Monday, 29 June 2015

BERKAT





Bagi orang Melayu, berkat adalah satu budaya yang sinonim dengan rasa hormat dan menghargai mereka yang dipandang mulia pada diri seseorang. Tetapi dalam islam berkat kaitannya menjurus rasa tauhid pada Allah swt dan kemuliaan Nabi Muhammad saw. 

Seorang anak adalah wajar mengharapkan keberkatan ibu ayah kerana martabat ibu bapa memberi impak keredhaan Allah swt. Selagi suruhan ibu dan ayah tidak bertentangan dengan Al Quran dan As Sunnah wajib anak mentaati. 


Pesan Luqman Ibnu Hakim pada anaknya mengenai ketaatan pada ibu bapa:


"Wahai anak ku! Janganlah engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun melainkan apabila mereka menyuruh mu derhaka pada Yang Maha Berkuasa".

"Wahai anakku! Allah mewasiat diri mu: Berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Jesteru janganlah engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci"

"Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman"


Bagi seorang isteri mentaati suami adalah tiket untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Begitu mudah islam memberi ilmu agar kerukunan rumahtangga dapat dibina dengas asas yang kukuh. Islam menyarankan isteri mentaati para suami kerana itulah hak yang dikurniakan oleh Allah pada seorang suami.

Islam mensyaratkan: 'syurga seorang isteri di tapak kaki suami'. Dengan erti kata lain para isteri memperolehi keberkatan dari suami dalam apa jua tindak tanduknya yang direstui suami. 

Dari Abi Hurairah radhiyallahu' anhu, Rasullullah sallalahu 'alaihi wasallam bersabda baginda yang bermaksud:

"Kalau aku boleh memerintahkan seseorang sujud kepada orang lain [manusia], maka aku akan memerintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya, disebabkan kerana Allah telah menetapkan hak bagi para suami atas mereka [para isteri].
HR Abu Dawud, Tirmidzi, dia berkata, "Hadith hasan shahih" Dinyatakan shahih oleh Syeikh Albani]


Oleh itu suami yang memberi kegembiraan pada isteri adalah rumah-tangga itu telah dilimpahi rahmat ataupun keberkatan dari Allah swt. 

Berkat, berkah dan barakoh mempunyai maksud yang sama. Jelasnya maksud berkat adalah mengharap kurniaan dari Allah swt memperolehi kelebihan kesenangan dan memudahkan disetiap apa yang diimpikan. Jiwa beroleh  ketenang, kedamaian dan lapang. Masalah besar dan kecil diatasi bersama-sama.



Berkat di kategorikan berbagai sudut dan diukur rasa bertuhan:

1] Keberkatan dalam ilmu:
 -mempelajari ilmu dan dapat mengamalkannya.
 -Melahirkan rasa ikhlas, semakin banyak ilmu   jiwa semakin tawadhuk[rendah hati].


2] Keberkatan dalam beramal:
 -semakin banyak kebaikan dan amalan serta    ibadah hati menjadi tenang dan lapang.
 -rasa mencintai beramal, merasakan kemanisa  beribadah iaitu hati resah sekiranya tidak  dapat buat kebaikan dan ibadah.
 -Tautan hati dengan Allah swt dan Rasululah  saw.

3] Keberkatan masa:
 Rebutlah peluang ketika masa-masa yang      berkat;
 -Doa menjelang subuh.
 -doa antara azan dan iqamat.
 -Makbul doa di ketika antara azan jumaat    sehingga selesai khutbah jumaat.
 -doa di sepanjang bulan Ramadhan terutamanya  sepuluh malam terakhir.
 -makbul doa ketika wukuf di Arafah.


4] Keberkatan tempat: 
 Dalam islam tiga rumah Allah yang berkat  bila  bermunajat/makbul berdoa;
*Masjidil Haram di Makkah
*Masjid Nabawi di Madinah
*Masjid Al Aqsa di Palestin.


Tempat doa makbul yak'ni
-ketika wukuf di Arafah.
-Doa di Multazam iaitu di Saffa dan Marwah.
-Hijir Ismail iaitu di maqam Nabi Ibrahim.
-Di telaga zam-zam.
[sekitar kawasan haji]


5] Keberkatan rezeki;
 -rezeki yang halal dan tiada unsur syubaha.
 -rezeki yang sedikit dan mencukupi.
 -rezeki untuk pembiyaan keluarga yang      dibelanjakan sesuai dengan syariat.
 -rezeki yang tidak menggelapkan hati.
 -rezeki yang mendekatkan kita dengan Allah  swt dan tidak menjauhi Allah swt.
 -rezeki menyemarakkan kita beribadah.


6] Keberkatan pada usia:
 -tidak mensia-siakan usia dengan pekara yang  'lagha' iaitu lalai.
 -mempelajar ilmu bermanafaat, mengamal dan     mengajarkan ilmu menegakkan syiar islam
 -usia digunakan mendalami Al quran serta    mengarang kitab-kitab sebagai   panduan umat  manusia.



Berkat wajib berlandaskan salurkan Al Quran As Sunnah. Pokoknya mengharapkan keberkatan itu agar hati bersih untuk mengabdikan diri pada Allah taala dan mencintai Rasullah saw.

Mengharapkan berkat 'mahluk' iaitu sesuatu yang Allah ciptakan dan jadikan tidak dibenarkan dalam islam. Iaitu berkat pokok, batu, gunung maupun tempat atau sesama manusia yang tidak bersandarkan 'semua yang terjadi hanyalah dengan keizin Allah swt', tidak dibenarkan dalam islam. 


Keberkatan SALAWAT kepada junjungan mulia Nabi Muhammad saw tidak boleh dinafikan itulah paling berkat sebagai amalan & sangat-sangat mulia.

BERKAT ITU TIDAK MENJADIKAN KITA MULIA TETAPI BERKAT MEMBERI KITA KEYAKINAN ALLAH YANG MAHA KAYA DAN BERKUASA.

No comments:

Post a Comment