[kisah 1]
Setiap hari pagi-pagi adalah masa yang sungguh merisaukan fikiran saya. Saya susah sungguh untuk bangun mandi menyarungkan baju ke sekolah. Bukan kerana malas tapi perasaan gerun dan takut selalu menghantui saya.
Aghh... Fobia bila teringat, 'ada kawan kelas kena denda berdiri atas bangku'.
Aduh! sakitnya bila melihat kawan sekelas di denda rotan di tangan juga kena duduk di luar kelas kerana tidak siap kerja sekolah.

Pangghhhh!!, bunyi pembaris satu meter di ketuk pada meja. Bagai putus jantung dibuatnya, mendengar hentakkan itu. Murid darjah satu B menikus. Terkejut dan kecut perut.
"a b c d e f g... " jeritan kuat cikgu Majid diikuti serentak oleh murid darjah satu. Tubuh yang besar dengan kulit sawwo matang bermisai tebal menampakkan cikgu Majid gagah pekasa dengan lontaran suara yang kuat.
"Barisan pertama baca!." sambil di tunjuk huruf abc di papan hijau seorang murid lelaki diarahkan menunjukkan setiap huruf serentak murid lain menyebutnya.
"Kuat lagi!" jerit cikgu Malik.
'a a b b c c d d e e...'
"Haah! kamu pulak", sambil memandang arah saya.
Tiba-tiba saya lihat ada air mengalir tepi kasut saya. Rakan sebelah saya terkencing bila ditengking oleh cikgu. Dengan tergagap-gagap saya membaca abc.
Aduhai memang garang macam singa lagaknya cikgu itu.
Seingat saya tidak pernah kena denda, mungkin saya maseh dapat membaca seperti yang di minta cikgu Malik. Kerja sekolah selalu siap sebab saya sememangnya suka belajar tika tu.
Bacaan Bahasa Melayu;
Ini ayam
Ini ayam jantan.
Ayam jantan ini cantik.
Walaupun selalu lambat datang sekolah saya selalunya dapat buat apa yang di minta oleh cikgu Malik yang garang itu. Namun saya takut.

Saya menlangkah dunia persekolahan bermula darjah satu. Di bandar telah ada sekolah tadika, namun saya yang tinggal di kampung, belum ada lagi sekolah tadika. Ketika saya memasuk darjah dua barulah tadika diperluaskan di kawasan luar bandar.
Ketika itu ramai murid akan menangis ke sekolah, saya juga antara murid yang takut untuk ke sekolah. Saya akan memberi berbagai alasan untuk tidak kesekolah setiap hari.
Antara yang maseh segar dalam memori adalah saya akan menyorok iaitu sembunyi di bawa rumah disebalik tong padi.. Tong kayu berisi padi itu bersaiz 5 kaki lebar, 5 kaki panjang dan setinggi 4 kaki.
Hampir setiap hari saya akan datang lambat. Ayah saya akan memujuk saya dengan membawa saya ke gerai Pak Jali untuk makan roti canai dan teh tarik. Teh tarik yang panas akan diminum dari piring alas cawan.
Ayah akan membawa saya membonceng basikal besar berpalang, iaitu tempat saya bertenggek dipelukkan ayah dan beg kunci berpetak diletakkan belakang basikal. Sungguh nostalgia memori ini.
Saya maseh ingat kenangan ketika itu saya akan disapa oleh guru yang telah bertugas menunggu pelajar di pintu masuk sekolah, melihat murid-murid yang datang lambat. Itulah Ustazah Maimon.
"Wahh... Asmah dah tak menangis".
Hati saya sungguh berbunga-bunga bila di puji telah rajin ke sekolah. Saya malu-malu sambil menjinjing beg kunci itu melintasi cikgu Maimun yang bertudungnya terikat di leher.
Cikgu Maimun mengajar Agama Islam yang baik dan lembut orangnya. Oleh kerana anaknya sekelas dengan saya iaitu Mazidah, saya pernah diajak datang ke rumah cikgu Maimun kerana beliau tinggal di kuaters guru.

Oleh itu beberapa orang guru memang kenal sangat dengan saya. Hehehe, murid yang selalu datang lambat. Jadi selalulah saya di sapa beberapa guru malah disoal dalam kelas.
Suatu pagi saya disapa cikgu Rahman."Hari ini Asmah wajah baru" kata cikgu Rahman sambil menghulurkan buku tulis pada saya. Saya hanya memandang 'bersahaja' cikgu yang persis wajah kacukkan Cina itu dan mengambil buku darinya.
"Asmah budak tomboy cikgu" tiba-tiba ada satu suara dari belakang kelas.
Ketika itu 'saloon' hanya popular pada masyarakat cina sahaja. Ayah telah membawa saya gunting rambut di kedai gunting rambut Pak Said yang menggunting rambut kaum lelaki sahaja. Hasilnya rambut saya seperti rambut budak lelaki, diketam bahagian belakang leher tetapi panjang diatasnya. [seperti periok... hehehe]

Geramnya saya mendengar kata-kata itu tetapi saya malu menoleh. Mujurlah saya tidak menoleh, mungkin budak lelaki itu menjadi kawan sekelas yang paling saya benci.
Cikgu Halim adalah guru 'Hisab' yang paling saya suka. Hisab adalah Matematik iaitu matapelajaran yang di sebut kini. Apabila membuat kiraan dan meminta jawapan dari pelajar, saya adalah pelajar pertama akan diyakini betul jawapannya. Sungguh membanggakan ketika itu.
Semasa darjah enam, guru kelas saya adalah cikgu Saleha. Cikgu telah memilih dua karangan untuk dimasukkan dalam majalah mingguan: Dewan kanak-kanak. Karangan saya menjadi pilihan untuk diterbitkan.
Walaupun melalui detik sukar pergi sekolah semasa mula alam persekolahan, saya bersyukur boleh membaca dan menulis dengan baik sejak awal persekolahan lagi.
Beberapa rakan saya yang selalu datang lambat juga selalu menangis dan tidak datang ke sekolah seperti saya tidak menunjukkan pelajaran yang baik.
Beberapa rakan saya yang selalu datang lambat juga selalu menangis dan tidak datang ke sekolah seperti saya tidak menunjukkan pelajaran yang baik.
Bertolak dari ini saya bertekad tidak akan mempertaruhkan anak-anak saya untuk tidak mendapat pendidikan dengan baik. Saya menanam azam pada diri agar:
1] Memberi pendidikan yang terbaik dan termampu kepada anak-anak saya mengikut kemampuan mereka.
2] Memastikan mereka suka kesekolah.
3] Membantu anak-anak memilih kawan-kawan yang mahu belajar dan suka kesekolah.
4] Membantu sekadar mampu pelajaran mereka supaya kurang tekanan semasa pembelajaran disekolah.
5] Memastikan kerja sekolah dan faham apa yang di ajar di sekolah dengan meminta mereka menghafal dirumah beberapa pekara seperti sifir dan juga cara menggunakan kamus.
No comments:
Post a Comment