Tuesday, 20 January 2015

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK.

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK.




Sebuah filem adaptasi novel buya Hamka, iaitu "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck". Cerita berlatar belakangkan tahun 1930an di mana masyarakat Minangkabau Padang yang kaya dengan budaya dan pegangan adat Minang. Budaya melayu minang ini memaparkan pertemuan lelaki dan perempuan ada tata-susilanya. Juga tergambar gulungan  ' berada ' iaitu kaya dan ada 'kedudukan' iaitu berpengaruh sentiasa pada status tinggi. Mereka dari orang bawahan atau pedagang di pandang rendah kerana tiada di ketahui asal keturunannya.











Tenggelamnya Kapal Ven Wijck adalah kisah percintaan seorang pemuda dari Makassar, yang jatuh cinta dengan gadis Minangkabau yang mendapat tentangan dari masyarakatnya yang mementingkan darjat dan adat Melayu Minangkabau. Jalinan perhubungan di gambarkan begitu cantuk dengan kesopanan iaitu tiada sentuhan cuma bertukar senyuman dan saling bantu-membantu.






Apabila percintaan mendapat tentangan mereka berjumpa secara rahsia dan memberi tanda kenanagan serta sumpah setia. Di sini penulis menjadikan tudung sebagai ikatan hati dan di gambarkan secara vesual.Cantik.

Sī


Persahabatan persaudaraan kekeluargaan diperpanjangkan dengan Hayati datang ke Surabaya. Hayati yang rindu untuk bertemu Zainudin  telah menjadi tragedi.  Hayati  telah berkenalan dengan Engku Zain yang akhirnya terpikat dengan Hayati dan melamarnya atas desakkan keluarganya.










Saya pernah membaca novelnya semasa saya dibangku sekolah dahulu. Sebelum menonton filem ini saya menaruh harapan, elemen patuh syariah dapat di angkat  sesuai dengan ketokohan buya Hamka. Setelah menontonnya saya dapati filem ini telah terlalu dikomesialkan dan mesej dakwahnya telah tenggelam seperti tenggelamnya kapal Van Der Wijck. Malah elemen patuh syariahnya juga digadaikan oleh penerbit dan pengarah.



Gambaran menjadi surat sebagai penghubung percintaan yang divesualkan menarik. Kekecewaan pada Zainudin yang divesualkan bersesuaian dengan bagaimana mereka membina  dan menanamkan rasa cintanya pada Hayati, bagus dan jelas..  Tragedi mengikat setia dengan janji akan teguh bahawa Hayati akan setia dengan  memberi selendang mengambarkan harapan Zainudin namun dia kecewa dan merana. Pameran emosi pelakun nampak jelas dan nyata.

Alangkah cantik nya juga elemen bagaimana Zainudin bangun dari kekecewaan dengan menjadi penulis yang hebat dan berjaya secara dramatik. Kata-kata semangat dan kekuatan ilmu buya Hamka boleh di angkat dalam membina semangat watak Zainudin itu.










Menghasilkan skrip drama atau filem patuh syariah yang empunyai nilai-nilai murni bukan sekadar memakai tudung dan tiada elemen bersentuhan atau berpegangan tangan sahaja. Patuh syariah dalam menghasilkan skrip filem atau drama perlu mematuhi beberapa syarat pemVESUALan dan juga DIALOG. Bukan sahaja SKRIP yang patuh syariah malah PENGGIAT DRAMA & FILEM  seperti PENGARAHnya perlu faham syariat dan mahu mengarah kearah bersyariat. Ya semestinya kena ada FIKRAH..

Elemen komesial asas yang perlu ada dalam menggarap sebuah skrip atau cerita iaitu strategi, tragedi, cinta dan siasatan mungkin maseh boleh dibaik tambah. Memaparkan hanya elemen CINTA yang cukup kuat bukan suatu tarikkan terbaik sebuah cerita. Banyak babak-babak sepatutnya tidak perlu diangkat malah babak-babak itu hanya tempelan bukan untuk mengangkat nilai moral yang tinggi untuk dijadikan drama yang indah.





Cerita yang memaparkan kebudayaan Melayu Minang tiada dan jarang divesualkan. Dalam novel tidak digambarkan  secara terperinci kehidupan, sistem kekeluargaan dan budaya gotong royong masyarakat Minang. Namun indahnya jika ianya  di vesualkan. Keluarga mewah dan menunjolkan kehidupan sosial remaja ketika itu jelas menunjukkan masyarakat minang moden ketika itu. Tapi kehidupan sosial budaya minang di sisipkan sedilit sedikit sahaja. Adat masyarakat pergaulan remajanya diselitkan dengan  pertemuan Zainudundan Hayati yang ringkas.

Zainuddin membina kekuatan dan boleh bangun dengan kepayahan apabila pinangannya ditolak oleh suku adat minangkabau melinkungi kehidupan Hayati. Zainudin bangkit  menerima Hayati telah menjadi isteri orang lain.


Kekecewaan dan sukarnya Zainudin melupakan Hayati menjadi dendam yang mengorbankan rasa memaafkan Zainudin pada Hayati. Trageji tenggelamnya kapal Ven Der Wijck, menakhirkan cinta yang tidak kesampaian mereka. Tragisnya kisah cinta yang terlambat memaafkan wanita kesayangan dan takdir umur Hayati yang tidak panjang terabadi dengan TENGGELAMNYA KAPAL VEN DER WIJCK.














No comments:

Post a Comment