikkan pada diri mu menjadi hutang yang telah ku bayar. Keampunan dari Nya.
Aku memilih setia hingga hujung nyawa. 
Walau ketentuan Illahi mengatasi segala.




                         KEK HANTARAN PERKAHWINAN.


28 Jan 1987 ijab kabul memetri cinta ku. Kunci bahagia di hati ku.

Aku memilih diri mu bukan si dia itu. Istiqarah mendorong cinta ku.

Aku SUJUD padamu ya ALLAH. Memohon pengampunan Mu.

Tidak terdaya aku menolak qadak dan qadar Mu.
Lindungilah suami ku anak-anak ku. Aku menyayangi mereka kerana Mu Ya Allah.
Limpahilah Kasih Mu dan rasa Cinta Mu agar mereka Mengasehi Mu Ya Allah. 
Mengasehi Rasul mu yang Mulia.
Ya Allah bantulah suami ku dan anak-anak Membesarkan Memuliakan dan Menjunjung Al Quran dan As Sunnah Mu. Amien.





28 Januari 2015

No comments:

Post a Comment