SAYA BERSAMA DR SARAH.
Dr Sarah adalah sahabat dan kenalan lama yang kami hormati. Kali teraknir saya bertemu dengannya 20 tahun lalu setelah melahirkan Nur Najihah. Dua orang anak kami kelahirannya disambut oleh beliau. Nur Najihah dan Thuraya Nur. Kini beliau berkhidmat dengan Klinik Tawakal Taman Sri Gombak. Beliau seorang yang sangat dedikasi dan komited dengan kariernya.
Beliau pernah bersama suami saya Zabidi Mohamed pada tahun 1992, telah menziarahi maqam Bukhari di Bukharah, Uzbekistan. Saya juga pernah bersamanya ke Chengmai, Thailand pada tahun 1993. Ketika itu saya maseh dalam berpantang anak ke empat saya iaiti Mohammad Ubadah. Beliaulah yang sangat membantu saya kerana saya mengikut suami ke Thailand.
adalah suatu rahmat dari NYA.
Dr Sarah adalah orang yang menjadi tempat rujuk saya semasa anak-anak saya menghadapi masalah kesihatan. Semasa Mohammad Ubadah demam berlarutan iaitu seingat saya lebih dari 2 bulan saya telah membawa dia menerima rawatan dengan Dr Sarah. Dr Sarah meminta saya membawa ubadah ke Hospital Kuala Lumpur. "Asmah kena dapatkan rawatan pakar. Sebaiknya buat x-ray di Hospital Besar Kuala Lumpur." Katanya Dr Sarah lagi. "Demamnya tinggi" .
Malam itu saya bersama suami terus ke HKL membawa Ubadah untuk mendapatkan x-ray. Menurut Dr Sarah , demam yang berlarutan serentak dengan selsema dan batuk yang kerap adalah tanda badan mempunyai masalah kesihatan yang serius. Ubadah perlu mendapatkan rawatan pakar.
saat. Ketika ini hanya ALLAH swt tempat
BERHARAP.
"MaassaAllah" detik hati saya. Bagaimanlah saya tidak bimbang, lapuran x-ray mengatakan paru-paru ubadah telah dijangkiti kuman yang serius. Saya telah merbahayakan anak saya sendiri tanpa saya sedari. Malam itu saya merasakan saya bersendirian. Saya rasa hilang pergantungan. Tidak ada sesiapa pun. Malam itu sungguh GELAP.
Di saat mereka di sisi kita menjauhi
Di saat mereka tidak mahu kita ganggui
Di saat kita membina kekuatan
Allah swt sebaik-baik tempat megadu.
Ketika mendaftar di wad, seorang dokter lelaki muda menyambut saya dengan riang dan mesra mengurangkan kerisauan saya. Maseh saya ingat dokter muda riang mendukung Ubadah dan bertanyakan nama. "Nama siapa." Saya senang hati menjawabnya kerana Ubadah ketika itu baru 8 bulan.
"Ohya. nampak sihat dan macam berumur setahun lebih" kata dokter itu. "Tapi, anak saya ada jangkitan kuman". "Okey, nanti saya lihat" balasnya. Dan malam itu Ubadah di beri antibotik serentak dengan ubat bergas melalui pernafasan, selang setiap 3 jam. selama 3 hari. Seterusnya antibiotik diselang setiap 6 jam. kemudian seterusnya selang 8jam.
Syukurnya Allah utuskan
hambanya yang lain
bagi menenangkan hati yang
benar-benar mengharap
Ketika di HKL saya bersendirian kerana suami saya pada malam itu telah bertolak ke Thailand. Esok paginya saya menghubungi Dr Sarah. Beliau saja orang yang saya kenal dan terfikir untuk mendapat maklumat tentang masalah jangkitan vaires di paru-paru. Dr Sarah memberitahu semasa saya menghubungi melalui telephon, katanya "Asmah jangan bimbang, dokter di HKL akan membantu syukurlah kerana anak dah di dapat rawatan Berdoalah. Sabarlah.".Saya meminjam kekuatan dari kata-kata Dr Sarah untuk sabar dan redha. Saya meminjam kekuatan Dr Sarah . Itu yang saya dapat rasakan.
Kesabaran itu adalah ketabahan yang bisu
Keredhaan itu adalah kesyukuran tanpa ucapan
Akhirat menjadikan tempat di tuju.
Dan disaat ini saya sentiasa berdoa dan berharap segala kebaikkan Allah peruntukkan kepada anak-anak saya semua. Ubadah mendapat masalah kesihatan dengan masalah lelah yang kerap kerana menurut kata Dr Khadijah tempat perumahan saya adalah kawasan kilang papan. Dr Khadijah adalah juga sahabat yang banyak membantu saya. Ketia itu ia telah berpindah ke Johor membuka Klinik bersalin persendirian.
Fikir yang baik-baik
Cakap yang baik-baik
Minta yang baik-baik
Sangka yang baik-baik
INSYAALLAH
Semuanya akan baik-baik belaka.
-Ibnu Mussal-
APA YANG SEHARUSNYA SEORANG IBU KETAHUI:
*PERLU MERUJUK KEPADA YANG LEBIH ARIF MENGENAI PERMASALAHAN KESIHATAN DENGAN MENYIMPAN NOMBOR TELEPHON DOKTER ATAU JURURAWAT YANG BOLEH MEMBANTU .
* MEMBACA BAHAN BACAAN MENGENAI PENYAKIT DAN KESANNYA DAPAT MEMBANTU KURANGKAN STRESS;
-anak dibawah umur 2 tahun perlu diberi perhatian jika mengadu sakit.
-bagaimana menangani demam panas dirumah penting.
-merawat luka kecil, sakit kepala ketika letih, selema batuk yang ringan, muntah, sakit perut lenguh kaki, sakit gigi, terseliur ringan, anak-anak letih sebab penat atau kurang tidur. sawan, anak pitam, ruam di badan tertentu, terkena gigitan kecil, telinga sakit, dan sebagainya.
*JANGAN TERLALU BURUK SANGKA DENGAN SUAMI.
*MEMOHON MEMINTA KEKUATAN DARI ALLAH SWT.
Sebagai ibu memilih pemakanan yang baik adalah tanggungjawab jadi saya selalu memastikan anak-anak saya mendapat nutrien pemakanan yang lengkap. Saya menyediakan makanan seharian dengan melengkapkan hidangan dengan mesti ada sayur. Malah saya juga akan pastikan mereka mengambil madu lebah sebagai makanan sunnah yang menjadi amalan seharian.

No comments:
Post a Comment