Tuesday, 30 June 2015

WARNA DEKYA TAK ADA

[kisah 3]

Setiap jam 5.30 pagi saya telah terbangun kerana  bayi saya jam 4.30 pagi telah bangun untuk menyusu. Saya cuma akan membancuh minuman milo untuk sarapan dengan roti. Anak yang bersekolah dibangunkan seawal 6.00 pagi. 

Ubadah dan Dekya tahun ini belajar di tadika. Setiap hari saya akan hantar mereka berdua di tadika yang terletak tidak jauh dari rumah kami iaitu disekitar kawasan perumahan sahaja. Abangnya di kelas enam tahun dan Dekya di kelas lima tahun.

Pagi-pagi lagi Ubadah dah bangun lebih awal. Ubadah memang suka ke tadika. Tadika bermulanya dia mengenal  kawan belajar dan bermain. Ubadah mulanya agak pasif kerana mereka cuma bermain dengan adik-beradik sahaja di rumah. Tadikalah persekitaran yang bermulanya dia berkomunikasi degan rakan sebaya. 

Di rumah masa  dihabiskan dengan permaianan 'play station'nya . Sejak Ubadah bersekolah di tadika, dia akan menyiapkan kerja sekolah sebelum bermaian play station. Itu rutin hariannya.

Semasa balik sekolah Ubadah dan Dekya akan membuat kerja sekolah mewarna yang cikgu minta siapkan di rumah. Kata Dekya "Umi, warna Dekya tak ada". Dekya selalu mengadu tiada pensel warna. Hampir setiap minggu saya membelikan pensel  warna. Bila di tanya katanya "Entah dekya tak  tahu". Saya mula mengesyakki ada sedikit aktiviti kurang sihat yang dihadapi oleh Dekya.

"Badah, kat sekolah nampak ada orang kacau Dekya ke". saya bertanyakan Ubadah.
"Tak dalah umi, Dekya tu bukan duduk kat kelas, asyek ikut badah je. buat malu je" kata Ubadah memulakan cerita.. "Sejak bila."saya tanya lagi. Kata Ubadah "Selalu Dekya ikut je mana-mana badah pegi".

Pelik juga sebab setiap hari saya menghantar merka ke tadika, tidak ada pula cikgu tadika beritahu saya yang Dekya tidak mahu masuk kekelasnya sebaliknya masuk kelas enam tahun mengikut Ubadah abangnya..

Ianya berlarutan sehingga bulan April. Puas juga saya menggayakan Dekya untuk ke tadika. Tapi saya memilih tidak memaksanya. Jadi saya pun menceritakan pada suami saya. Katanya, " cubalah pergi jumpa guru yang mengajar Dekya tu". Ketika itu saya serba salah sangat sebab gurunya memberitahu tak ada apa-apa masalah tentang Dekya.


Dan saya bertanya sekali lagi dengan secara perlahan-lahan iaitu sambil-sambil dia bermain dengan adiknya kenapa dia selalu tidak mahu pergi tadika. Katanya Dekya, " Dekya selalu tak ada warna, dan tak tahu nak pinjam sapa".

"Nanti umi beli warna besar dan cantik, dekya boleh kongsi dengan kawan dan kalau rosak atau hilang umi beli yang baru".
"Okey lah dekya pegi sekolah esok". sahutnya bersahaja sambil bermain dengan yang adik kecilnya.

Kejadian sama berulang, dan saya mengambil keputusan menulis surat untuk menjadi rujukkan gurunya. Antara yang saya ajukan;

*minta pastikan warna anak saya tidak hilang supaya dia tiada alasan untuk tidak mahu ke tadika.

*Juga dia dapat menyiapkan kerja mewarna menulis yang diberikan semasa belajar.

Saya menyatakan pada guru tadika itu bukan soal warna yang saya terpaksa selalu belikan tapi soalnya saya hendak anak saya gembira berada di tadika dan dapat menyiapkan kerja yang diberikan padanya. Walaupun masa di tadika cuma dua tahun sedangkan masa di sekolah rendah enam tahun namun dua tahun itu umpama putik bunga yang harus dijaga untuk berkembang cantik.

Apabila anak mengalami stress disekolah mereka akan memberi berbagai alasan untuk tidak mahu ke sekolah. Terma kaseh pada guru-guru awallun yang mengajar anak saya kehidupan persekolahan di TADIKA.

Setelah di sekolah menengah Dekya menceritakan budak yang selalu mengambil warnanya dan juga selalu mencubitnya ketika di tadika berada di kelas yang sama di tahun satu.

'ANAK-ANAK PERLU DI BANTU MENYELESAIKAN MASALAH KECIL-KECIL  MEREKA AGAR TIDAK TERJEJAS MASA DEPAN YANG MASIH PANJANG.'

No comments:

Post a Comment