Tuesday, 30 June 2015

TABAH ADA TIKA MELAHIRKAN.

Melahirkan perlu ketabahan
[kisah 5]





"Missi saya nak minta tukar cadar dan alas saya sebab dah banyak darah" saya memanggil jururawat berbangsa cina yang sedang bertugas. 


"Sekejap ya semua orang buka puasa". Kata jururawat  kecil molek itu. "Bila semua sudah masuk boleh tukar" kata jururawat itu.

Ketika ini bulan ramadhan, semasa dalam bilik bersalin untuk menanti melahirkan anak ke sembilan.  Setelah melahiran jururawat yang bertugas  telah memberi segelas susu suam. Inilah kali pertama saya dilayan begini. Suami saya hanya menghantar saya ke hospital sebelum  pergi menunaikan sohlat jumaat. 
"Alhamdulillah senang puan bersalin". Saya hanya senyum kepada jururawat. Terasa mahu lena sahaja ketika itu. 

Melahirkan merupakan bermulanya satu perjuangan membawa insan yang akan kita galas tanggugjawab untuk mendidik mereka.

Amanah yang membawa sejuta rahmat kerana anak itu adalah:
@kebahagiaan & keriangan
@amanah & tanggunjawab
@menghubung kaseh antara Allah dan mahluknya.
Bersyukurnya mengharungi alam kehamilan berubah ke dunia kekeluargaan.

Saya tidak dapat wad 'first class' atau 'second class' kerana telah habis tempahannya di hospital Kerajaan. Ketika tahun 90an dokter ketika itu telah meminta saya lahirkan anak di Hospital Kerajaan. 

Saya mendapatkan pemeriksaan bulanan di Klinik Swasta, Dr Hasnida bertanya pada saya, "Asmah hendak bersalin di mana?".
"Sebelum ini saya bersalin di HUKM". kata saya. 
"Saya akan buat surat dan cuma pergi sekali sahaja untuk ada rekod di sana bila nak melahirkan nanti" Kata Dr Hasnida. 

Menurut Dr Hasnida melahirkan di Hospital kerajaan adalah terbaik kerana peralatannya lengkap dengan pakarnya. Kebiasaannya ibu yang mempunyai banyak risiko kelahiran dinasehatkan bersalin di Hospital Kerajaan. Menurut  Dr Hasnida, saya adalah termasuk ibu yang berisiko untuk melahirkan sebab mempunyai kelahiran yang ramai dan berumur lebih dari  36 tahun.



Melahirkan memerlukan keyakinan diri. Mungkin dari segi perubatan ibu kena sihat, iaitu perlu mengambil pemakanan yang lengkap nuterisinya. Bersenam adalah saranan dokter bagi mengekalkan stemina sepanjang mengandung juga ketika kelahiran.

Saya juga seperti wanita lain sentiasa tidak putus-putus berdoa muga memudahkan kelahiran. Walaupun telah dua belas kali melahiran, rasa bimbang berdebar-debar dan cuak tetap ada disetiap kelahiran. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bagaimana saya memang takut berdepan dengan saat-saat melahirkan.



"Abang, bang sakit ni... ana sakit perut" saya mengejutkan suami jam 4 pagi. "Sakit nak buang air kot".suami meredakan kerisuan saya.". Saya pun bangun untuk ke bilik air tapi semacam menekat-nekan pulak, fikir saya. Saya terkejut bila melihat banyak darah dilantai. MasyaAllah. 

Ketika itu kami menyewa di Kok Lanas. Kami memerlukan 30 min untuk ke Hospital Kota Bharu. Oleh kerana minyak kereta perlu diisi suami kestesen minyak berdepan dengan kawasan perumahan kami. Ketika itunsaya tersa derauan 'air ketuban' . Saya memberitahu suami saya tidak akan sempat bersalin di hospital. Suami saya buat keputusan mengambil bidan kampung sahaja. Tapi kami tidak tahu nak bertanyakan sesiapa sebab baru dua bulan pindah. Suami saya di tukarkan ke Pejabat baru di Kota Bahru sebagai Penolong Penasehat Undang-Undang Negeri Kelantan.


Suami meminta bantuan jiran kami. Kebetulan kami berjiran dengan bidan iaitu jururawat tentera, Kem Desa Pahlawan Kelantan Kok Lanas. Alhamdulillah anak saya lahir seiring dengan azan subuh di pagi itu.


Pengalaman melahirkan tanpa dokter menggerunkan. Hanya bidan dan jururawat yang bertugas sebab sedang pertukaran bertugas di wad hospital.  Saya masih ingat ketika itu jururawat bertuga menjerit, katanya "ibu ini, dah nampak kepala bayi". Semasa ditolak ke bilik bersalin mereka minta saya tahan jangan 'teran'. Alhamdulillah bila beralih katil dan sekali 'push' bayi telah selamat dilahirkan. Alhamdulillah.

Ada juga kelahiran yang telah keluar darah tapi saya tidak ada rasa sakit untuk bersalin. Kata dokter saya perlu rasa sakit untuk membuka 'jalan' bayi keluar. Oleh kerana 'ketuban' telah di pecahkan dokter minta saya apabila rasa sakit sikit cuba untuk  'meneran'. 

Ketika kelahiran yang susah atau lambat untuk bayi dilahirkan, 4 orang dokter pakar datang memeriksa saya sebab kebiasaannya ibu anak ramai mudah bersalin katanya. Alhamdulillah bayi selamat juga lahir seperti biasa. 

Anak-anak yang lahir selalunya dapat d'qamatkan' bagi anak perempuan dan 'azankan' bagi anak lelaki oleh pihak hospital. Suami akan mengulanginya bila dia datang melawat. Alhamdulillah.

Sepanjang berpantang saya urus sendiri suami isteri. Cuma anak pertama saya balik kampung dalam tempoh berpantang di mana emak membantu sepanjang berpantang 44 hari. Segala pesan emak saya sedayanya ikuti.

Pesan emak:
1: Jangan aniaya haiwan dan binasakan sesuatu yang ada manafaat.
2: Sentiasa sabar kerana semasa mengandung penat jadi mudah marah dan merungut.
3: Mengidam pekara pelik dan menyusahkan jangan di ikutkan hati.
4: Senangkan [jaga makan minum] suami sepanjang mengandung supaya senang melahirkan anak.
5: Jika letih berehat sebab setiap anak lain ragamnya.
6: Jika tiada bidan minyak panas kena digosok hari-hari.
7: Sarung kaki dan sumbat telinga dengan bawang puteh.
8: Makanan berpantang kena ada halia dan lada hitam.
9: Telor ayam kampung separuh masak akan beri tenaga.
10:Makan ubat mandi pagi petang.

Semasa suami saya berkhidmat di Kelantan mengurut dengan bidan kampung sebelum melahirkan adalah budaya mereka. Bidan kampung telah memberitahu, hanya melihat perut saya bidan  itu mengatakan saya akan senang melahirkan anak dan akan mempunyai anak yang ramai. Bidan itu menasehatkan saya menjaga kesihatan luarakn dan dalaman wanita. Saya bersyukur dengan keikhlasan bidan kampung yang banyak menurunkan ilmu menjaga kesihatan.

Bidan kampung.
1: Bertungku buat hari-hari dan dalam tempuh dua  minggu                'peranakkan' akan boleh 'kecut' sepenuhnya.
2: Jangan/elakkan makanan yang sejuk dan berangin.
3: Ubat utama untuk dalam berpantang adalah manjakani.
4: Makan ubat/jamu sehingga mengandung yang akan datang.
5; Berbengkung boleh menetapkan kedudukan peranakkan.
6: Jamu atau ubatan tradisional membantu pemulihan dalaman wanita kerana wanita menjalani proses mengandung selama 9bulan oleh itu perlu memulihkan kesihatan diri.
7: Makanlah makanan yang berkhasiat untuk pulihkan tenaga.

tips mengandung:

1: Susun jadual aktiviti seharian supaya tidak mengalami terlalu penat dan stress. (membaca quran)
2: Berusaha tidak selalu menyakiti orang terdekat terutama suami.(beristigfar.)
3: Berusaha menenangkan diri dengan ujian sepanjang mengandung dan belajar menenangkan diri. (berwudhuk).
4: Jangan abaikan sohlat kerana sohlat itu adalah kunci rahmat.
- menenagkan hati
-merehatkan minda
-senaman sendi secara tidak sedar.
-menambah ilmu kerana ibu mengandung akan mempraktikkan sohlat duduk maupun sohlat berbaring jika benar- benar letih.
-terapi memfokuskan minda supaya mudah mendidik anak.


INDAHNYA MENJADI IBU.

WARNA DEKYA TAK ADA

[kisah 3]

Setiap jam 5.30 pagi saya telah terbangun kerana  bayi saya jam 4.30 pagi telah bangun untuk menyusu. Saya cuma akan membancuh minuman milo untuk sarapan dengan roti. Anak yang bersekolah dibangunkan seawal 6.00 pagi. 

Ubadah dan Dekya tahun ini belajar di tadika. Setiap hari saya akan hantar mereka berdua di tadika yang terletak tidak jauh dari rumah kami iaitu disekitar kawasan perumahan sahaja. Abangnya di kelas enam tahun dan Dekya di kelas lima tahun.

Pagi-pagi lagi Ubadah dah bangun lebih awal. Ubadah memang suka ke tadika. Tadika bermulanya dia mengenal  kawan belajar dan bermain. Ubadah mulanya agak pasif kerana mereka cuma bermain dengan adik-beradik sahaja di rumah. Tadikalah persekitaran yang bermulanya dia berkomunikasi degan rakan sebaya. 

Di rumah masa  dihabiskan dengan permaianan 'play station'nya . Sejak Ubadah bersekolah di tadika, dia akan menyiapkan kerja sekolah sebelum bermaian play station. Itu rutin hariannya.

Semasa balik sekolah Ubadah dan Dekya akan membuat kerja sekolah mewarna yang cikgu minta siapkan di rumah. Kata Dekya "Umi, warna Dekya tak ada". Dekya selalu mengadu tiada pensel warna. Hampir setiap minggu saya membelikan pensel  warna. Bila di tanya katanya "Entah dekya tak  tahu". Saya mula mengesyakki ada sedikit aktiviti kurang sihat yang dihadapi oleh Dekya.

"Badah, kat sekolah nampak ada orang kacau Dekya ke". saya bertanyakan Ubadah.
"Tak dalah umi, Dekya tu bukan duduk kat kelas, asyek ikut badah je. buat malu je" kata Ubadah memulakan cerita.. "Sejak bila."saya tanya lagi. Kata Ubadah "Selalu Dekya ikut je mana-mana badah pegi".

Pelik juga sebab setiap hari saya menghantar merka ke tadika, tidak ada pula cikgu tadika beritahu saya yang Dekya tidak mahu masuk kekelasnya sebaliknya masuk kelas enam tahun mengikut Ubadah abangnya..

Ianya berlarutan sehingga bulan April. Puas juga saya menggayakan Dekya untuk ke tadika. Tapi saya memilih tidak memaksanya. Jadi saya pun menceritakan pada suami saya. Katanya, " cubalah pergi jumpa guru yang mengajar Dekya tu". Ketika itu saya serba salah sangat sebab gurunya memberitahu tak ada apa-apa masalah tentang Dekya.


Dan saya bertanya sekali lagi dengan secara perlahan-lahan iaitu sambil-sambil dia bermain dengan adiknya kenapa dia selalu tidak mahu pergi tadika. Katanya Dekya, " Dekya selalu tak ada warna, dan tak tahu nak pinjam sapa".

"Nanti umi beli warna besar dan cantik, dekya boleh kongsi dengan kawan dan kalau rosak atau hilang umi beli yang baru".
"Okey lah dekya pegi sekolah esok". sahutnya bersahaja sambil bermain dengan yang adik kecilnya.

Kejadian sama berulang, dan saya mengambil keputusan menulis surat untuk menjadi rujukkan gurunya. Antara yang saya ajukan;

*minta pastikan warna anak saya tidak hilang supaya dia tiada alasan untuk tidak mahu ke tadika.

*Juga dia dapat menyiapkan kerja mewarna menulis yang diberikan semasa belajar.

Saya menyatakan pada guru tadika itu bukan soal warna yang saya terpaksa selalu belikan tapi soalnya saya hendak anak saya gembira berada di tadika dan dapat menyiapkan kerja yang diberikan padanya. Walaupun masa di tadika cuma dua tahun sedangkan masa di sekolah rendah enam tahun namun dua tahun itu umpama putik bunga yang harus dijaga untuk berkembang cantik.

Apabila anak mengalami stress disekolah mereka akan memberi berbagai alasan untuk tidak mahu ke sekolah. Terma kaseh pada guru-guru awallun yang mengajar anak saya kehidupan persekolahan di TADIKA.

Setelah di sekolah menengah Dekya menceritakan budak yang selalu mengambil warnanya dan juga selalu mencubitnya ketika di tadika berada di kelas yang sama di tahun satu.

'ANAK-ANAK PERLU DI BANTU MENYELESAIKAN MASALAH KECIL-KECIL  MEREKA AGAR TIDAK TERJEJAS MASA DEPAN YANG MASIH PANJANG.'

BUDAK TOMBOY

[kisah  1]

Setiap hari pagi-pagi adalah masa yang sungguh merisaukan fikiran saya. Saya susah sungguh untuk bangun mandi menyarungkan baju ke sekolah. Bukan kerana malas tapi perasaan gerun dan takut selalu menghantui saya. 

Aghh... Fobia bila teringat, 'ada kawan kelas kena denda berdiri atas bangku'.

Aduh! sakitnya bila melihat kawan sekelas di denda rotan di tangan juga kena duduk di luar kelas kerana tidak siap kerja sekolah.

Pangghhhh!!, bunyi pembaris satu meter di ketuk pada meja. Bagai putus jantung dibuatnya, mendengar hentakkan itu. Murid darjah  satu B  menikus. Terkejut dan kecut perut. 

"a b c d e f g... " jeritan kuat cikgu Majid diikuti serentak oleh murid darjah satu. Tubuh yang besar dengan kulit sawwo matang bermisai tebal menampakkan cikgu Majid gagah pekasa dengan lontaran suara yang kuat.

"Barisan pertama baca!." sambil di tunjuk huruf abc di papan hijau seorang murid lelaki diarahkan menunjukkan setiap huruf serentak murid lain menyebutnya.

"Kuat lagi!" jerit cikgu Malik.
'a a b b c c d d e e...'
"Haah! kamu pulak", sambil memandang arah saya.

Tiba-tiba saya lihat ada air mengalir tepi kasut saya. Rakan sebelah saya terkencing bila ditengking oleh cikgu. Dengan tergagap-gagap saya membaca abc. 


Aduhai memang garang macam singa lagaknya cikgu itu.


Seingat saya tidak pernah kena denda, mungkin saya maseh dapat membaca seperti yang di minta cikgu Malik. Kerja sekolah selalu siap sebab saya sememangnya suka belajar tika tu.


Bacaan Bahasa Melayu;

    Ini ayam
    Ini ayam jantan.
    Ayam jantan ini cantik.

Walaupun selalu lambat datang sekolah saya selalunya dapat buat apa yang di minta oleh cikgu Malik yang garang itu. Namun saya takut.

Saya menlangkah dunia persekolahan bermula darjah satu. Di bandar telah ada sekolah tadika, namun saya yang tinggal di kampung, belum ada lagi sekolah tadika. Ketika saya memasuk darjah dua barulah tadika diperluaskan di kawasan luar bandar.

Ketika itu ramai murid akan menangis ke sekolah, saya juga antara murid yang takut untuk ke sekolah. Saya akan memberi berbagai alasan untuk tidak kesekolah setiap hari.

Antara yang maseh segar dalam memori adalah saya akan menyorok iaitu sembunyi di bawa rumah disebalik tong padi.. Tong kayu berisi padi itu bersaiz 5 kaki lebar, 5 kaki panjang dan setinggi  4 kaki.

Hampir setiap hari saya akan datang lambat. Ayah saya akan memujuk saya dengan membawa saya ke gerai  Pak Jali untuk makan roti canai dan teh tarik. Teh tarik yang panas akan diminum dari piring alas cawan. 

Ayah akan membawa saya membonceng basikal besar berpalang, iaitu tempat saya bertenggek dipelukkan ayah dan beg kunci berpetak diletakkan  belakang basikal. Sungguh nostalgia memori ini.

Saya maseh ingat kenangan ketika itu saya akan disapa oleh guru yang telah bertugas menunggu pelajar di pintu masuk sekolah, melihat murid-murid yang datang lambat. Itulah Ustazah Maimon. 

"Wahh... Asmah dah tak menangis".
Hati saya sungguh berbunga-bunga bila di puji telah rajin ke sekolah. Saya malu-malu sambil menjinjing beg kunci itu melintasi cikgu Maimun yang bertudungnya terikat di leher.

Cikgu Maimun mengajar Agama Islam yang baik dan lembut orangnya. Oleh kerana anaknya sekelas dengan saya iaitu Mazidah, saya pernah diajak datang ke rumah cikgu Maimun kerana beliau tinggal di kuaters guru. 


Oleh itu beberapa orang guru memang kenal sangat dengan saya. Hehehe, murid yang selalu datang lambat. Jadi selalulah saya di sapa beberapa guru malah disoal dalam kelas. 

Suatu pagi saya disapa cikgu Rahman."Hari ini Asmah wajah baru" kata cikgu Rahman sambil menghulurkan buku tulis pada saya. Saya hanya memandang 'bersahaja' cikgu yang persis wajah kacukkan Cina itu dan mengambil buku darinya.

"Asmah budak tomboy cikgu" tiba-tiba ada satu suara dari belakang kelas.


Ketika itu 'saloon' hanya popular pada masyarakat cina sahaja. Ayah telah membawa saya gunting rambut di kedai gunting rambut Pak Said yang menggunting rambut kaum lelaki sahaja. Hasilnya rambut saya seperti rambut budak lelaki, diketam bahagian belakang leher tetapi panjang diatasnya. [seperti periok... hehehe]

Geramnya saya mendengar kata-kata itu tetapi saya malu menoleh. Mujurlah saya tidak menoleh, mungkin budak lelaki itu menjadi kawan sekelas yang paling saya benci.

Cikgu Halim adalah guru 'Hisab'  yang paling saya suka. Hisab adalah Matematik iaitu matapelajaran yang di sebut kini. Apabila membuat kiraan dan meminta jawapan dari pelajar, saya adalah pelajar pertama akan diyakini betul jawapannya. Sungguh membanggakan ketika itu. 

Semasa darjah enam, guru kelas saya adalah cikgu Saleha. Cikgu telah memilih dua karangan untuk dimasukkan dalam majalah mingguan: Dewan kanak-kanak. Karangan saya menjadi pilihan untuk diterbitkan.

Walaupun melalui detik sukar pergi sekolah semasa mula alam persekolahan, saya bersyukur boleh membaca dan menulis dengan baik sejak awal persekolahan lagi. 

Beberapa rakan saya yang selalu datang lambat juga selalu menangis dan tidak datang ke sekolah seperti saya tidak menunjukkan pelajaran yang baik.

Bertolak dari ini saya bertekad tidak akan mempertaruhkan anak-anak saya untuk tidak mendapat pendidikan dengan baik. Saya menanam azam pada diri agar:

1] Memberi pendidikan yang terbaik dan termampu kepada anak-anak saya mengikut kemampuan mereka.
2] Memastikan mereka suka kesekolah. 
3] Membantu anak-anak memilih kawan-kawan yang mahu belajar dan suka kesekolah.
4] Membantu sekadar mampu pelajaran mereka supaya kurang tekanan semasa pembelajaran disekolah.
5] Memastikan kerja sekolah dan faham apa yang di ajar di sekolah dengan meminta mereka menghafal dirumah beberapa pekara seperti sifir dan juga cara menggunakan kamus.




Monday, 29 June 2015

BERKAT





Bagi orang Melayu, berkat adalah satu budaya yang sinonim dengan rasa hormat dan menghargai mereka yang dipandang mulia pada diri seseorang. Tetapi dalam islam berkat kaitannya menjurus rasa tauhid pada Allah swt dan kemuliaan Nabi Muhammad saw. 

Seorang anak adalah wajar mengharapkan keberkatan ibu ayah kerana martabat ibu bapa memberi impak keredhaan Allah swt. Selagi suruhan ibu dan ayah tidak bertentangan dengan Al Quran dan As Sunnah wajib anak mentaati. 


Pesan Luqman Ibnu Hakim pada anaknya mengenai ketaatan pada ibu bapa:


"Wahai anak ku! Janganlah engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun melainkan apabila mereka menyuruh mu derhaka pada Yang Maha Berkuasa".

"Wahai anakku! Allah mewasiat diri mu: Berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Jesteru janganlah engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci"

"Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman"


Bagi seorang isteri mentaati suami adalah tiket untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Begitu mudah islam memberi ilmu agar kerukunan rumahtangga dapat dibina dengas asas yang kukuh. Islam menyarankan isteri mentaati para suami kerana itulah hak yang dikurniakan oleh Allah pada seorang suami.

Islam mensyaratkan: 'syurga seorang isteri di tapak kaki suami'. Dengan erti kata lain para isteri memperolehi keberkatan dari suami dalam apa jua tindak tanduknya yang direstui suami. 

Dari Abi Hurairah radhiyallahu' anhu, Rasullullah sallalahu 'alaihi wasallam bersabda baginda yang bermaksud:

"Kalau aku boleh memerintahkan seseorang sujud kepada orang lain [manusia], maka aku akan memerintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya, disebabkan kerana Allah telah menetapkan hak bagi para suami atas mereka [para isteri].
HR Abu Dawud, Tirmidzi, dia berkata, "Hadith hasan shahih" Dinyatakan shahih oleh Syeikh Albani]


Oleh itu suami yang memberi kegembiraan pada isteri adalah rumah-tangga itu telah dilimpahi rahmat ataupun keberkatan dari Allah swt. 

Berkat, berkah dan barakoh mempunyai maksud yang sama. Jelasnya maksud berkat adalah mengharap kurniaan dari Allah swt memperolehi kelebihan kesenangan dan memudahkan disetiap apa yang diimpikan. Jiwa beroleh  ketenang, kedamaian dan lapang. Masalah besar dan kecil diatasi bersama-sama.



Berkat di kategorikan berbagai sudut dan diukur rasa bertuhan:

1] Keberkatan dalam ilmu:
 -mempelajari ilmu dan dapat mengamalkannya.
 -Melahirkan rasa ikhlas, semakin banyak ilmu   jiwa semakin tawadhuk[rendah hati].


2] Keberkatan dalam beramal:
 -semakin banyak kebaikan dan amalan serta    ibadah hati menjadi tenang dan lapang.
 -rasa mencintai beramal, merasakan kemanisa  beribadah iaitu hati resah sekiranya tidak  dapat buat kebaikan dan ibadah.
 -Tautan hati dengan Allah swt dan Rasululah  saw.

3] Keberkatan masa:
 Rebutlah peluang ketika masa-masa yang      berkat;
 -Doa menjelang subuh.
 -doa antara azan dan iqamat.
 -Makbul doa di ketika antara azan jumaat    sehingga selesai khutbah jumaat.
 -doa di sepanjang bulan Ramadhan terutamanya  sepuluh malam terakhir.
 -makbul doa ketika wukuf di Arafah.


4] Keberkatan tempat: 
 Dalam islam tiga rumah Allah yang berkat  bila  bermunajat/makbul berdoa;
*Masjidil Haram di Makkah
*Masjid Nabawi di Madinah
*Masjid Al Aqsa di Palestin.


Tempat doa makbul yak'ni
-ketika wukuf di Arafah.
-Doa di Multazam iaitu di Saffa dan Marwah.
-Hijir Ismail iaitu di maqam Nabi Ibrahim.
-Di telaga zam-zam.
[sekitar kawasan haji]


5] Keberkatan rezeki;
 -rezeki yang halal dan tiada unsur syubaha.
 -rezeki yang sedikit dan mencukupi.
 -rezeki untuk pembiyaan keluarga yang      dibelanjakan sesuai dengan syariat.
 -rezeki yang tidak menggelapkan hati.
 -rezeki yang mendekatkan kita dengan Allah  swt dan tidak menjauhi Allah swt.
 -rezeki menyemarakkan kita beribadah.


6] Keberkatan pada usia:
 -tidak mensia-siakan usia dengan pekara yang  'lagha' iaitu lalai.
 -mempelajar ilmu bermanafaat, mengamal dan     mengajarkan ilmu menegakkan syiar islam
 -usia digunakan mendalami Al quran serta    mengarang kitab-kitab sebagai   panduan umat  manusia.



Berkat wajib berlandaskan salurkan Al Quran As Sunnah. Pokoknya mengharapkan keberkatan itu agar hati bersih untuk mengabdikan diri pada Allah taala dan mencintai Rasullah saw.

Mengharapkan berkat 'mahluk' iaitu sesuatu yang Allah ciptakan dan jadikan tidak dibenarkan dalam islam. Iaitu berkat pokok, batu, gunung maupun tempat atau sesama manusia yang tidak bersandarkan 'semua yang terjadi hanyalah dengan keizin Allah swt', tidak dibenarkan dalam islam. 


Keberkatan SALAWAT kepada junjungan mulia Nabi Muhammad saw tidak boleh dinafikan itulah paling berkat sebagai amalan & sangat-sangat mulia.

BERKAT ITU TIDAK MENJADIKAN KITA MULIA TETAPI BERKAT MEMBERI KITA KEYAKINAN ALLAH YANG MAHA KAYA DAN BERKUASA.

Monday, 22 June 2015

DIA LELAKI MEMBERKATI KU.



"Anak makcik timah pandai-pandai." 
"Kalau nak anak  pandai kawin dengan orang tua, pegi mana-mana dia bawak". 
Mungkin sekali imbas bagai satu kata-kata sinis tapi oleh kerana saya maseh kecil saya tidak ambil hati pun.

Emak saya berkahwin dengan duda tiga anak. Kata emak di zaman nya anak-anak dara hanya mengikut pilihan ibubapa. Tidak memilih sendiri calon suami. 

Saya anak sulung dari empat beradik. Semasa kecil ayah tersangat pemurah. Bila saya dapat duit belanja, kawan-kawan sepermainan saya  juga akan diberikan oleh ayah.

Ayah hanya penternak lembu. Di belakang rumah kami ada dua kandang lembu yang boleh menempatkan empat atau lima ekor lembu. Semasa kecil saya selalu dapat menikmati susu segar. 

Ayah amat dikenali sebagai 'pemotong lembu' kerana dia akan membekalkan lembu dan daging ketika kenduri kawin serta hari raya puasa juga hari raya qurban. Kata emak kenalan ayah memang ramai, ada dari Jasin Merlimau sehingga ke Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Semasa ayah sakit disaat akhir hayatnya emak menceritakan ramai kenalannya datang semata-mata untuk minta dia halalkan hutang-piutang. Ketika itu saya tidak memahami apakah yang dinamakan konsep 'minta halalkan hutang'. 

Saya bertanya pada emak, "siapa orang-orang tu" iaitu yang datang tidak putus-putus berkunjung menziarahi ayah yang sedang sakit. Menurut emak mereka datang minta halalkan hutang. Saya bertanya, "Ayah kata apa?" Kata emak  "ayah terus halalkan je". 

Tanah yang di miliki pun tidak bertukar nama mungkin atas dasar mempercayai orang yang menjual  tanah pada ayah tanpa ada 'gran tanah' yang sah hingga kini.

Ayah juga terkenal sebagai yang pemurah menghulurkan sumbangan. Ayah juga mewakafkan sebidang tanah untuk membina surau. Seingat saya saya pernah menemui surat perjanjian jual beli dalam tulisan melayu jawi. Benar, ayah lebih mahir  dengan tulisan melayu jawi berbanding tulisan rumi.

Ayah juga telah membina dua rumah sewa yang menjadi sumber kewangan pada kami adik beradik setelah ketiadaannya. Oleh itu tidak hairanlah kami adik beradik sungguh selesa membesar dikampung itu walaupun tidak ada ayah sejak saya berumur sebelas tahun. November 1974 ayah menemui KhalidNya, ya telah 41 tahun ayah pergi. Masa begitu pantas berlalu, ayah maseh segar dalam ingatan saya. Ayah seorang dermawan yang hebat. Muga amal jariah ini menjadi bekal buat ayah tercinta.

Saya bangga dan bersyukur mengenali hati seorang lelaki yang bergelar ayah. Sepanjang kami berempat membesar, saya dan adik-adik tidak pernah kena rotan. Jika kami buat kesalahan diambilnya pelepah betik dan diacah-acah akan memukul kami jika kami degil.
Kata emak, "Hati ayah kau lembut, bila dia nak rotan anaknya dia akan menitiskan air mata". 

Ayah adalah lelaki pertama yang saya sayangi.
Muga Allah menyayangi mu ayah.


Januari 1987 saya di ijabkabul dengan pemuda yang pertama mengisi kehidupan rumahtangga. Dia menjadi ayah pada anak-anak saya. Ayah kepada anak-anak yang tersayang, iaitu suami yang tercinta.

Suami pernah bercerita zaman kanak-kanaknya yang mungkin memori yang tidak akan dilupakan olehnya.

Cerita suami saya, ketika abah seorang 'Askar Melayu' berpangkat sarjen yang ditugaskan mengawal sempadan Thailand. Iaitu di zaman komines. Semasa balik bertugas  "Satu hari abah balik dari sempadan Siam, abah nampak cukup gembira mengeluarkan buah tangan yang dibelinya", kata suami saya lagi, "masa abah berikan cenderahati, satu untuk adik perempuan  satu untuk adik lelaki tapi untuk saya abah ...". Sambil bercerita pada emak barangan Thailand yang murah-murah.  Tiba-tiba suasana sepi bila saya bertanya, "Mana untuk saya". Abah pandang emak terus mencapai basikal ditunjukkan pada saya bahawa itulah hadiah saya.

"Walaupun saya kecil lagi jelas sangat abah terlupa", kata suami saya. Tapi suami saya tidak pernah berkata dia terasa hati; hanya katanya "Abah terlupa belikan untuknya". 
Kenangan menaiki keretapi dengan abah, telah beberapa kali diceritakan pada saya kerana pertama kali dia menikmati mee goreng sotong yang sungguh lazat.

Bapa saudara kami telah bercerita pada saya "Pak Andak tak pernah jumpa budak macam bidi [suami saya]. Dia tidak sedikit pun membantah atau meninggikan suara juga bertindak kurang ajar pada abang Mat[panggilan abah]".

Katanya lagi "Pak Andak kagumlah dengan bidi ni...."

Dialah lelaki kedua dalam hidup saya. Lelaki yang menjadi ayah pada anak-anak saya. Tunggak keluarga kami. 
Saya bangga dan bersyukur menjadi isteri juga insan yang berada disisinya.

Benar, ayah iaitu para suami adalah tunggak dalam sesebuah rumah-tangga.

Inilah lelaki ke dua bertahta dijiwa saya. Saya bangga dan bersyukur menjadi insan yang hidup disampingnya.

Ayah anak-anak adalah cinta hati kami semua.
Ayah penguat semangat.

Salawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw juga para sahabat sekeliannya. Ya Allah panjangkanlah umur dengan kurniakan kesehatan yang berkat, rahmat yang melimpah, Perlindungan firdausi dibawah naungan  arasyh di padang mahsyar.

Ya Allah ampnilah dosa-dosa kami semua.
Bangkitkanlah kami semua bersama hamba Mu yang berIman.

Amin yarabbul alamin.

Sunday, 21 June 2015

Dua Lelaki awal akhir


Selamat Hari Bapa.

Ayah
Lelaki pertama kepada diri ku sebagai anak.
Mengajar erti pemurah dan menyemai keikhlasan pada diri ku.

Suami
Lelaki yang menjadi ayah kepada anak-anak dengan mahkota keibuan.
Memberikan cinta, kasih dan sayang.
Mengajar erti pengorbanan dan kesyukuran.

Ya Allah, Ya Rabbi.
Berikanlah kasih Mu kepada ayah ku juga ayah pada anak-anakku.
Kurniakanlah syafaat Rasul Mu yang Mulia itu kepada ayah ku juga ayah pada anak-anak ku. 

Amin ya rabbal alamin. 

Sunday, 14 June 2015

Hati


Dada sesak menyucuk-nyucuk. 
Ingin ku khabar keadaan letih ini. 
Namun lidah kelu.
Ingin ku pelajari sebuah sabar.

Perjalanan diri yang panjang ini 
mengajar erti tabah.
walaupun tidak kuat akuilah jantung degupannya.
Fikiran memungkin kan suatu kepastian
diri ini mungkin mampu mengatasi sendiri.

Dengan izinNya.
Segalanya akan baik-baik sahaja.

Dengan RahmatNya.
Segala untuk nya akan terjaga.
Atas keizinanNya.

Kesyukuran ku harus melimpah
Keyakinan ku pasti kukuh
Redha ku menggunung 
malah mencecah langit teratas

Ya Rabb aku bersujud.


Wednesday, 10 June 2015

REDHA KERANA MU.




REDHA: KEREDHAAN: MEREDAI: DIREDHAI.


Barangkali kita amat selesa bila mendengar perkataan:
"Saya redha atas apa yang terjadi..."
"Aku meredainya.."
"Diri ku mencari keredhaan..."
"Abang, redhalah apa yang terjadi..."

Banyak lagi ungkapan redha yang amat kerap didengari dilafaskan. Di dunia siber ini, lebih meluas lagi perkataan 'redha' digunakan malah di posst dalam whatsapp, wechat, fb dalam IG juga Twitter. 

Namun sejauh mana ianya begitu mendalam meresap dalam penghayatan rasa dan perasaan hamba yang pasrah.

Tidakkah ada suatu rasa yang diluar  kotak pemikiran kta untuk di renungkan. Berfikir dan renungkanlah penghayatan 'redha' pada diri kita sendiri.

Barangkali kita terlupa atau tidak memahami. Nilai redha itu.
Redha hakikatnya suatu MUJAHADAH.



Seringkali apabila mengatakan 'ana redha', diri ku berdialog:

"adakah ana mampu dan terus bertahan mengizinkan mereka berbuat sesuka hati, kemudian memaafkan apa yang telah diperlakukan atas perasaan ana ini".

Setiap kali air mata ku tumpah, bagai suatu kebodohan menerjah minda ku.

"Mudahnya mereka meminta maaf, untuk dimaafkan".

"Tidak ada sedikit pun rasa kasehan mereka pada orang mereka sakiti".

"Mudahnya mereka menerima maaf, mensyukuri dan berterimakasih bila dimaafkan juga meletakkan redha ketentuan Allh taala".

"Adakah tidak terasa malu dengan Allah taala melihat orang yang disakiti merayu minta pengampunan Allah dan mengharap keredhaan Allah, sedang kita dengan rasa syukur sebab telah dimaafkan kesilapan kita".


Kita sering terlupa, betapa sewenang-wenangnya kita menggunakan lidah kita dalam berbicara. Benar, terlalu mudah kita mengaitkan rasa kita yang tidak selesa untuk dikongsi dan membina bahasa indah-indah dan mulia.

Sebagaimana pesan Rasulullah saw,"Jagalah lidah" kerana lidah[tulisan] adalah 'KUNCI SEGALA IBADAH'. [Hadith 29; Hadith 40 Imam Nawawi]

Walaupun detik hati mengatakan kita 'tiada niat'. Tapi mengguris perasaan orang lain tanpa disegajakan adalah menjuruskan kita orang-orang yang lalai. Kita tidak peka, jiwa kita tidak sensitif dengan perasaan orang lain.

REDHA bukan sekadar ucapan. Ianya tidak semudah memaafkan dan meminta maaf. 
Redha memerlukan KESABARAN.



Seandainya meminta maaf itu lebih mulia apabila dilafaskan apabila kita rasa bersalah maupun tidak bersalah. 
Redha perlu diri merasa HAMBA.

MAKA:

Redha itu akan datang bersama air mata dan jiwa yang hancur-luluh setelah hati  diinjak-injak.

Redha akan mengiringi kehancuran keyakinan dengan perasaan  yang menyerah pada Allah taala.

Redha memaksa memberi ketaatan dan kaseh-sayang yang tidak berbelah bagi walaupun hatinya dirobek-robek.

Redha membawa seseorang membuang harga dirinya untuk menerima ketentuan Allah swt.

Redha akan mengenepikan kelemahan seseorang untuk diterima seadanya untuk sabar dengan ketentuan Allah taala.

Redha membiarkan diri direndahkan diperbodohkan dihina, semata-mata untuk memohon pengampunan Allah taala.

Redha menjadikan dirinya lebih dekat dengan Allah swt pencipta mahluk yang lemah.





Redha yang kita dengar yang diimpak kepada kita sebenarnya perlu kita sedar bahawa kita:
-membuatkan dia menangis.
-kita menyusahkan mereka.
-Penderitaan itu dari kita.
-Menghampakan dia.
Maka layakkah kita gembira apabila ada yang menujukan redha itu dari perbuatan kita padanya.



Renungkanlah. Tidakkah kita terasa malu dengan diri kita untuk mendengar mereka mengatakan 'Saya Redha'.

Bersyukurlah segala yang t
erjadi pada kita ada rasa REDHA dengan ketentuan ALLAH swt.

Redha itu datang bersama AKHLAK.
Akhlak itu adalah pakaian orang berIMAN. 


    CAMERON HIGHLAND : OGOS 2014.


Tuesday, 9 June 2015

Jagalah Lidah mu.




Wajah adalah pandangan pertama bila berjumpa mahupun mengenali seseorang. Sopan tersenyum adalah hiasan diri lambang budi pekerti mulia. Budi perkerti lazimnya seiring dengan tingkah-laku juga bahasa pertuturan iaitu lisan. 

Zaman yang serba milemium ini, komunikasi manusia bukan sahaja pada mulut iaitu lidah. Suara boleh dilontarkan dengan tulisan dan lukisan. Berbagai kaedah penulisan menjadi buah mulut dan menyampaikan pemikiran.


Maka begitu juga pengkritik yang tidak bertauliah mudah sangat melahirkan pandangan sedang mereka lupa apa sahaja tingkahlaku akan dipersoalkan oleh Allah taala di akhirat nanti. Masyarakat lupa moral dalam diri.

Saya teringat kata-kata suami, "Ana sekarang rapat dengan Dr Asri, pasti orang kata ana....". Kata suami saya lagi, "Esok ana ada dialog mengenai drama dan filem dalam islam di FINAS, ana akan bergandingan dengan Dr Asri. Ini kali ke tiga ana atas pentas dengan Mufti Perlis tu".

Begitulah masyarakat kita mudah menghukum dan melebelkan seseorang. Orang berilmu bila memberikan buah fikiran berlandaskan pengetahuan mereka. Tetapi ramai pengkritik bercakap mengikut cita-rasa sendiri sedangkan masing-masing tidak mahu mencari titik kebenaran berpandukan ilmu. Lebih tegas melalui Al Quran As Sunnah. 

Maka jadilah kita masyarakat yang melebelkan ustaz bollywood, ustaz rock, ustaz pondok/jumud, ustaz wahabi dan berbagai istilah. Lebih menyedihkan ada juga yang mudah mengeluarkan kata-kata kesat, maki-hamun dan perkataan berbaur penghinaan.

Begitu juga kedengaran mereka suka memberi pandangan yang sinis terhadap status yang berbentuk; 
'syukur pagi yang nyaman ini saya dapat bertahajjud mengkoreksi kesilapan dan kelemahan saya.'
'hari ini saya telah katam 15 juzuk Al Quran, Alhamdulillah, muga ada keberkatan'
'Sebahagian dari hasil ini saya sumbangkan ke rumah anak yatim ....'
'Alhamdulillah anak saya cemerlang dalam SPM dapat 'straight A' dan mendapat biasiswa JPA di bidang perubatan di luar negara....'

Banyak lagi status begini, berbagai kaedah mereka memberitahu status diri. Dan berbagai tanggapan tafsiran boleh wujud. 

Mungkin ada gaya menunjuk-nunjuk kedudukan /kehebatan juga kebaikan yang dilakukan. 'Like' sahaja jika kita suka dan tidak perlu buat apa-apa pada status itu.

Niat itu rahsia Allah. Seperti yang diketahui Ikhlas itu hanya Allah sahaja yang tahu. Ikhlas itu juga rahsia Allah. 

Bersyukurlah seandainya dibumi Allah ini ada yang dapat bertahjud walaupun ada yang maseh selesa di tempat tidur keletihan. 

Makmurlah masyarakat islam seandainya ada dermawan boleh menderma di samping mengeluarkan zakat hartanya. 

Indahnya mendengar ada insan mengalunkan bacaan Al Quran. Maseh ada insan yang memuliakan kitab Allah swt yang membaca Al Qura]n dengan taranumnya. 




Benar, sampai kita terlupa, empat pekara yang mendatangkan pahala tanpa melakukan apa-apa;
* Memandang wajah ibu. [rahmat ]
* Memandang Al Quran. [Mukjizat Rasulullah saw]
* Melihat Lautan. [lambang kebesaran Allah swt]
* Memandang Kaabah di Masjidil Haram. [rumah Allah]

Pastinya kita gembira melihat anak Melayu yang beragama islam yang cemerlang dan berjaya mencapai kecemerlangan. Ianya lambang kejayaan anak bangsa.

Panjatkan kesyukuran jika ada golongan membantu mangsa tunami dan juga banjir. Ada yang berkorban harta, kepakaran mengorbankan masa juga keselesaan kehidupan membantu gulungan yang ditimpa musibah.

NGO-NGO pula berusaha membantu juga membangunkan masyarakat Rohingya yang tertindas dan berjuang mempertaruhkan nyawa ke negara kita. 

Walaupun sukar  negara-negara serantau ini menerima pelarian termasuk negara kita, namun maseh ada insan berhati mulia memberi sumbangan masa dan tenaga.

Jangan mudah menuduh apatah lagi kekadang kita secara tidak sengaja menghina mereka yang buat kebaikan. 

Mereka mahu tahajjud, sedekah, mensyukuri kejayaan, membaca Quran bersalawat dengan bersyariat. Mereka mampu buat sedangkan kita tidak mampu.

Nyatakanlah yang hak. Semua kita berhak bersuara tapi jagalah batas-batas lidah. Jangan sampai lidah kita membawa kita ke neraka.


Mulut iaitu lidah adalah kunci segala ibadah di dunia yang akan dipertanggung-jawabkan di akhirat. Hati adalah tempat jatuhnya rasa syukur dan redha. Percakapan dari lidah manusia adalah sebab musabab manusia masuk ke syurga atau neraka.

Bukan mudah mengatakan sesuatu yang baik sahaja dari diri, namun kita ada pilihan untuk beristigfar. Memohon pengampunan atas kelemahan kesilapan kita disisi Allah taala.

Melalui utusan agung Rasulullah saw dengan bersanad terungkai dalam Kitab 'Hadith 40 : Imam Nawawi'. Hadith yang ke 29 ini mengajar kita mengenal diri untuk menjadi hamba Allah yang baik pekertinya.


HADITS KEDUA PULUH SEMBILAN


عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي عَنِ النَّارِ، قَالَ : لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْ   عَظِيْمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيْرٌ عَلىَ مَنْ يَسَّرَهُ اللهُ تَعَالَى عَلَيْهِ : تَعْبُدُ اللهَ لاَ تُشْرِكُ  بِهِ شَيْئاً، وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ  الْبَيْتَ، ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيْئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِي جَوْفِ   اللَّيْلِ، ثُمَّ قَالَ :تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ (–حَتَّى بَلَغَ-  )يَعْمَلُونَ (ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الأَمْرِ وُعَمُوْدِهِ وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ ؟ قُلْتُ بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ : رَأْسُ اْلأَمْرِ اْلإِسْلاَمُ وَعَمُوْدُهُ  الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ. ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أُخْبِرُكَ بِمَلاَكِ ذَلِكَ كُلِّهِ ؟ فَقُلْتُ : بَلىَ  يَا رَسُوْلَ اللهِ . فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ وَقَالِ : كُفَّ  عَلَيْكَ هَذَا. قُلْتُ : يَا نَبِيَّ اللهِ، وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُوْنَ بِمَا نَتَكَلَّمَ بِهِ ؟ فَقَالَ : ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ، وَهَلْ   يَكُبَّ النَاسُ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوْهِهِمْ –أَوْ قَالَ : عَلىَ مَنَاخِرِهِمْ – إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ .
[رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح]
Terjemah hadith / ترجمة الحديث :


Daripada Mu'adz bin Jabal ra dia berkata: 

         Saya bertanya; "Wahai Rasulullah, beritahu pada ku tentang perbuatan yang dapat memasukkan ku ke dalam syurga dan menjauhkan ku dari neraka.

     Baginda bersabda; Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar. Namun dia adalah mudah bagi mereka yang dipermudahkan oleh Allah taala: engkau sembahlah Allah dan jangan engkau menyekutukanNya dengan sesuatu pun, engkau dirikan sohlat, engkau tunaikan zakat, engkau berpuasa Ramadhan dan engkau mengerjakan ibadah haji ke baitullah.

    Kemudian baginda [Rasulullah saw] bersabda: Mahukah engkau aku beritahu tentang pintu-pintu kebaiikan [syurga]? "Puasa itu adalah sebagai perisai [benteng], sedekah adalah amal yang akan menghapuskan kesalahan [dosa] sebagaimana air memadamkan api dan sohlat seorang lelaki di tengah malam [qiamullai]," 

   Kemudian Baginda membaca ayat  Al-Quran [bermaksud[; "mereka merenggang dari tempat tidurnya, [sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sohlat tahajud dan amal-amal soleh]"  [ayat 16-17 surah Al-sajdah].

    Kemudian baginda bersabda: Mahukah kamu aku beritahu sesuatu yang jika kamu laksanakan, kamu akan memiliki semua itu? 

    Saya berkata:  Bahkan Ya Rasulullah,  Maka Rasulullah saw memegang lisannya, lalu bersabda: Jagalah ini[dari perkataan kotor]. Saya berkata: Wahai Nabi Allah, apakah kami akan dihukum juga atas apa yang kita bicarakan? Baginda bersabda: Ah kamu ini, manusia itu tidak diseret ke dalam api neraka dengan muka mereka dibawah..." atau sabda baginda: di atas hidung mereka..." melainkan akibat perbuatan lidah mereka.

 [Riwayat: Tarmizi dan dia berkata: Hadith Hasan sahih].



intipati hadith;
Oleh itu, Sebagai muslim muslimat berpeganglah kepada rukun iman yang lima, iaitu menyembah Allah dengan tidak menyekutukanNya sedikit pun, mendirikan SOHLAT, menunaikan Zakat,  berPUASA dan menunaikan Haji.

Matan hadith 29 ini adalah memperkatakan; 'Pintu Syurga' yakni:
-Puasa itu benteng hawa-nafsu
-Sedekah itu menghapuskan dosa bagai air memadamkan api
-Tahajjud amalan orang-orang soleh.

Pesan Rasulullah saw pula yakni;
-Pokok segala pekara adalah amalan dalam ISLAM.
-Tiang nya SOHLAT.
-Puncaknya JIHAD.

Kata Rasulullah saw:  JAGAlah  LIDAH  maka  KAMU AKAN MILIKI SEMUANYA.

LIDAH ADALAH KUNCI IBADAH.