Friday, 23 January 2015

TERAPI KASEH SAYANG.

TERAPI KASEH SAYANG

Seringkali bila berbual dengan kawan-kawan, kenalan juga saudara-mara akan kedengaran beberapa pandangan dan luahan mereka terhadap percutian.
*"Percutian membazirkan masa je, bukan itu saja  wang itu boleh digunakan beli barangan untuk saya nak berbisnes", kata rakan saya yang menjalankan perniagaan.

*"Bercuti!  menyusahkan dan leceh menguruskannya, nak tempah hotel, itu lah ini lah. Jauh pulak nak ke sana." "Duduk rumah je lagi bagus jimat dan tak penat".
y
*"Rumah kami dekat sahaja dengan pantai." kata kawan saya melalui telephon bila saya beritahu nak ke PD sebab anak-anak nak main air laut. "Hari-hari pun kami boleh pergi pantai, setakat duduk-duduk bermain air laut tu kami dah biasa dah". Nyamannya fikiran dapat ke pantai, begitulah rasa hati saya, Begitu gembiranya bila merasai bermain air serta pasir di pantai atau di sungai bersama-sama anak-anaknya.

* " Awak bolehlah pergi jalan-jalan sebab suami awak gaji besar, Kami tak mewah untuk pergi jalan-jalan." katanya lagi "Duduk rumah lagi bagus, jimat dan tak perlu nak keluarkan duit untuk bazirkan duit".

* "Susah dengan budak-budak ni bila pergi jalan , asyek bertekak saja adik-beradik ". "Anak aku tiga orang je tapi macam sepuluh orang." ngomel kawan sepersekolahan saya dulu. Kawan saya tadi pernah menceritakan dia dan suaminya tanggung malu besar bila anaknya bergaduh ketika sedang makan di restoren.

*" Dikalangan saudara mara saya pernah melontarkan kata-kata, "Tak kelasnya setakat pergi main air kat Al Famosa Water World, Dari bercuti begitu baik pergi melancung luar negara lagi cantik."

* "Jika banyak duit kumpul bawa anak pergi umrah lebih bermanafaat, tidak perlulah melancung ke atau jalan-jalan kat sekitar sini. Tak ada manafaatnya"

Cetusan rasa hati ini bukan untuk menghakimi kata-kata itu. Kita sebagai ibubapa ada berbagai cara mendidik dan memotivasikan anak-anak agar matang dan boleh berfikir secara positif.
Bagi saya dan suami bercuti  dan pergi jalan-jalan tidak adalah keperluan dan tanggungjawab kami memberi anak-anak pengalaman yang menarik dalam kehidupannya.

 Keriangan tidak boleh dibeli,
 kasih sayang boleh di pupuk.

2007
Sungai Congkak.


    Angah Mar dan Jua
                                       
Sungai Congkak terletak di daerah Hulu Langat.  Ianya menjadi pilihan kerana dekat, tidak mengeluarkan bajet yang besar, iaitu tidak perlu menyewa penginapan, Ianya hanya mengambil masa sehari sahaja. Iaitu mungkin dalam setengah hari atau 5 jam sahaja.

                              Anak-anak memerlukan
                      ruang untuk melepaskan kepenatan, 
                               keletihan ke sekolah dan 
                        menolong kita seharian di rumah.

goreng keropok lekor. makan panas-panas . sedap sangat.

Makanan yang mudah di masak seperti  keropok lekor menjadi pilihan anak-anak. Sikap bermuafakat juga menitik beratkan tidak meninggalkan sohlat fardu ketika beriadah mudah diajar dan dipraktikan di ketika begini. Oleh itu pilihlah tempat yang ada bilik air dan tempat sohlat yang selesa adalah perlu.



        Riangnya mereka dapat memasak secara terbuka dan
         bergotong-royong menyusun tempat untuk berkelah.




                                Dekya, Atin ,  Angah Mar dan Ikah.

Kemah kecil, tikar plastik dan keperluan untuk makan semuanya telah disediakan. Anak-anak jika nak ke tempat percutian memang senang bangun dan telah tersedia baju untuk keperluan mandi di sungai. Best sangat sangat sangat. Mereka belajar membuat persediaan berkelah dan membawa peralatan sohlat yang asas.

Sungai Congkak mengalirkan air yang jernih dan sejuk menyegarkan. Batu-batuan menjadi tempat melabuhkan punggung sungguh selesa bila aliran air yang sejuk menyapu keting kaki anak-anak. Cantik melihat mereka bersorak keriangan. Nyaman dan sejuknya di nikmati oleh mereka di sungai ini. Anak-anak boleh mendapat  pendedahkan bagaimana untuk menjaga alam sekitar.



Noha berpaut pada Ara ketika ini  air yang tiba-tiba deras menuruni sungai. Gembiranya anak-anak. Melatih memberi perhatian soal keselamatan.



Betapa seronoknya percikkan air sejuk membasai tubuh dan muka mereka. Bermain sekumpulan dengan adik-adik mengeratkan.



Lihatlah anak sulung saya terpaksa menelangkupkan muka bila adik-adiknya memercikkan air padanya. Bermain dengan adik-adik dapat menjaga batas aurat.


2005, 2008, 2010, 2012  dan  2014.
Port Dikson.

Port Dikson tempat yang acapkali kami bercuti. Sebabnya ianya dekat, hotelnya dalam kemampuan dan mudah mendapatkan makanan.


Bermain air di kolam renang memang meriangkan, menikmati rasa kehalusan pasir dengan kemasinan lautan sungguh mengasyekkan, Berjalan-jalan dan ke taman permainan sememang aktiviti yang mengembirakan. Kita selalu merasakan ianya banyak membuang masa dan tidak proaktif dalam kehidupan jika ketempat begini membawa anak-anak. Sebenarnya INILAH TERAPI KASEH SAYANG.
                                             Pekara yang kita
                                               tidak suka
                    tidak bermakna anak-anak
                                        pun tidak suka.

Ketika ini EGO kita sebagai ibu dan ayah akan tertinggal di rumah. Kita akan bermain memeluk anak-anak kecil kita, berpegagangan tangan  dengan mereka, ketawa bersama-sama dan ada ketika kita  diketawakan mereka. Kita akan berkongsi banyak pekara ketika itu.


Bagaimanlah hendak dilupakan pengalaman bemain bola di kolam renang di Tiara Beach Resort yang bertukar menjadi mainan keretapi sebab bola hilang.



Saya yang asalnya tidak mahu turut bermain air kemudian turun kedalam kolam membawa anak bonsgu saya Jua.


Berbelanjalah mengikut kemampuan sahaja. Mungkin sekitar rumah kita ada pantai yang indah atau ada sungai yang sejuk airnya atau ada danau atau bukit untuk diterokai. Beriadah disekitar tasek yang tenang airnya atau  besama-sama bermain badminton depan rumah. 




  Hari yang membosankan membuatkan mereka berkelah di depan rumah.




                     Berjalan-jalan di Lake Velly yang nyaman.

Bercuti memberi kesan mendalam di jiwa anak-anak. Biarpun hanya sehari semalam sahaja. Membina IMEGINASI melalui berjalan selalu di ungkap  "Jauh berjalan Luas pemandangan". Jangan memandang remeh dalam memberi 'masa perhatian' pada tersayang.

                           Berjalan itu juga pembelajaran 
                            pada anak-anak juga ibu ayah.

Memenuhi masa yang sesuai membantu anak-anak membina minda yang cerdas dan kreatif.

Cameron Highland dan Genting Highland antara tempat yang pernah menjadi pilihan kami santai-santai dengan anak-anak.

2014 
Cameron Higland.

Menyaksikan hamparan bukit bukau yang menghijau, nyaman dan menyegarkan. Bagi anak-anak yang dibesarkan di bandar menyusuri kawasan kayu kayan memang indah. Mereka juga kita mungkin tidak pernah terbayang kehidupan mereka di kawasan pergunungan seperti kumpulan orang Kita [orang Asli].

                        Panorama menyusuri bukit untuk 
                                ke Puncak adalah terapi 
                             Ciptaan Yang Maha Agung.

Saya juga merasakan keterujaan anak-anak apabila melihat kawasan pergunungan Cameron Highland. Ladang teh yahng luas saujana mata memandang hasil mereka yang menerokainya, kehidupan penduduk di sana juga berbagai tanaman yang diusahakan.










Cameron mempamirkan udara sejuk dan nyaman. Hasil tani yang segar seperti strawberi dan jambu. Pokok-pokok bunga yang cantik dan mempersonakan.


1998  2013  &  2014
Langkawi

Langkawi 15 tahun lalu berbeza dengan Langkawi sekarang. Namun kenangan memang tidak boleh di jual beli.





                 Pak Lang Ismail  melihat anak-anak  sedaranya 
                    di kabin katil Trin Senandung Langkawi.



                   Pak Ngah Jo dan Mak Ngah Ila tersenyum
               keterujaan menaiki  Ferry Langkaw, Kuala Perlis.

Langkawi pun antara tempat yang beberapa kali kami kunjungi:
1997, 2013 & 2014


ANAK-ANAK AKAN MERASAKAN:

# Merasai kegembiraan yang akan menjadi kenangan
# Mengeratkan perhubungan adik beradik
# Menjadi bahan untuk bercerita dan membuat karangan di sekolah.
# Merasa diri mereka tidak ketinggalan dalam dunia luar dilingkungan kehidupan mereka.


IBU DAN AYAH AKAN MENGUKUHKAN

# Membantu dan mendidik diri kita menyediakan sedikit perbelanjaan untuk persediaan bercuti.Walaupun belanjanya kecil ianya perlu dirancang dalam jadual kehidupan dengan anak-anak.
[oleh itu belanjalah sekadar kemampuan].
# Membantu kita bersabar menguruskan keperluan agar tersusun dan mereka terasa gembira walaupun masa kita untukkan cuma sehari semalam sahaja.
# Membantu mereka memperluaskan minda dan kretiviti seperti berkemah dan champing. Juga dapat menyusun minda mereka.
#  Menambah rasa kaseh dan sayang pada mereka.


AL FAMOSA WATER WORLD, MELAKA.

BUKIT MERAH WATER WORLD, PERAK.

DESA WATER PARK , KUALA LUMPUR.

TAMAN AIR KLCC.

ZOO NEGARA. KL

TAMAN TASEK PERDANA KL

TAMAN BURUNG KL
PERPUSTAKAAN NEGARA.

ASTANA BUDAYA KL


TAMAN TASEK TITIWANGSA , KL



 PHOTO DARI FB MARHAMAH. : TERIMA KASIH KEPADA MARHAMAH ZABIDI **

No comments:

Post a Comment